Monday, 21 June 2010

:-> Rendang Pedas Nangka Muda



Selain dari Kari dan Gulai Nangka, Nangka Muda sedap juga di buat rendang. Sesuai untuk hidangan bersama nasi putih, nasi lemak, nasi beriyani, nasi lemak hujan panas, nasi tomato, nasi minyak atau di makan bersama nasi impit, ketupat dan lemang.


Rendang Pedas Nangka Muda

Bahan-bahan
  • 2 tin nangka (500g)
  • 200 gram daging - dihiris nipis
  • 1 tin santan (400ml)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai dain kunyit - dikoyak2kan
  • 1 cawan air
  • sedikit gula
  • garam dan perasa

Bahan-bahan kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sudu kecil chilli powder
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit
  • 10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)

Cara-cara :
  1. Keluarkan nangka dari tin, siram dgn air dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan daging dan air dan masak sehingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan santan, nangka, garam, gula dan perasa.
  5. Masak sehingga pekat dan nangka sebati dengan rasa rendang.
  6. Masukkan kerisik dan daun kunyit.
  7. Kacau sekali sekala sehingga agak kering / lembab sikit dan naik minyak.
  8. Sedia di hidangkan bersama nasi kesukaan anda. Selamat mencuba!

Note :
  • Jika menggunakan nangka fresh, rebus dahulu sehingga lembut/ empuk dan toskan airnya.



13 comments:

Kie-yu said...

ouh
nmpk menyelerakan
moh masak!

MAS ( DUNIAKU ) said...

tak pernah lagi makan rendang nangka muda, nampak sedap la e-na, nanti mas nak try buat juga la...

emy/mamasuri said...

alamak terliur sudah ni..camner??

Lovely Kitchen said...

Kie-yu : oooo menyelerakan moh makan!

Mas (duniaku) : lepas ni boleh try masak rendang nangka pulak..;-)

emy/mamasuri : terliur ye? cari nangka n masak rendang...setel!kikiki

☆ lieya latif ☆ said...

mmg lieya jakun kali ni...tak penah tau menu ni pun..selalu mkn lemak jek nangka ni.....mcm menarik nie....

ima said...

salam ena...ermm nampak sedap jugak rendang nangka tu...rupanya nangka pun boleh dipelbagaikan cara memasaknya...kak ima tak pernah masak nangka pun...anak2 tak makan...(alasan la tu..)hehe

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Wah bestnya yer E-na. Makan dengan nasi panas. tambah dua pinggan mau...hehhe teringat juga masakan mak Sweetie selalu buat rendang nangka ni bubuh kerisik.

Watierman, rmanbkr said...

Kalau dengar nangka muda....lupa segala penyakit....tak terlangkah kaki....pandang betoi...pantang jumpa!!!

mahira oya said...

wah resepi ni..nice!!

lemongrass said...

Salam E-Na,
sedap tak rasa nangka dalam tin tu? Kat sini pun ada jual nangka tin tu tapi tak terbeli sebab tak tau mcm mana rasa dia. Manis ke?
Nampak rendang nangka you tu, memang mengancam sungguh :-)

Lovely kitchen said...

Lieya Latif : betullah tu lieya, nangka ni sinonim dgn masak gulai kan...try aa buat baru tau camna rasa bila nangka jadi rendang!hihi

ima : Wsalam kak...org tua 2 kata nangka ni berangin, elok kalau akak tak makan...E-na pulak segala macm btk nangka pun suka!

sweetie2010.blogspot : wsalam.. sedap kan sweetie rendang nangka...lebih sedap kalau air tangan ibu...

watierman : kikiki betullah kak! mmg pantang jumpa kan! Masak apa pun sedap...

mahira ohya : tq mahira...boleh try nanti...

Lemongrass : Wsalam... ok not bad rasanya taklah semanis nangka fresh kita tu tapi bolehlah kalau nak lepaskan rindu kat nangka mesia...buat rendang mcm ni boleh memberi 'rasa' pada nangka dlm tin tu...he he

u try lah beli mana tau sesuai dgn ur taste...;-)

Kniedaz said...

Sedapnya gulai nangka..kebetulan saya hari ni makan tghari lauk gulai nangka.. ^_^

AesyaZealous said...

nmpak sedappp!nyum2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...