Monday 30 January 2012

Roll Cake Deco



Chocolate Roll Cake yang di hias dengan whipped cream dan chocolate di atasnya. Ditambah sedikit daun sup sebagai penyeri. Sesuai di jadikan kek birthday, hidangan open house atau sebarang jamuan. Kepada yang ingin mendeko roll cake atau swiss roll cake mungkin gambar-gambar di bawah  dapat memberi sedikit idea  dan mencetus idea baru yang lebih menarik.



Pandangan bahagian atas kek...


Lagi entry Roll Cake klik link di bawah...

Thursday 26 January 2012

Beef Lasagna





Menu favorite juga di Lovely Kitchen selain dari Seafood Lasagna. Kalau nak resepi Seafood Lasagna klik di sini.



RESEPI BEEF LASAGNA
Casserole 20cm x 20cm
(4-6 orang)

Bahan-bahan :

  • 6 keping lasagna sheet kering (rebus sehingga lembut dan tos kan. Masukkan sedikit olive oil kedalam air rebusan supaya kepingan lasagna tidak melekat)
  • Mozarella Cheese secukupnya
  • Oregano


Bahan-bahan sos daging
  • 1 cawan daging cincang
  • 2 sudu besar olive oil
  • 1 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 labu bawang besar di dadu halus
  • 2 biji tomato didadu (-+350g)
  • 1/2 batang carrot didadu kecil
  • 8 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam (anggaran)
  • 1/2 cawan air
  • sedikit serbuk lada hitam

Cara Membuat Sos Daging:
  1. Panaskan olive oil. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. 
  2. Masukkan sos tomato kacau sekejap kemudian masukkan daging cincang. Kacau rata dan masukkan  tomato dan carrot dan air. Biar mendidih.
  3. Masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam dan gula. Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak kering. Tutup api dan ketepikan.


Bahan-bahan sos putih
  • 1 1/2 sudu besar butter
  • 1 atau 2 slice cheesedale
  • 600 ml fresh milk
  • 3 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air
  • 1 sudu besar gula 
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat Sos Putih:
  1. Cairkan butter di dalam pan.
  2. Masukkan fresh milk dan cheesedale, masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah di bancuh dengan air.
  5. Kacau sehingga sos pekat. Tutup api.


Cara Membuatnya Lasagna :

  1. Sapu dasar dan keliling casserole/ acuan  dengan marjerin.
  2. Susun 2 keping lasagna menutupi dasar acuan.
  3. Letakkan sos daging dan ratakan keseluruhan acuan.
  4. Masukkan pula sos putih, ratakan.
  5. Kemudian tabur mozarella cheese menutupi keseluruhan sos putih.
  6. Ulang langkah 2 hingga 5 sehingga habis. 
  7. Akhir sekali tabur oregano di atas mozarella cheese.
  8. Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit atau sehingga permukaan cheese perang (bergantung pd oven masing2)
  9. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Bahagikan sos daging dan sos putih kepada 3 bahagian untuk mendapatkan lapisan yang sama tebal.






Wednesday 25 January 2012

Kek Batik





Antara resepi kek batik yang sedap dan menjadi kegemaran di Lovely Kitchen. Boleh adjust sukatan gula dan susu mengikut citarasa masing2. 


RESEPI KEK BATIK 

Loyang 18cm x 18cm
Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 270 gram gula (bole kurangkan sikit)
  • 6 biji telur
  • 240 gram tepung gandum
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 1/2 cawan milo (E-na letak 77g sebab milo tak cukup)
  • 300 gram susu pekat manis 
  • Biskut Merie secukupnya
  • Chocolate rice untuk di tabur di atas (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Alas loyang dengan aluminium foil.
  2. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung gandum, milo dan serbuk koko. Pukul sampai adunan sebati.
  6. Masukkan ke dalam pan dan masak sehingga adunan pekat bewarna lebih gelap. Kacau selalu lebih kurang 12 minit atau adunan betul2 masak. Tutup api.
  7. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian ( supaya lapisan sama tebal)
  8. Masukkan 1 bahagian ke dalam loyang dan ratakan.
  9. Kemudian susun biskut merie diatas adunan.
  10. Masukkan adunan seterusnya dan susun biskut merie diatasnya.
  11. Ulang sehingga habis. Lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie, lapisan adunan, lapisan biskut merie dan akhir sekali lapisan adunan.
  12. Tabur chocolate rice di atas sekali untuk mencantikkannya.
  13. Sejukkan semalaman di dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS LOVELY KITCHEN
  • Segera melapis adunan dan biskut merie semasa adunan masih panas untuk mendapatkan lapisan yang melekat cantik antara biskut dan adunan. Jika adunan sejuk, panaskan sekejap dan terus melapis. Hasilnya kek tidak pecah atau bercerai semasa memotong nanti.
  • Sejukkan di dalam fridge sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang licin cantik.

Nota LK:
Guna sukatan ini (milo 77/80g je) utk next project coz suka dgn rasa lemak2 coklat gitu...



Resepi asal dari  kak Diana . E-na sertakan di  bawah untuk rujukan. Tqvm sis...really like it!

Bhn2

6 biji telur
250 gm mentega

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan gula _ Boleh d kurangkan sebab menggunakan 3 in 1 cereal tu kan )

1 1/2 cawan milo

4 bungkus ( 1 cawan ) Nestle nesvita original 3 in 1 nutritious cereal drink 
4 sudu makan serbuk koko
1 tin kecil susu pekat  susu krimer manis cap junjung ( 388 gm )
Biskut marie secukup kegunaan
Choc Rice secukupnya

Cara²

1.             Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
2.             Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.             Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
4.             Tambahkan tepung gandum, milo, serbuk koko dan nesvita... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
5.             Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat. 12minit
6.             Tutupkan api dan masukkan biskut marie dan gaul perlahan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...