Wednesday, 16 June 2010

:-> Tomyam Tulang Ori



Original recipe TANPA pes tomyam...

Tomyam Tulang Ori

Bahan-bahan
  • 400 gram tulang lembu
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 1/2 biji tomato ( 1 biji di dadu kecil dan 1/2 biji lagi di belah 3)
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong panjang
  • 3 biji cili api siam - di ketuk (ikut kepedasan masing2)
  • air perahan limau nipis / lemon
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • daun ketumbar untuk di tabur di atas tomyam
Cara memasaknya :
  1. Tulang dicuci bersih dan di rebus sehingga dagingnya lembut.
  2. Di dalam pan/ kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang di ketuk.
  3. Masukkan 1 biji tomato yang telah di dadu kecil. Kacau sambil tekan tomato supaya hancur.
  4. Kemudian masukkan ke dalam periuk tulang yang sedang mendidih tadi.
  5. Masukkan serai, cili api, perahan limau, daun limau purut, garam dan perasa.
  6. Biarkan mendidih sehingga semua masam, pedas masin sebati.
  7. Bila sudah cukup rasa tutup api dan masukkan tomato yang di belah.
  8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Tabur daun ketumbar yang dihiris. Selamat Mencuba!
Note : resipi ini untuk sukatan 5 atau 6 cawan air yang tinggal setelah daging empuk.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

3 comments:

Azmiezas said...

Sedapnya..tom yam jepun..hehehe..

ain said...

salam ena...kat sini tgh hujan. sedap betul klu dapat semangkuk sup tulang panas2!!

MissXYZ said...

slm...
kalau cara senang cari layout yg memang dh ade "add gadget" kat bahagian atas.... pastu add gadget..."pages"

blogger.com mmg da sediakan gadget page....

pastu...

pegi kat >> posting >> edit page >> new page

pastu letak la tajuk pape nak letak cam 'home' ke 'exchange link' ke.... pape la...

slmt mencuba

p/s: layout yg da de kat bahagian design kt dashboard tu lagi senang nak explore... try la.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...