Tuesday, 15 June 2010

:-> Cara Mengetahui Kek yang Mengandungi Arak




Terima kasih
Chef Farid di atas perkongsian ini. Semoga pengunjung Lovely Kitchen juga mendapat manfaatnya...

"Assalamualaikum

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.


Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

Ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara."


Source : Chef Farid


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

16 comments:

kak Erna said...

E-na terima kasih..kongsi ..selalu kita tak berani nak beli kan..lagi satu..yang bimbang tu..bukan ke..kalau cheese kek tu..memang ada rasa masam..macamn mana pulak kita nak bezakan..risau pulak nak beli cheese kek..

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

agak susah tuh..lgpun saya nih memang penggemar tegar kek...niway tq sal share info nih..lepas nih lena hati2 skit..

nursarah said...

prefer kedai kek owner melayu, walaupun tak bape nak sedap sangat. yg penting halal.

sayangsayangibu said...

terima kasih tips ni

sekarang akak dah tak ada masalah pasal nak makan kek ala2 kedai lebih kurang, untung dapat kakak ipar yg pakar buat kek... ;p

akan diwawarkan pesanan e-na nih..terima kasih...

☆ lieya latif ☆ said...

thanks for the info ena....bagus sgt info nie...tapi lieya ni bab2 rase ade fail sikit....

TopsyTurvyMum said...

Salam Ena,
thanks for the tips:)

biasa org ingat semua kek halal..tapi tak tau kadang2 ada arak..lebih baik beli kat bakery muslim atau buat sendiri kann

izahdaut said...

thank for the info..tu la baik buat sendrik...kan..

ain said...

thnx for the info e-na. mmg tahu kedai2 kek popular ada letak wain atau rum utk buat kek. kita kena berhati2.

Anonymous said...

salam..
sy nk tanya,
secret resepi tu bhn2 keknya ada x campur wain?
sori, hanya nk kpastian...

DuniakuAbstrak said...

tkasih..info yg bguna..akan ku semat d dlm senarai ilmu ku..erk kalo da terasa masam kire da termakan gak laa..damn..

nabila said...

huhuhu..ooooo..nsib baik tak berape minat mkn kek...huhuhuh

maiyah said...

sy x mkn kek lalala

Lovely Kitchen said...

Kak Erna : tu la pasai kak susah juga nak bezakan yg masuk wain ke tak...lagipun nak kena beli dulu baru leh rasakan...

Lovely Kitchen said...

Anonymous :
Wsalam...yang itu kena minta kepastian dari kedai itu sendiri, E-na pun tak pasti...tapi ada tanda halal JAKIM kan...entahlah susah nak komen kan...tq singgah n tinggalkan komen...jemput dtg lagi...

Nadiah Sidek said...

tq for sharing kak ena!

NURUL IZZA said...

kak erna,

cheesecake mmg sedikit msm sebabnya cream cheese tu masam.

selain dr rum n wine ada juga letak liquor.

tq kak ena! 4 sharing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...