Saturday, 14 August 2010

:-> Udang Celup Tepung Restoran Masakan Thai



Udang Celup Tepung atau Udang Goreng Tepung ni antara menu favorite kami sekeluarga. Sekejap je licin. Kali ni baru sempat posing sebab masa udang ni siap digoreng anak-anak sedang tidur...he he... sesape yang nak buat boleh try resepi di bawah...


Boleh cicah dengan sos cili thai atau sos pencicah seafood. Bagi yang tinggal di Nagoya boleh guna Sweet Chilli Sauce sebagai pencicah. Memang sedap dan sesuai sangat sos ni dgn udang goreng tepung...Macam makan kat restoran masakan panas Thai di Malaysia tau! hihiii



Udang Goreng Tepung Versi Lurus tengok di sini (klik)





Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai


Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)


Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


TIPS
  • Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

Udang Goreng Tepung Versi Lurus tengok di sini (klik)




Rakan yang telah mencuba Resepi Udang Celup Tepung :

15 comments:

Along25 said...

wah! tgk pun sodap!

mas said...

sedapnya.....nnti nak try buat la...

shafiq said...

tercabar iman tengok udang ! huhu. ;)


My latest entry : Luntik, Kucing Bertelinga Empat

Ibu Mifzal Arsyad said...

udang n sotong celup tepun mmg favorite sy...

fara dean said...

sedap ni..yum!yum!

hazlin said...

sedapnya.. pasti rangup!

Yat Maria said...

salam ena..kita pun suka udang goreng cam ni :)

umimiqdad said...

salam...
thanks singgah blog umimiqdad..saya pun suka udang celup tepung ni...tapi selalu makan kat kedai pasal bila buat tak rangup sangat...lepas ni kena berguru drpd ena lah..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..kt umah k.atie pon buat udang celup gak tp x la secantik posing udang Ena..hikhik

IBU said...

alamak....best nyer. Buleh la try for iftar today. thanks sis!

asmariza said...

salam along. nak pinjam resepi ni. teringin nak cuba buat sendiri. asyik makan kat kedai je selama ni. ;> thanx a lot.

|| syazwaniadnan || said...

Assalamualaikum, kak e-na..

Thanks for this super recipe.. Dah lama cari resipi yg reliable, tanpa guna tepung segera/khas utk gorengan mcm ni.

Will post an entry in my blog ;) thanks again, akk ;) my hubby, and parents love the udang n sotong celup tepung soooo much. So do I ^_^

zura said...

tgk pun da terliur,blhla try pasni..selalu mkn kt kedai je.

pia said...

I want to thank superb formula. I simply caused it to be also it sampled wonderful: -)
Excellent weblog along with dessert quality recipes personally in case you are curious.
I have a blog with cake recipes myself if you are interested. You can find it at http://recipes-for-food.com/

rosila abdul said...

Thnx byk2 sbb mmg x pandai nk buat udang goreng tepung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...