Saturday, 25 June 2011

:-> Kek Span Pandan




Kek Span Pandan ni antara kek yang menjadi pilihan E-na kalau ada permintaan kek dari arwah ayah. Sebabnya mudah dan cepat disediakan. Resepi mak lah yang E-na guna masa sekolah menengah rendah dulu-dulu. Mana ada nak akses internet cari resepi. Memang kejenya dok godek2 buku-buku resepi mak aje.

Sekarang mari kita tengok resepi Kek Span Pandan dari Sweet4ever yang menggunakan ovallete sebagai salah satu bahannya.

RESEPI KEK SPAN PANDAN
Loyang 20cm

Bahan-bahan:
  • 150 g tepung kek
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallete
  • 1 sk baking powder
  • 80 ml air
  • 80 ml butter cair
  • Sedikit Perisa Pandan
  • Sedikit Pewarna Hijau
Cara Menyediakannya :
  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Satukan gula, ovallete, tepung dan telur dalam mangkuk dan pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan air, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
  4. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga kek betul-betul ringan.
  5. Masukkan butter cair ke dalam adunan dan pukul sebati.
  6. Sapukan loyang 20cm dengan marjerin dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang adunan dan bakar pada suhu 170 degree selama 45 minit atau sehingga kek masak.
  8. Bila kek sudah masak, telangkupkan sekali dengan acuan di atas redai sehingga kek sejuk.
  9. Keluarkan kek dari acuan, potong dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Note :
  • Gantikan air dgn air daun pandan untuk rasa dan bau yang lebih harum.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
  • Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.


10 comments:

Ida,Japan said...

Resepi kek ni pernah try dulu..lembut juga..sedap2

Nieza said...

menarik...cantik colour hijau tu..yang pastinya sedap..:)

Anna Qawina said...

damai mata tgk ijo jek..

Mas said...

wahhh...cantik kek pandan tu....
hijauuuu...
nampak lembut gebu jerk....

Juwita Jamaludin said...

kak ena.. ita pernah try resepi ni.. sedap dan lembut suka juga tapi tu la buat kek span ni pun kena hati2 sebab kalau salah nanti bantat...

cantik kek akak dengan warnanya tu

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Kalau teringin nak makan kek span oren, saya beli aje di Tesco yang RM4 sebijik. huhu...




*petua tu mesti saya cuba !

Asmara said...

kita suka kek span. tp selalu jd kurang span. uhuhu.. nnti try petua akk tu letak atas redai. tq kak! ;)

SatuJutaIdea said...

Haha... favorite ni mkn kek span pandan. Ditambah pulak kalau buat topping coklat .... yummie .... lagi sedapppp :)

syakir said...

kek ni boleh kukus tak.........:)

Fieza Ahmad said...

sy pn da try...sedp...lembut...tq ye tuan resepi.. (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...