Showing posts with label Ala-ala Japanese. Show all posts
Showing posts with label Ala-ala Japanese. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Chahan Soba Setto dan Gambar Soba Segera


Menu  lunch di kala ada leftover gohan yang tidak dijadikan nasi goreng untuk breakfast. Biasanya Breakfast dah ada menu lain, bila nak masak untuk lunch ada baki nasi semalam tapi tidak cukup untuk kami ber empat (Damia kat skul) E-na akan goreng nasi dan makan bersama set soba atau apa-apa jenis maggie sebagai tambahan. Kali ni E-na masak Nasi Goreng Daging. 


Hubby dan kids memang peminat soba.... mula-mula sampai nihon bau soba pun E-na tak tahan...tapi sekarang dah boleh makan, syarat mesti masa panas-panas, buh negi byk2 dan red pepper atau serbuk cili kasi pedas...Soba + ebi tenpura yang fresh kat kedai lagi heaven!

Ni satu-satunya soba instant yang boleh di makan. Kalau nak berjalan jauh biasanya kami akan bawa stok soba instant. Bila bekal yang di masak habis atau rasa nak panaskan badan di waktu kedinginan berhenti je mana-mana combini (convenient store such as 7E kt mesia) untuk ambil air panas masak soba segera ini.  Ada masa susah nak dapat roti atau makanan yang boleh di makan walaupun banyak combini. Jalan paling senang dan selaamat bawa stok soba instant dalam kereta. Bila-bila bole makan...


 Lagi gambar soba instant...kepada yang berminat boleh cari kat Aeon atau Jusco atau mana-mana pasar raya.

Saturday, 3 July 2010

:-> Taiyaki


Jalan-jalan kat Jusco nampak acuan ni terus terfikir nak buat bahulu. Masa beli tak tahu pun nama kuih jepun ni. Bila balik minta hubby bacakan resepi di belakang kotak baru tahu yang kuih ni namanya Taiyaki dan baru teringat biasanya kat Jusco / aeon ada jual Taiyaki panas.

Taiyaki adalah kuih berbentuk ikan yang biasanya berintikan kacang merah. Kalau tak suka kacang merah boleh juga gantikan dengan inti coklat atau custard. E-na try buat inti kacang merah dan coklat menggunakan resepi di kotak acuan. Cara nak buat taiyaki boleh tengok disini.

E-na tak dapat nak taipkan resepinya sebab kotak acuan tu Damia bawa ke sekolah untuk buat robot menggunakan bahan-bahan terbuang. Buat kuih ni last 2 weeks, ingatkan nak tunggu dapat semula resepi tu baru nak publish tapi sampai sekarang belum dapat lagi. Insyaallah bila ada nanti E-na kongsikan disini.





Wednesday, 7 April 2010

:-> Okonomiyaki


Mari kita breakfast ala-ala Japanese gitu. Okonomiyaki ni menggunakan kobis sebagai bahan utama di samping tepung, telur, daun bawang, daging, perasa seafood, dan okonomiyaki sauce.
Kalau nak rasa yg dijual jangan haraplah sebab biasanya mereka menggunakan 'butak niku'...so E-na gunakan tepung khas untuk buat okonomiyaki ni, macam yang segera lah cuma tambah bahan basah je...

Di atas ni gmbr semasa di dalam pan..E-na gantikn daging dgn chicken sosej dan udang yang di susun diatas bancuhan tepung bersama kobis, daun bawang dan semua perasa yang telah disediakan.

Inilah dia okonomiyaki yang sudah di masak dan disapu dengan sos, (E-na guna takoyaki sos) tabur nori dan hanakatsuo. Rasanya ala2 cucur sayur kot, sedap!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Saturday, 9 January 2010

:-> Udang Tempura


UDANG TEMPURA
Bahan-bahannya:
  • 10 ekor udang
  • 5 tbs tepung tempura
  • 10 tbs air
  • sedkit garam
  • sedikit black pepper powder
Cara Membuatnya :
  1. Udang du cuci, dibuat kulit dan tinggalkan sedikit kulit di bahagian hujung berhampiran dengan ekor udang.
  2. Keringkan udang dengan menggunakan kitchen tissue.
  3. Lumurkan garam dan black pepper powder.
  4. Bancuh tepung dgn air.
  5. Panaskan minyak.
  6. Dengan memegang ekor udang, sudukan bancuhan tepung ke atas badan udang.
  7. Goreng sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday, 25 November 2009

:-> Maki Sushi


Ini lah rupenya Maki Sushi versi mesia...he he x pandai lg nak menggulung. Maki tu maknanya 'gulung' ye bukannya sushi yang kena maki @ marah!

Maki Sushi
Bahan-bahannya:
  • 2 cawan beras jepun yang telah di masak seperti biasa.
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 1/2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
  • 3 biji telur
  • Timun
  • Tuna mayonis
  • kani /crab stick
  • Nori / seaweed
Cara Membuatnya :
  1. Goreng telur yang telah di pukul dgn sedikit garam di dalam pan.
  2. Biar tebal telur tadi dan di goreng dgn api perlahan.
  3. Bila dah masak potong panjang.
  4. Bentangkan Nori. Yang kasar di atas.
  5. Letakkan nasi lebih kurang 2/3 nori
  6. Tekan2 rata dan padat.
  7. Letakkan timun, telur, kani, tuna.
  8. Gulung nori tadi.
  9. Potong se suka hati.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...