Showing posts with label Ala-ala Thai. Show all posts
Showing posts with label Ala-ala Thai. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Udang Goreng Tepung


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Udang Celup Tepung atau Udang Goreng Tepung, mana-mana pun boleh. Bagi yang suka menjamu selera di kedai masakan panas thailand mesti pernah merasai kenikmatan udang celup tepung. Boleh tahan juga harganya kan. Sepinggan dalam 5 atau 6 ekor  berharga lebih kurang RM3.50. Kalau nak makan banyak kita buat sendiri. 


Nak buat Udang Celup Tepung tak susah cuma perlukan masa agak lama untuk penyediaannya. Makan kejap je habis kan. Bagi E-na memang berbaloi masak udang celup tepung sebab anak-anak dan hubby memang suka sangat. Kalau nampak udang tersusun seperti dalam gambar di bawah, semua dah tau mama nak buat udang celup tepung. Memang excited nak makan dan tak sempat nak snap gambar. 



Udang Celup Tepung ini sedap di hidangkan panas-panas baru terasa keranggupan tepung yang menyaluti udang. Boleh di goreng lurus seperti ebi tenpura (udang tempura) dan ebi fry (udang goreng breadcrumbs) atau boleh juga dibiarkan bengkok semulajadi seperti di sini (klik). 



Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai

Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 20-30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. (Goreng terus pun boleh)
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan bahagian ekor udang benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
Note :
  • Sukatan resepi diatas cukup untuk 30 ekor udang bersaiz 3.5 inci hingga 4 inci panjang.
  • Kali ini E-na terus goreng selepas 5 minit bancuh tepung. Ikut kesesuaian masa, rasa udang tetap sama. Cuma jika biarkan dlm 20 minit tepung lebih kembong.
TIPS LOVELY KITCHEN
  • Hiris menyerong bahagian bawah udang untuk mendapatkan udang  yang lurus. Buat dalam 3-5 hirisan  ebrgantung kpd saiz udang(sikit je jgn sampai putus pulak).
  • Pastikan bahagian ekor udang (yg tidak bersalut tepung) betul2 kering sebelum masak bagi mengelakkan dari minyak meletup.
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....
  • Biarkan bancuhan tepung selama 20-30 minit sebelum digoreng untuk dapat salutan tepung yang kembung pada udang seperti disini (klik).

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry Chocolate Banana Cupcake dan Soubetsukai and new Lovely Messages. Thanks...

Klik link di bawah untuk melihat hasil dari dapur rakan-rakan yang telah mencuba resepi ini...


Tuesday, 5 July 2011

:-> Siakap Masak Tiga Rasa



Menu-menu sebegini memang susah nak muncul dalam entry Lovely Kitchen. Kenapa? Salah satu sebab utama E-na tak pernah sukat bahan-bahan untuk masak segala jenis masakan panas yang biasa di buat. Main masuk sahaja sesedap rasa. Yang penting hasilnya sedap di lidah semua isi rumah LK.

Belum pernah jumpa lagi ikan siakap di Nagoya. Tak tahu la kalau kat tempat lain di jepun ni ada ikan siakap. E-na guna ikan hitam kat bawah ni untuk masak tiga rasa. Nama yang di register dlm surat beranak ikan tak tahu la pulak...;p

Sedap juga isinya dan sesuai buat masak tiga rasa.


Kali ini cuba sukat bahan-bahan yang di gunakan dan hasilnya seperti di bawah...


RESEPI SIAKAP MASAK TIGA RASA LK

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
  • 2 ulas bawang merah- mayang
  • 1 keping nenas - di dadu kecil
  • 1 batang serai - di potong serong
  • 2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sk nampla / sos ikan
  • 50ml air
  • 2 helai daun limau purut
  • 3-5 biji cili padi thai di titik
  • 1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
  • Capsicum hijau - optional
  • Sedikit cauliflower /carrot - optional
  • Garam, kunyit dan perasa
Cara Memasak:
  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.
  2. Goreng Ikan sesedap rasa. Kalau nak macam kat kedai siam tu goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.
  3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.
  4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.
  5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.
  7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.
  8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.
  9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.
  10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.
  11. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Update :
bahan-bahan :
  • 1/2 inci halia di hiris halus panjang - masukkan masa tumis bawang (langkah 5)
* baca komen ida baru perasan terlupa taip halia...E-na pun kalau masak lauk pauk mmg suka letak halia, selain bau sedap dpt hilangkan hanyir/ bau ikan, ayam.

Saturday, 14 August 2010

:-> Udang Celup Tepung Restoran Masakan Thai



Udang Celup Tepung atau Udang Goreng Tepung ni antara menu favorite kami sekeluarga. Sekejap je licin. Kali ni baru sempat posing sebab masa udang ni siap digoreng anak-anak sedang tidur...he he... sesape yang nak buat boleh try resepi di bawah...


Boleh cicah dengan sos cili thai atau sos pencicah seafood. Bagi yang tinggal di Nagoya boleh guna Sweet Chilli Sauce sebagai pencicah. Memang sedap dan sesuai sangat sos ni dgn udang goreng tepung...Macam makan kat restoran masakan panas Thai di Malaysia tau! hihiii



Udang Goreng Tepung Versi Lurus tengok di sini (klik)





Resepi Udang Goreng Tepung Kedai Thai


Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)


Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


TIPS
  • Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....AWAS!
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....

Udang Goreng Tepung Versi Lurus tengok di sini (klik)




Rakan yang telah mencuba Resepi Udang Celup Tepung :

Wednesday, 16 June 2010

:-> Tomyam Tulang Ori



Original recipe TANPA pes tomyam...

Tomyam Tulang Ori

Bahan-bahan
  • 400 gram tulang lembu
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 1/2 biji tomato ( 1 biji di dadu kecil dan 1/2 biji lagi di belah 3)
  • 2 ulas bawang putih - di ketuk
  • 1/2 labu bawang besar - dipotong panjang
  • 3 biji cili api siam - di ketuk (ikut kepedasan masing2)
  • air perahan limau nipis / lemon
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • daun ketumbar untuk di tabur di atas tomyam
Cara memasaknya :
  1. Tulang dicuci bersih dan di rebus sehingga dagingnya lembut.
  2. Di dalam pan/ kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang di ketuk.
  3. Masukkan 1 biji tomato yang telah di dadu kecil. Kacau sambil tekan tomato supaya hancur.
  4. Kemudian masukkan ke dalam periuk tulang yang sedang mendidih tadi.
  5. Masukkan serai, cili api, perahan limau, daun limau purut, garam dan perasa.
  6. Biarkan mendidih sehingga semua masam, pedas masin sebati.
  7. Bila sudah cukup rasa tutup api dan masukkan tomato yang di belah.
  8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Tabur daun ketumbar yang dihiris. Selamat Mencuba!
Note : resipi ini untuk sukatan 5 atau 6 cawan air yang tinggal setelah daging empuk.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday, 30 April 2010

:-> Ayam Goreng Halia



AYAM GORENG HALIA
Bahan-bahannya:
  • 6-8 ketul ayam (di potong kecil)
  • 1 biji piman /capsicum (optional)
  • 1/2 inci halia -di hiris sebesar batang mancis
  • 1 1/2 tbs sos tiram
  • Hirisan bawang besar
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • Sedikit bunga kobis / carrot (optional)
  • 2 biji cili api (optional )
  • sedikit air
  • Garam dan kunyit
Cara Memasaknya :
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Masukkan halia, sos tiram dan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Biarkan ayam masak, kemudian masukkan bunga kobis dan carrot.
  6. Jika agak kering masukkan sedikit lagi air.
  7. Masukkan hirisan bawang besar,piman/ capsicum dan cili api. Kacau sebati.
  8. Perasakan garam dan bolehlah di hidangkan. Selamat Mencuba!

UPDATE :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
  1. Ika - 01.05.2010
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday, 29 October 2009

:-> Tomyam Putih



Kalau masak tomyam, E-na memang x guna sebarang pes tomyam sebab suka rasa yang original...dan e-na ada dua versi tomyam yang e-na namakan Tomyam Putih dan Tomyam Merah. Dan biasanya tomyam e-na ni penuh ngan sayur...he he dh mmg hantu sayur nk wat camna...selalunya ayam ngan daging dlm tomyam tu e-na amik bilas ngan air sket kemudian goreng ngan oyster pedas baru licin.

Ni resepi utk Tomyam Putih...Tomyam Merah nanti n3 lain kali lak yer...

Bahan-bahan:-)

* Sedikit daging (dihiris nipis)
* Sedikit ayam (dipotong kecil2)
* 6 ekor udang
* Carrot
* Kobis
* Cauliflower
* Baby Corn
* 1/4 bawang besar dipotong
* 1-2 ulas bawang putih (diketuk)
* 1 biji tomato dibelah 4
* 2 batang serai(diketuk)
* 2 biji limau nipis(nak masam letak lebih)
* 2 helai daun limau purut
* 3 biji cili api/siam(nak pedas letak lg byk)
* 4-5 cawan air
* Garam secukup rasa
* Sedikit Perasa


Cara menyediakan:-)

1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak.
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga naik bau,jgn sampai hangit.
3. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Masukkan ayam dan daging, biarkanmendidih.
5. Masukkan serai, carrot dan kobis.
6. Kemudian masukkan cauliflower, bawang besar, baby corn.
7. Perahkan limau nipis dan masukkan daun limau purut serta cili padi yg di ketuk.
8. Masukkan garam dan perasa.Rasakan cukup masam,masinnya dan akhir sekali baru
masukkan udang.
9. Bila sudah masak masukkan tomato dan tutup api dapur.
10.Sedia dihidangkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...