Wednesday 15 May 2013

Jadual Pemakanan Semasa Berpantang



Setiap orang tidak sama dan jika anda berpantang bersalin anak sulung, anda harus mencuba makan makanan yang tidak boleh dimakan. Contohnya ada orang tidak boleh makan sayur bayam dan kubis semasa pantang sebab nanti bentan dan sejuk tetapi orang lain ada pula tidak apa-apa bila memakan sayur di ini. Jadilah cubalah semua dan baru anda tahu apa yang boleh dan tidak boleh bila berpantang anak kedua nanti.


Pengenalan


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucukpegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku




SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta beranginboleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang



Source : http://hidayahmk.blogspot.com/2011/03/makanan-dilarang-semasa-pantang.html

22 comments:

Hafizah Mohamad said...

wah banyaknya yg boleh dimakan masa pantang...masa arwah tok ada mmg dia bg makan apa saja asal kuantiti yg sikit...

NinaAz said...

Selamat bpantang kpd semua ibu2 y sdg bpantang :)

Mas said...

Selamat berpantang Ena...
betul tu...tiap orang cara berpantangnya tak sama..
asalkan serasi dgn diri sendiri dan baby...
in shaa Allah byk makanan berkhasiat yg boleh dimakan,...

Amie said...

Selamat berpantang Ena...

HALAMANKU said...

Salam akak.. wah boleh dijadikan panduan.. tu lah erma dah lalui.. tq kak berkongsi dan blh menjadi panduan bersama..

Anonymous said...

Terima kasih atas info..baru ank 2 ni, byk lg tak tahu. :-)..

anumuchan said...

Tq share...nk study nie heeee

mama Kay said...

wah, best la blog u ni, byk info dan resepi..rajin ye update...

Unknown said...

TQ SHARING..

www.kedaishakleeannur.blogspot.com

raihanah said...

Nice blog. Jemput singgah blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/01/set-bersalin-shaklee.html

Boleh exchange blog juga tak?

Unknown said...

kawan saya makan anggur , terus tumpah darah dan minggal dunia ...

Siti Rosni said...

tiap orang cara berpantangnya tak sama..asalkan serasi dgn diri sendiri dan baby...in shaa Allah byk makanan berkhasiat yg boleh dimakan,...adekah betul disebabkan anggut die tumpah darah? Berapa byk anggut yg dimakan itu??

Ckin Ali said...

Klu makan biskut y berasaskan coklat bleh ke?mcm chipsmore,biskut coklat...tq..

Unknown said...

Nice blog.. Saya suka jadual tu. Senang nk ikut.
Bg saya semua boleh makan kecuali yg mmg betul2 sahih kemudaratannya dan juga bergantung kpd tahap penerimaan badan masing2. Contohnya, ada org mkn kicap kena bentan. Ada org ok je mkn kicap.

www.magicvitamin.blogspot.com

boleh share info..

Unknown said...

Tq sis for the info,,i like..

Unknown said...

info yang baik nntuk ibu brpantang.saya time anak first memang semua pantang..tp bila anak second org kata dah ada pengalaman dah tak ikut pantang-pantang ni sangat dah..tapi bila dah umur meningkat,esok-esok sendiri tanggung lah..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Izan Hasrin said...

Sama kot pantangnya dgn org yg melalui pembedahan..

Nik Nor Haslina Nik Muhammad said...

Terima kasih atas perkongsian..

Shaiful Omar said...

Salam sejahtera tuan tanah. thanks for sharing. good info actually. memang dipraktikkan pun oleh isteri. Tapi isteri saya cuba ini hasil dari testimoni yang ramai orang tak tahu.

fatimah said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Pantang Larang Semasa Berpantang

Unknown said...

Sebenarnya banyak je yang boleh di makan time berpantang ni.. Idok ler kene makan ikan haruan bakar je.. Uhuhu..

Terjah blog saya, jom!  DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...