Friday 30 April 2010

:-> Ayam Goreng Halia



AYAM GORENG HALIA
Bahan-bahannya:
  • 6-8 ketul ayam (di potong kecil)
  • 1 biji piman /capsicum (optional)
  • 1/2 inci halia -di hiris sebesar batang mancis
  • 1 1/2 tbs sos tiram
  • Hirisan bawang besar
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • Sedikit bunga kobis / carrot (optional)
  • 2 biji cili api (optional )
  • sedikit air
  • Garam dan kunyit
Cara Memasaknya :
  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit.
  2. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  3. Masukkan halia, sos tiram dan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kacau rata.
  5. Biarkan ayam masak, kemudian masukkan bunga kobis dan carrot.
  6. Jika agak kering masukkan sedikit lagi air.
  7. Masukkan hirisan bawang besar,piman/ capsicum dan cili api. Kacau sebati.
  8. Perasakan garam dan bolehlah di hidangkan. Selamat Mencuba!

UPDATE :
Rakan yang sudi berkongsi ilmu dengan Lovely Kitchen
  1. Ika - 01.05.2010
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday 29 April 2010

:-> Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi



Pencarian berakhir di Nabana No Sato... jumpa juga dengan pokok daun sup! Memang setiap kali pergi home centre (di sini home centre menjual semua jenis barangan keperluan rumah termasuk pokok bunga, benih, pasu, tanah segala bagai) akan jenguk cari pokok daun sup tapi tak ada, biasanya pokok saderi yang banyak.

Punyalah belek setiap ceruk kedai yang ada kat situ, dengan misi mencari daun sup! E-na jumpa ni pun dah di letak kat bahagian pokok2 yang menunggu masa je nak menghabiskan riwayatnya. Ada 3 pokok je, daun dah kekuningan dan tanah pun dah kering....kesian...terus cakap dgn pokok tu "takpe nanti ikut E-na balik kita duduk dalam bekas besar sikit dan minum puas-puas ye, biar cepat sihat dan hidup subur!"


E-na beli 2 pokok..on the way back rasa kesian pulak pada pokok yang satu lagi tu., huhuuuu..kalau ambik je semua pun ok...68yen je sepokok!

Setelah hampir 2 weeks di belai, nampaknya daun sup dah bertambah hijau dan segar. Yang E-na tau daun sup atau saderi ni ada 3 jenis. Pertama yang jenis daun dan batangnya sedap di makan. Di malaysia kita panggil daun sup. Kedua yang batangnya sahaja sesuai di makan iaitu saderi dan yang ketiga jenis yang ubinya yang sesuai di makan...errmmm nama dah lupa, nak tahu minta tolong mr. google cari ye...

TIPS : Menanam dan Menjaga Pokok Daun Sup aka Pokok Saderi
  1. Rendam di dalam air selama 1 hari. Potong 1-2 inci batangnya dari pangkal pokok. Tanam di tempat yang redup dan selalu basahkan tanahnya biar lembab.
  2. AWAS jangan terlebih air nanti batangnya mudah lembik!
  3. Bila sudah hidup alihkan ke tempat yang ada pancaran matahari / panas.
  4. Bila nak guna ambil setakat mana yang nak guna sahaja, jangan di cabut semua ye.
  5. Lebih elok ambil daun yang lama dahulu dan biarkan daun baru di pokok supaya terus segar...

UPDATE 16.06.2010
> Khasiat daun saderi boleh menurunkan paras TEKANAN DARAH.



Note : Nak jumpa Pn. Kesum click je sini yer...

Source : Wikipedia

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Bingka Roti Berjagung


BINGKA ROTI BERJAGUNG

Chef Azimah Mansor

Bahan-bahan :

  • 3 biji telur
  • 150g gula castor (E-na letak 130g shj)
  • 100g butter (dicairkan)
  • 1/2 tsp garam halus
  • 300g roti sandwish (E-na letak 220g -itu je yang ada)
  • 200g tepung gandum (diayak)
  • 1 liter santan (E-na guna fresh milk)
  • 200g jagung krim dlm tin ( E-na letak 2 tbs)
  • 80g kismis (E-na tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Pukul telur dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan butter cair, fresh milk, tepung gandum dan garam halus.
  3. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan tadi. Rendam selama 15-20 minit.
  4. Masukkan jagung krim dan kismis dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam casserole 20cm. E-na tabur hirisan ceri hijau diatasnya.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 1 jam.
  7. Sejukkan sebelum di potong. Sesuai untuk breakfast, minum petang dan majlis-majlis keramaian.
Note : Bingka roti berjagung ni kurang mendapat sambutan kat rumah E-na. Tapi nak try juga buat..he he.

Source : Kak Rinn


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday 28 April 2010

:-> Kerabu Taugeh Sempoi


Memang sempoi... nak clear kan last sayur dalam fridge sebelum di refill dgn sayur2 baru...

Kerabu Taugeh Sempoi

Bahan-bahannya :
  • 100g taugeh di buang ekor dan cuci
  • 3 sb kelapa kering / kelapa mesin
  • 1 sb udang kering - rendam dalam air
  • 2-3 ulas bawang merah
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji cili api (ikut kepedasan)
  • sedikit hirisan bawang besar
  • perahan lemon / limau nipis /limau kasturi
  • garam dan perasa/gula
Cara Membuatnya:
  1. Didihkan air. Celur taugeh lebih kurang 5 saat. Angkat dan toskan.
  2. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga keperangan.
  3. Tumbuk bawang dan masukkan udang kering, tumbuk sehingga hancur.
  4. Masukkan kelapa goreng tadi dan tumbuk sedikit.
  5. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
  6. Masukkan serbuk lada hitam, hirisan cili api dan bawang besar, garam dan pak aji(jika suka).
  7. Gaulkan dengan taugeh dan perahkan asam limau. Kacau rata.
  8. Bila dah cukup rasa boleh lah dihidangkan. Selamat mencuba!
TIPS : Celur sekejap saje taugeh untuk mendapatkan rasa yang ranggup (krup krap krup krap...bunyi taugeh dlm mulut, :-p)

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday 27 April 2010

:-> Yong Tau Foo



Mari buat Yong Tau Foo sendiri...

YONG TAU FOO


Bahan-bahan untu sos :
  • 10 tangkai cili kering - dibuang biji
  • 1 sb minyak masak
  • 25g kurosato / gula melaka
  • 1/2 sk gula
  • 1/2 sk garam
  • 1 sb oyster sauce (E-na tambah)
  • 1/2 sk cuka (E-na tambah)
  • 450ml air
  • 2 cm belacan (E-na letak, xde stok)
  • 1 1/2 sb tepung jagung dibancuh dgn 50ml air (tepung gandum boleh juga)
  • 1/2 sb bijan goreng
  • Ajinomoto ( optional )

Cara membuatnya :
  1. Panaskan minyak. Dengan api yang kecil, goreng cili kering lebih kurang 1- 2 minit.
  2. Setelah garing, (awas jgn sampai hangit nanti pahit) angkat dan tumbuk sehingga hancur.
  3. Masukkan 50ml air ke dalam cili yg telah ditumbuk tadi, kacau.
  4. Di dalam periuk, didihkan air bersama kurosato/ gula melaka.
  5. Masukkan cili yang telah di campur air tadi, belacan, cuka, oyster, gula, garam dan ajinomoto.
  6. Biarkan mendidih supaya cili kering masak.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  8. Rasakan seimbang pedas, manis dan masin.
  9. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-bahan :
  • chikuwa
  • kani
  • fishball
  • fish cake
  • gobo
  • yasai
  • kangkung
  • capsicum
  • dan lain-lain bahan yang sesuai

Ini je bahan-bahan yang ada...alhamdulillah...

Cara menghidang :
  1. Didihkan air. Celur sebentar semua bahan- bahan di atas.
  2. Angkat dan toskan.Potong ke dalam pinggan.
  3. Siramkan sos ke atasnya dan tabur sedikit bijan goreng. Selamat Menjamu Selera!

NOTE :
  1. Next time kurangkan cili, pedas amat! 6 atau 7 biji dah cukup...
  2. Jika kuah pekat tambahkan sedikit air panas bila nak makan.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Minami133

Monday 26 April 2010

:-> Pajeri Nenas



PAJERI NENAS
Bahan-bahannya :
  • 3 keping nenas (yang di potong bulat)
  • 5 biji bawang merah - di tumbuk
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk
  • 2 sb serbuk kari - dibancuh dengan air
  • 1/2 sk serbuk cili giling - di bancuh dengan air
  • 1/2 sk gula
  • 150ml santan pekat
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara membuatnya :
  1. Nenas di potong dua. (menghasilkan 6 keping)
  2. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan.
  3. Masukkan cili giling, kacau sehingga garing.
  4. Kemudian masukkan rempah kari.
  5. Bila sudah garing masukkan santan. Kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan nenas. Tambah air jika terlalu pekat.
  7. Perasakan garam dan gula.
  8. Masak sehingga nenas lembut, dan tutup api.
  9. Sedap di makan dengan nasi putih, nasi minyak dan nasi tomato.
  10. Selamat mencuba!

TIPS : Pajeri akan lebih sedap di makan selepas 4 jam di masak. Kalau nak makan utk
lunch bolehlah masak pajeri waktu pagi supaya rasa nenas dan kuahnya sebati
bersatu.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday 25 April 2010

:-> Grilled Salmon



GRILLED SALMON
Bahan-bahannya :
  • Ikan Salmon'
  • air asam jawa
  • Serbuk Lada Hitam
  • garam
  • Oregano, basil, parsley
  • Sedikit butter.
Cara Membuatnya :
  1. Ikan Salmon di cuci dengan air asam jawa. Kemudian bilas bersih dan toskan.
  2. Perap ikan selama lebih kurang 1 jam dengan garam, serbuk lada hitam dan herbs ( salah satu atau campur semua pun ok juga).
  3. Sapukan sedikit butter di atas ikan sebelum di bakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 220 degree (bergantung pada jenis oven masing masing) selama 25 minit atau sehingga masak.
Tips : Rendam sekejap ikan dgn air asam jawa kemudian cuci ikan menggunakan air asam jawa untuk mengurangkan rasa hanyir ikan.

UPDATE
Rakan yang telah mencuba :
  1. Nyza - 02.05.2010

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday 23 April 2010

:-> Red Roses from K. Atie


E-na terima award dari k.Atie. Alhamdulillah k.Atie sudah kembali bersiaran walaupun masih ada sikit lagi batuk dan selsema. Moga k.Atie cepat sembuh yer... Thank you so much atas kiriman ros yang telah siap di gubah indah ini. Cantik kak! Dalam tak sihat pun sempat k.atie menggubah bunga untuk bagi kawan-kawan... semoga persahabatan ini abadi selamanya....:-)



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


:-> Moist Banana Bread


Kek pisang yang lembut, moist dan cara penyediaan yang simple dan cepat tanpa memerlukan mixer. E-na tambah cooking choclate yang dipatah kecil-kecil. Boleh juga digantikan dengan chocolate chips.

MOIST BANANA BREAD (4 x 8 inci loaf pan)

Bahan-bahannya :

  • 3 atau 4 biji pisang di lenyek
  • 70g butter - dicairkan
  • 50g gula
  • 1 biji telur
  • 140g tepung gandum- diayak
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • secubit garam
  • 30g cooking chocolate (di patah2kan kecil-kecil) - E-na tambah
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan oven 180 degree.
  2. Dengan menggunakan sudip kayu, Kacau pisang yang telah dilenyek bersama butter yang telah dicairkan.
  3. Masukkan gula, telur dan esen vanila.
  4. Masukkan baking powder dan garam, kacau sebati.
  5. Kemudian masuk tepung gandum dan kacau.
  6. Akhir sekali masukkan cooking chocolate dan gaul rata.
  7. Tuang adunan ke dalam acuan.
  8. Bakar selama 50 minit atau sehingga kek masak. Selamat Mencuba!
Source : Squiddo

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Thursday 22 April 2010

:-> Kari Ayam Tomato


KARI AYAM TOMATO
  • 6 Ketul ayam
  • 2 biji tomato
  • 200ml santan pekat
  • 400ml air
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 1/2 sudu besar rempah kari ayam dan daging Adabi (di bancuh dgn air)
  • 1 sk serbuk cili giling (optional)
  • 1 biji kentang (di belah 4)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit gula
  • garam dan perasa.
Cara membuatnya :
  1. Sebiji tomato di potong dadu kecil dan sebiji lagi di belah 4.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia di blend/ tumbuk sehingga hancur.
  3. Tumis bawang dan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih) sehingga naik bau / kekuningan.
  4. Masukkan serbuk cili yg di bancuh dgn sedikit air dan kacau sehingga garing.
  5. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
  6. Masukkan sebiji tomato yg dipotong dadu. Kacau sehingga hancur.
  7. Masukkan ayam dan kacau sekejap.
  8. Masukkan air dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
  9. Kemudian masukkan santan dan ubi kentang.
  10. Perasakan gula dan garam
  11. Bila kentang telah masak masukkan tomato yang di belah 4.
  12. Biarkan mendidih sebentar dan angkat. Selamat mencuba!
TIPS : Untuk mendapatkan kari yang merah cantik berminyak:
Semasa menumis pastikan rempah kari dan serbuk cili betul2 masak,wangi, garing (jangan sampai hangit) barulah dimasukkan tomato.




Rakan-rakan yang telah mencuba Resepi Kari Ayam Tomato:

  1. Syamila - 26/04/2010
  2. Hana - 27/04/2010
  3. Mas -  13/07/2010
  4. Izzah - 20/01/2011

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Daun Kesum Thailand


Eh apsal n3 pokok pulak??? Selain dari cooking and baking, I love gardening too...so nak share dengan kawan-kawan tentang my edible garden yang kiut miut kecik molek sekangkang kera (rasanya kangkang kera lebih besar dari my garden!ngeeee)

E-na tanam batang kesum yang di beli dari kedai thai semasa winter ari tu (nak makan dgn laksam)... alhamdulillah hidup jugak walaupun berjuang dalam kesejukan! Dah beberapa kali ambik untuk masak....Tapi kan apsal ada CORAK kat daun tu ye??? Nampak tak yang hitam-hitam melengkung tu.... Ada sape-sape boleh jawab...ke sebab dia di negara 4 musim memang macam tu???


TIPS :
  1. Daun kesum juga boleh hidup subur di dalam pasu seperti pokok-pokok bunga yang lain.
  2. Pastikan tanah tidak sampai kering, siram dan baja selalu.
  3. Selalu petik / patahkan pucuknya(ambik buat masaklah jangan petik buang pulak) supaya lebih rendang dan banyak cabang.
Note : Nak jumpa En. Sup aka Saderi click sini ye...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday 20 April 2010

:-> Engangement Anniversary


STICKY MODE ENTRY SEHINGGA 29 APRIL 2010. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERKINI

Poyo je tajuk n3 tu kan! Ada ke org celebrate ulangtahun pertunangan? ngeeee..... Tak kisahlah kan but for me bulan April begitu bermakna....30 APRIL 2000 telah termeterai ikatan pertunangan yang mengukuhkan lagi cinta kami...


Untuk berkongsi kegembiraan ini E-na buat satu AWARD very special untuk semua FOLLOWERS dan semua PENGUNJUNG yang sudi singgah di LOVELY KITCHEN. Award ini sebagai tanda PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH di atas sokongan semua. Kawan-kawan adalah semangat untuk E-na berada di dalam dunia blog ini. Semoga persahabatan di alam maya ini berkekalan hendaknya.


Gambar Tulip tu di tembak semasa pergi Nabana No Sato last Sunday. So ianya hasil dari kamera sendiri yang tidak seberapa tapi E-na tempah frame khas tau, cantik tak?....he he. Harap sudi ambik AWARD INI buat penyeri di rumah masing-masing ye...


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Custard Tea Cake


CUSTARD TEA CAKE
Recipe from The Australian Women's Weekly

Bahan-bahan untuk kek :
  • 125g butter
  • 50g gula caster (1/3 cawan)
  • 1 biji telur
  • 80g self raising flour (3/4 cawan)
  • 30g tepung custard (1/4 cawan)
  • 1tsp essen vanila
  • Loyang 9cm
Bahan-bahan untuk custard :
  • 1 tbs tepung custard (E-na guna strawberry flavour)
  • 1 tbs gula caster
  • 2/3 cawan fresh milk
  • 1 tsp butter
  • 1 tsp esen vanila
Cara Membuatnya :
  1. Alaskan loyang dengan cooking sheet.
  2. Sediakan bancuhan custard dahulu. Masukkan tepung custard, gula dan fresh milk ke dalam periuk.
  3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan butter dan esen vanila. Kacau sebati dan tutup api bila adunan agak pekat. Ketepikan.
  4. Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  5. Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati.
  6. Masukkan tepung custard dan self raising flour yang telah diayak bersama.
  7. Kacau rata.
  8. Panaskan oven 180 darjah.
  9. Masukkan separuh adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  10. Kemudian curahkan adunan custard ke atasnya. Ratakan adunan custard dan tinggalkan 2cm keliling loyang.
  11. Masukkan adunan selebihnya ke atas bancuhan custard tadi dan ratakan.
  12. Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga kek masak. Selamat Mencuba!

Source : K.zai


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...