Monday 26 August 2019

POKOK BEKO & POKOK GAJUS aka POKOK KETEREH


Anak Pokok Gajus dan anak pokok Beko dari keratan batang pemberian rakan sejawat jumaat lepas. Dah lama nak tanam sendiri Pokok Beko akhirnya dapat juga. Kat rumah mak ada pokok Beko tapi setiap kali balik kg tak berkesempatan nak ambil buat benih. Bila dapat yang dah siap semai gini memang happy sangat.


Anak Pokok Gajus. Boleh buat teman pokok gajus yang besar sedia ada dalam pasu. Pucuk gajus sedap di buat ulam mentah.


Anak Pokok Beko baru keluar pucuk. Pucuk Beko boleh di buat ulam mentah atau dicelur. Buah Beko juga sedap dibuat ulam dan kerabu. 

Sunday 25 August 2019

POKOK BETIK SEKAKI


Biji benih betik sekaki E-na beli dari FB Tangan Hijau. Semai pada 6 April 2019. Ia dinamakan betik sekaki kerana pokok yang rendah dan mampu berbuah sekaki dari aras tanah. Pokok betik sekaki akan mengeluarkan bunga pada bulan ke 4, berbuah dan boleh dipetik pada bulan ke lapan.

Pokok betik sekaki pada 24 Ogos 2019.


Pokok Betik Sekaki sudah mengeluarkan putik bunga. Bunga jantan atau betina? Kita tengok nanti ye.


11 jun2019

Pokok Betik Sekaki di alihkan ke atas tanah pada 3 Jun  2019. Berkongsi tanah dengan pokok bunga kemuning, pokok kari dan pokok cili api. Bersempit di atas tanah seluas 4 x 2 kaki...dah macam setinggan. Moga kalian boleh intim dan berbuah lebat.


Anak pokok Betik Sekaki yang telah dipindahkan ke dalam poliybag pada 15 May 2019.

Saturday 24 August 2019

POKOK BUAH NONA



Cuti sekolah baru ni balik klate umah pak sedara di machang kenduri kahwin sepupu dapat merasa buah NONA yg masak. Isinya seakan buah durian belanda tp rasanya sangat manis. Sedap! Teruja dengan rasanya yang sedap E-na simpan bijinnya untuk disemai.


Ni biji buah nona...ada dalam 15 butir biji dalam sebiji buah yang kami makan...dah buang 2/3 biji kot. E-na dah semai seminggu tp belum nampak tumbuh lagi.


 Ni pulak anak pokok nona Pak sedara bagi bawa balik. Jauh tu perjalanan anak pokok ni, dari machang ke Jertih, balik pahang dulu then baru sampai shah alam. Moga membesar sihat dan berbuah lebat ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...