Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

BEPANG BADAM / FLORENTINE COOKIES/ ALMOND CARAMEL / CRUNCHY ALMOND BAR


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Bepang Badam yang sangat ranggup ditambah dengan rasa lemak sunflower seeds dan pumpkin seeds serta bijan hitam sebagai penyeri menjadikan biskut ini disukai ramai. Ada yang memanggilnya Florentine Cookies sempena dengan nama tepung khas yang digunakan untuk membuat bepang ini. Ia juga dikenali dengan nama Chrunchy Almond Bar, Almond Caramel, Nutty Thins, Nutty Crispy, dan Mix Crispy Nuts Cookies. Uisssh macam-macam nama di beri pada Bepang Badam ini


Membuatnya tidak susah cuma kos bahan mentah untuk biskut florentine ini agak tinggi. Jadi tidak hairanlah jika Bepang Badam ini dijual dengan harga lebih mahal berbanding dengan biskut-biskut lain di pasaran. Terima kasih pada kak Azlita Masam Manis yang telah berkongsi resepi Florentine Cookies. Resepi di bawah telah E-na sesuaikan mengikut sukatan bahan yang dibeli supaya tidak berlaku pembaziran bahan.


E-na buat Almond Caramel ni untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu tapi baru sekarang berkesempatan publish resepi. Di bawah ini E-na sertakan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk memudahkan pencarian pengunjung Lovely Kitchen yang ingin mencuba.


RESEPI CRUNCHY ALMOND BAR

Bahan-bahan:
  • 600 gram tepung Bienetta
  • 500 gram badam keping
  • 250 gram biji bunga matahari / kuaci
  • 250 gram biji labu
  • 60 gram bijan hitam ( E-na tak letak)
Cara Membuatnya:
1. Badam dan biji labu di bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 10 minit, Kuaci selama 5 minit.             Biarkan sejuk.
2. Satukan semua bahan-bahan di atas dan gaul rata.
3. Panaskan oven 160 darjah celcius. Alas tray/ loyang dengan baking paper.
4. Tuangkan adunan ke dalam tray/ loyang. Ratakan.
5. Bakar selama 10 minit.
6. Angkat dan terus potong dengan pisau semasa masih panas.
7. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara. 
8. Ulang langkah 4 hingga 7 sehingga campuran bahan habis di bakar. Selamat Mencuba dari Lovely                 Kitchen.

ATAU boleh guna kaedah di bawah:

Taburkan tepung ke dalam tray/ loyang diikuti badam, biji labu, kuaci dan bijan hitam.Kemudian tabur lagi tepung di atasnya. Kemudian bakar seperti biasa.


Gambar sebelum di potong.



TIPS MEMBUAT CRUNCHY ALMOND BAR DARI LOVELY KITCHEN
  • Tutup adunan yang sudah di gaul dengan plastik wrap sementara menunggu proses membakar untuk mengelakkan ianya melekat-lekat.
  • Mesti alas dengan BAKING PAPER supaya tidak melekat.
  • Potong bepang yang sudah masak semasa masih panas menggunakan pisau. Bepang akan pecah jika dipotong apabila sudah sejuk.
  • Sejukkan sebelum di simpan.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerapuhannya.

Resepi di atas dapat menghasilkan 6 balang di bawah.



Ini  Tepung Bienetta yang E-na guna. Beratnya 600 gram berharga RM26.90.




Baking Paper yang E-na gunakan untuk membuat Bepang Badam ini. Terdapat pelbagai jenama baking paper atau cooking paper di pasaran. Baking paper ini juga e-na guna untuk alas kek atau biskut di Lovely Kitchen.


Badam Keping 500 gram berharga RM16.90




Biji Bunga Matahari aka kuaci 250 gram berharga RM3.85


Biji Labu 250 gram berharga RM7.80. Semuanya di Kedai Bakery Bagus Seksyen 13 Shah Alam.


Di bawah ini gambar tepung yang boleh digunakan untuk membuat Crunchy Almond Bar. Florenta berharga RM19.90. Gambar dari blog masam manis. Kredit to k.Azlita.


Yang di bawah ini pula tepung Bee-sting Mix dari blog Ada Apa dengan AidaDewie. Gambar kredit to Aida.



Friday, 2 August 2013

BISKUT RED PEARL


Biskut Red Pearl lagi untuk Raya 2013....suka dengan rasa pelbagai bahan2 di dalam biskut ini. Mewah dengan campuran gajus cincang, chocolate chips , conflakes hancur dan ceri hijau merah. Biskut ini tidak menggunakan telur. Boleh juga masukkan ke dalam papercup seperti di sini.


RESEPI BISKUT RED PEARL
(+-50biji)

Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula kastor
  • 60 gram cornflakes diramas sedikit
  • 50 gram coklat cip
  • 20 gram ceri kering merah dan hijau
  • 25 gram gajus / badam /hazelnut -bakar dulu dan cincang sedikit (E-na guna gajus sedap rasa lemak2, tak bakar sebab gajus dah ranggup)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil emplex


Hiasan :
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
  • sedikit kuning telur (E-na tak sapu pun)

Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Guna whisker pun boleh sekadar sebatika gula dan butter sahaja.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau rata.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga bulat-bulatkan seperti bola dan letak di atas tray. Bila bakar biskut akan leper sendiri.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letak potongan ceri merah.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 30 minit atau sehingga masak.



Note : E-na buat 2 adunan

Thursday, 1 August 2013

BISKUT DAISY PETALS


Biskut Daisy Petals yang comel membuatkan E-na tertarik untuk mencubanya. Bahan-bahan yang simple dan nak buat pun senang hanya dengan menggunakan acuan samperit. Biskut comel ini sebagai penyeri hidangan kuih raya di hari lebaran.




BISKUT DAISY PETALS
( +- 65 biji)

Bahan-bahan :

  • 150 gm mentega 
  • 100 gm gula halus 
  • 200 gm gandum
  • 50 gm tpg jagung 
  • 1 biji kuning telur 
  • pewarna kuning dan hijau 
  • chocolate chips secukupnya 

Cara Membuatnya: 
1. Putar mentega dan gula hingga lembut 
2. Masukkan kuning telur dan kacau rata 
3. Kemudian tambahkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli doh hingga rata 
4. Bahagikan kepada 2 adunan. Warnakan hijau dan kuning 
5. Ambil sedikit adunan hijau, masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan doh di atas dulang       pembakar membentuk seperti batang. Buat sehingga habis adunan hijau.
6. Kemudian masukkan adunan kuning ke dalam acuan dan tekan doh kuning di hujung batang hijau untuk membentuk kuntum bunga.
7. Letak chocolate chips di tengah bunga . 
8. Panaskan oven. Bakar suhu 160"C selama 15minit atau sehingga masak.



Resepi dari Majalah Saji 2011. E-na edit cara membuat untuk mudah faham. Thanks to sis Mamasya.



Kami panggil biskut Himawari sebab  nampak macam Himawari (bunga matahari). kan??



Friday, 10 February 2012

Danish Butter Cookies






Danish Butter cookies resepi dari The Nooblet Pattisier. Kebiasaannya Butter Cookies tidak menggunakan baking powder tapi kali ini E-na masukkan baking powder seperti mana dalam resepi. Senang di buat sedap di makan. 




RESEPI DANISH BUTTER COOKIES

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 90 gram gula icing / powdered sugar
  • 270 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
  4. Kacau rata dengan senduk kayu.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan 'star tip'.
  6. Paipkan membentuk bulatan atau apa-apa bentuk yang disukai.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
  8. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note :  
Adunan agak sukar untuk di paip...boleh masukkan sebentar ke dalam microwave untuk melembutkan doh..tapi awas jangan sampai cair. (E-na terus paipkan doh  tanpa masukan ke dalam microwave, tp kena guna tenaga lebih sket...)


Lagi resepi Cookies di Lovely Kitchen klik link di bawah:

UPDATE:
Rakan yang telah mencuba Resepi Danish Butter Cookies:

Thursday, 6 October 2011

Farmbrozen Kenari Step by Step


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Buat lagi untuk kali keduanya. Biskut yang sedap dan senang membuatnya cuma tempoh membakar toppingnya agak lama. Jika ada lebihan telur putih bolehlah mencuba resepi ini. E-na dah pernah post dalam entry 'Raya Kedua, National Day and Our 11th wedding anniversary'. Kali ini E-na sertakan step by step bergambar.


RESEPI FARMBROZEN KENARI

Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.(E-na bakar 20 minit).
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan. Rujuk gambar 1.
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  lapisan base /cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising (E-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya.
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi seperti dalam gambar 2.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan seperti gambar 3. 
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry seperti gambar 4.
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering (jika belum kering bakar lagi)tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE : 
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Boleh letak jem kegemaran anda.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.

Intai biskut lain pula:


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Lovely Kitchen Berhenti Operasi...errrmmmm' dan Sweet Commnets terkini :

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda. 

Thursday, 29 September 2011

:-> Biskut Red Pearl


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.





Lagi Koleksi Biskut Raya 2011. Biskut mudah tidak memerlukan acuan. Sudukan adunan di atas tray pembakar letak ceri boleh terus bakar. E-na isi dalam papercup. Sedap rasa keranggupan bahan-bahan dalam biskut Red Pearl.

Resepi dari Noorma , antara biskut yang mendapat sambutan di Cendana Kasih. Sesuai juga dijadikan kudapan anak-anak. Nak buat pun senang. 



RESEPI BISKUT RED PEARL
(50biji)

Bahan-bahan:

  • 150 gram butter
  • 150 gram tepung gandum
  • 75 gram gula kastor
  • 60 gram cornflakes diramas sedikit
  • 50 gram coklat cip
  • 20 gram ceri kering merah dan hijau
  • 25 gram gajus / badam /hazelnut -bakar dulu dan cincang sedikit (E-na guna gajus sedap rasa lemak2, tak bakar sebab gajus dah ranggup)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil emplex (E-na tak letak, takde stok)
  Hiasan :
  • ceri merah, dihiris halus dan memanjang
  • sedikit kuning telur (E-na tak sapu pun)
Cara-cara:
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Guna whisker pun boleh sekadar sebatika gula dan butter sahaja.
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering. Kacau rata.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga bulat-bulatkan seperti bola dan letak di atas tray. Bila bakar biskut akan leper sendiri.
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut dan letak potongan ceri merah.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu 160 degree selama 30 minit (bergantung pd oven masing-masing)

NOTE : EMPLEX digunakan untuk merangupkan biskut.


Nak biskut lagi? Klik di bawah...

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Tuesday, 20 September 2011

:-> German Cookies SBS dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Biskut yang cair di mulut, menggunakan bahan-bahan yang simple tapi hasilnya sedap! E-na buat 3 adunan untuk raya. Buat Seminggu sebelum Hari Raya, tak sampai seminggu selepas raya tinggal balang kosong. Itupun sorok sikit untuk Hari Raya Pertama. Dah tau kalau display mesti licin sebelum raya lagi.



Penyediaan German Cookies juga mudah dan cepat. Tidak terhad untuk hidangan pada hari raya tetapi sesuai juga di jadikan kudapan sampingan hari-hari biasa. Resepi asal dari Hearty Bakes dan di kongsi oleh Rima. Thanks keduanya. E-na cuma tabur coloured chocolate rice di atas german cookies untuk menaikkan serinya.


Potato Starch yang E-na guna untuk buat German Cookies.

RESEPI GERMAN COOKIES
(~60 biji)


Bahan-bahan:

  • 125 gram butter
  • 125 potato starch / tepung kentang
  • 80 gram tepung gandum
  • 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)

Cara-cara:
  1. Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
  2. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
  4. Bulatkan menjadi sebiji doh besar. 
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar. Rujuk gambar 1.
  7. Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar. Rujuk gambar 1.
  8. Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Rujuk gambar 2.
  9. Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Rujuk gambar 3. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
  10. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
  11. Sejukkan di atas redai.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari LOVELY KITCHEN.


TIPS MEMBUAT GERMAN COOKIES DARI LOVELY KITCHEN

  • Sejukkan adunan di dalam peti sejuk untuk memudahkan proses membentuk cookies.
  • Celup garfu di dalam air untuk mengelakkan doh terlekat pada garfu.
  • Untuk mendapatkan doh yang licin dan tidak pecah di keliling cookies, siap bulatkan sebiji terus tekan dengan garfu, siap lagi sebiji tekan terus dgn garfu. begitulah sehingga abis.Jika tunggu semua dibulatkan, doh akan sedikit kering, itu yang merekah bila ditekan dengan garfu. Better ikut tips ini jika buat lebih dari 1 adunan.(gambar di atas masa 1st time buat, belum tau lagi ragamnya).


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Tuesday, 13 September 2011

:-> Raya Kedua, National Day and Our 11th Wedding Anniversary


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

31 August 2011 menjadi sejarah apabila kita semua merayakan Aidilfitri sekali dengan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 54. Bagi E-na dan hubby 31 August adalah tarikh yang begitu bermakna. Setelah 4 tahun bersulam cinta dan rindu kami disatukan dalam majlis akad nikah dan majlis perkahwinan pada hari yang sama 31 August 2000.

Sambutan Anniversary kami pada tahun ini cukup meriah dengan 3 undangan open house di Nagoya. Tahun-tahun sudah kami di Nagoya mengadakan open house pada hujung minggu tapi tahun ini ada sedikit kelainan yang mana raya kedua terus meriah dengan rumah terbuka. Sebenarnya nak meraikan anibesari kami la tu...hihiii....(perasan kejap)

Memang beraya sakan hari tu...dari tengahari sampai malam baru balik rumah. Perut memang penuh dengan aneka juadah. Menu rumah pertama : Mee bandung, Nasi impit kuah kacang dan serunding, pasta, beberapa jenis dessert dan kek buah. Menu rumah kedua : Nasi Ayam, Laksa Penang, beberapa jenis jelly, kek gula hangus, kek marble dan beberapa jenis biskut raya. Menu rumah ketiga : Nasi tomato, ayam masak merah, Lodeh, tempe grg sambal, nasi impit, kuah kacang, biskut raya.

Dan sebagai ingatan di hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 11, E-na buatkan Farbrozen Kenari sebelum ke Open house. Alhamdulillah hubby suka dengan rasa cookies ni. Itulah hadiah anniversary dari E-na...hihiii. Bagi E-na  Farmbrozen Kenari ni sangat sedap. Memang akan di buat lagi lepas ni. Buatnya senang cuma mengambil masa yang lama untuk masak lapisan atas. 

Terpikat dengan hasil di rumah Ita dan E-na terus buat ikut cara Ita cuma bagi kami lapisan atas masih lagi manis dan akan di kurangkan lagi selepas ini. Gandingan kacang gajus dan fresh blueberry menjadikan rasa  Farmbrozen Kenari sangat sedap! Thanks Ita...

Resepi di bawah telah di buat mengikut citarasa E-na dan hubby. Resepi asal boleh tengok disini dan disini.


RESEPI FARMBROZEN KENARI

Lapisan Base (cookies)
Bahan-bahan:
  • 140 gram tepung gandum di ayak.
  • 25 gram gula castor
  • 90gram butter
  • Loyang 4 segi 18cm

Cara-cara:

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang atau putih.
  2. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh.
  3. Sapu sedikit butter/ marjerin pada dasar dan sekeliling loyang dan alas cooking sheet pada dasar loyang.
  4. Masukkan doh ke dalam loyang dan canai dengan roller kecil atau tekan-tekan dengan jari untuk meratakan doh memenuhi dasar loyang.
  5. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.(E-na bakar 20 minit).
  6. Keluarkan dari oven setelah masak. Sejukkan
  7. Seterusnya buat lapisan topping sementara menunggu  cookies sejuk.

Lapisan Topping
Bahan-bahan:
  • 60 gram putih telur (~ 2biji putih telur)
  • 40 gram gula aising (E-na guna powdered sugar)
  • 1 sudu kecil tepung jagung.
  • Blueberry jem / strawberry jem secukupnya.
  • 25-30 gram gajus
  • sedikit fresh blueberry / dried blueberry

Cara-cara:
  1. Satukan putih telur, gula aising dan tepung jagung. Putar dengan high speed sehingga adunan likat.
  2. Sapukan blueberry jem di atas lapisan base tadi.
  3. Kemudian tuang topping ke atas jem tadi dan ratakan.
  4. Tabur kacang gajus dan fresh blueberry
  5. Bakar dengan suhu 90 degree selama 1 1/2 jam. E-na bakar dengan suhu 110 degree selama 1 1/2 jam.
  6. Bila sentuh permukaan topping dah kering, tutup oven dan biarkan cookies di dalam oven selama 1 1/2 jam lagi supaya topping benar-benar kering.
  7. Potong setelah betul-betul sejuk. Letakkan ke dalam paper cup dan bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE :

  • Resepi Farmbrozen Kenari Step by Step Bergambar click disini.
  • Cookies ini agak rapuh dan gebu, berhati-hati semasa  memotong.
  • Gajus boleh diganti dengan badam cincang/ hazelnut / kacang tanah atau apa sahaja bahan yang sesuai.



Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Friday, 9 September 2011

:-> Lemang Tanpa Buluh dan Lemang Pulut Kuning Special (Step by Step)


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.


Lemang Tanpa Buluh sesuai untuk hidangan tetamu di hari raya atau open house. Rasanya tidak terhad pada perantau tapi untuk yang tinggal di bandar atau di desa juga boleh menjadikannya sebagai salah satu juadah untuk tetamu. Senang tidak perlu bermain dengan buluh dan asap api. Tapi Lemang guna buluh tu lagi sedappppp....ada kepala lemang!!! lemak2 gitu...favorite E-na..


Lepas kukus laksam  tadi dapat mesej minta resepi lemang Tanpa Buluh. E-na usahakan untuk publish hari ini sebab empunya diri nak buat open house esok. Harap entry ini dapat membantu  ye. E-na sertakan disini cara E-na buat lemang langkah demi langkah. Semoga gambar dan cara membuatnya dapat di fahami dengan mudah. 

Di bawah ini gambar 'buluh' yang E-na gunakan untuk membuat lemang...hihii. Bekas rempah sebenarnya. Barangan Daiso 105 yen.  Saiz Acuan Lemang E-na ni 10cm x 5.5cm. Boleh guna gelas plastik / bekas plastik lain yang sesuai.


RESEPI LEMANG TANPA BULUH
menghasilkan 5 batang lemang bersaiz seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap kemudian lap bersih)
  • Daun pisang frozen tak perlu di layur atau jemur kerana sudah lembut. Lap je dengan kain lembab supaya  bersih.

Cara Masak Pulut:
(Boleh tengok disini cara masak pulut STEP BY STEP)
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.


Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....Thanks my dear Hubby atas idea untuk buat lemang pulut kuning. Muaaahhhhs!! 
Boleh tengok gambar Lemang yang telah E-na hidangkan pada open house yang lepas dan open house tahun lepas di sini dan disini.

TIPS MEMBUAT LEMANG DARI LOVELY KITCHEN
  • Tambahkan air panas 1-3 sudu besar jika pulut masih lagi keras, kemudian kukus semula 5- 10 minit.
  • Mesti kacau 10 minit sekali supaya pulut masak sekata.
  • Lebihkan santan kurangkan air jika mahu lebih rasa lemak. Tapi jika terlalu lemak juga akan cepat muak, tambahan lagi nanti nak cicah rendang kan...lemak juga..
  • Tunggu pulut suam sedikit baru masuk dalam acuan...kalau nak buat juga masa panas tekan guna sudu.
  • Bagi yang suka lemang yang garing...lepas kukus boleh masukkan dalam oven dan bakar sekejap.
  • Tekan pulut padat ke dalam acuan supaya tidak berderai semasa memotong lemang nanti dan cantik potongannya.


NOTE : 

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Monday, 15 August 2011

:-> Biskut Raya Dah Siappp!!!


Hari ini baru Ramadhan ke 15. Mesti antara kita sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya. Ada juga antara kita yang masih memikirkan biskut yang hendak di buat. Bagi E-na setiap kali tiba hari raya rasa tidak lengkap tanpa biskut raya. Bila sibuk membakar biskut baru terasa semangat hendak beraya. 

Sebagai kenangan beraya di perantauan, E-na abadikan gambar BISKUT RAYA 2010 yang E-na sediakan untuk keluarga dan kawan-kawan yang datang berkunjung. Ni kat Nagoya tau...bukan Malaysia maaa.








Abaikan tangan comei yang memegang pinggan lemang tu ye...nampak sangat gambar tangkap muat je...masa nak hidang baru teringat nak ambik gambar, inilah jadinya.

Semua gambar di rakam di pagi raya sebelum tetamu tiba. Tak sempat nak posing dah... Lemang ni buat malam raya... Alhamdulillah merasa juga nak makan lemang tapi tak adalah kepala lemang lemak2 macam yang bakar dalam buluh..jadilah kan...

NOTE : Jangan marah dengan tajuk ye...buat gempak je...;)

Friday, 1 July 2011

:-> Kuih Buah Rotan



Cuaca di Nagoya sekarang panaaaas sangat. Hari ini pukul 6.30 pagi suhu dalam rumah sudah 32c. Berbeza dengan cuaca panas di Malaysia, di Nagoya siang malam rasa panas berhaba. Kat rumah ni kalau tak on aircond, mesti on 2 biji kipas untuk satu ruang dengan max speed! Dasyat kan...

E-na pun tak berapa sihat. Tekak perit, kepala berdenyut, badan panas sikit. Bercampur pula dengan cuaca panas rasa penat sangat. Harap puasa nanti kami semua di beri kekuatan untuk berpuasa dengan sempurna. Sekarang subuh 2.55a.m dan maghrib 7.11p.m. Waktu siang (cerah) lebih panjang dari malam. Puasa pun lebih lama nanti....

Dalam perancangan Lovely Kitchen ingin berkongsi resepi biskut raya di bulan July. Insyaallah mana-mana resepi yang pernah di cuba dan ada gambar dalam simpanan akan di publish di LK. Di samping sebagai kenangan dan rujukan E-na, harap pengunjung LK yang ingin membuat biskut raya sendiri mendapat sedikit idea dari perkongsian ini.


Kuih Buah Rotan adalah antara kuih raya yang -na buat untuk Raya Aidiladha 2010. Masa buat kuih ini memang tak sukat bahan-bahan yang digunakan. E-na guna lebihan telur putih sahaja di campur dengan tepung pulut, santan dan gula, juga bijan untuk di salut pada kuih.

Kebanyakan resepi biskut menggunakan telur kuning jadinya telur putih akan banyak berlebihan. E-na cuba buat buah rotan tanpa menggunakan telur kuning. Hasilnya ok ranggup juga. Mungkin tidak seranggup yang guna telur kuning tapi kuihnya tidak keras, elok je. Sedap lah mengunyah dan telur putih pun tidak membazir. Yang lambatnya nak menggentel boolat boolat tu...

Di bawah ini gambar sebenar buah rotan...sama tak? Takkan sama kan ciptaan yang Maha Kuasa dengan yang kita buat.

Gambar dari google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...