Monday 29 August 2011

:-> Tauhu Fa



Resepi Tauhu Fa 

Bahan-bahan:

  • 3 keping tauhu lembut 
  • 200ml air
  • 20 gram gula
  • 20 gram kurosato / gula melaka
  • 5 inci daun pandan
Ini tauhu yang E-na guna. Ada di jual di Jusco.

Cara-cara:
  1. Masukkan air, gula, kurosato dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga gula dan kurosato hancur.
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Masukkan tauhu lembut ke dalam mangkuk.
  5. Curahkan air gula ke atasnya.
  6. Sesuai di makan sejuk atau suam.
Note : E-na suka sejukkan air gula dan tauhu di dalam peti. Bila nak makan baru curahkan air gula ke atas tauhu. Terasa keaslian tauhu lembut dan manis2 air gula.....Boleh juga di campur keduanya kemudian sejukkan, tapi tauhu akan berubah menjadi gelap sedikit.

Sunday 28 August 2011

:-> Kuih Limas



Kalau tengok kuih dalam daun pisang macam di bawah E-na akan kata itu kuih tepung pelita. Tapi sekarang baru tahu yang ada kuih sama rupa dan bentuk dengan tepung pelita tapi rasanya berbeza. Kuih Limas menggunakan tepung gandum manakala tepung pelita menggunakan tepung beras.

E-na pernah buat tepung pelita tapi rasanya tidak seperti yang diinginkan...jadi seperti berselut...mungkin tepung beras kat sini berbeza. Kalau ada tepung beras Malaysia tentu sedap...eerrrmmm kena  tunggu balik malaysia lah baru boleh bertepung pelita sedap.

Bila jumpa resepi Kuih Limas terasa ingin mencuba. Tapi kuih E-na buat ni keras sikit tidak selembut tepung pelita...mungkin terlebih sukatan atau sememangnya tekstur Kuih Limas begini? Apa pun thanks Mas atas resepi. Lain kali kena kurangkan sukatan tepung supaya lebih lembut.



RESEPI KUIH LIMAS

Bahan Lapisan Bawah:
  • 2 1/2 cawan santan cair (E-na guna 500ml)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan tepung gandum (E-na guna 120g)
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara:
  1. Kisar daun pandan dengan santan cair dan tapis.
  2. Masukkan gula, tepung gandum dan pewarna hijau jika perlu dan kisar sebati. Ketepikan.

Bahan Lapisan Atas:
  • 2 1/2 cawan santan pekat 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan, kisar dan ketepikan. Jika tidak menggunakan pengisar, adunan perlu ditapis supaya tidak berketul. Ketepikan.

Bahan sampingan:
  • Daun pisang untuk acuan
  • gula sebagai inti
Cara-cara :
  1. Panaskan pengukus.
  2. Letak 1 sudu kecil gula pasir dalam acuan.
  3. Tuang adunan lapisan bawah (warna hijau) separuh acuan.
  4. Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
  5. Angkat dan tuang adunan atas.
  6. Kukus lagi selama 10 minit.
  7. Sedia untuk dihidangkan ketika panas atau disejukkan dulu di dalam peti ais. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.







Friday 26 August 2011

:->Tudung, Baju Kurung dan Jubah Kanak-kanak Untuk Di Jual


STICKY ENTRY....SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY BARU...



Kenapa terkejut... Tak percaya ke E-na bisness baju raya... Kalau betul-betul E-na buka bisness ada yang nak jadi customer tak...

Sebenarnya ini bisnes kawan E-na yang E-na kenal dari Sekolah Menengah lagi.. Dia minta tolong iklankan dalam Lovely Kitchen. Kalau ada sesiapa yang masih tercari-cari baju untuk anak-anak bolehlah contact kawan E-na ni untuk keterangan lanjut. 


Di bawah ini sedikit details mengenai produk.

  • Baju Kurung Kanak-kanak dan Jubah Kanak-kanak.
  • Saiz  S, M, L
  • Saiz S :  untuk 6, 7, 8 tahun
  • Saiz M : untuk 9 dan 10 tahun
  • Saiz L : untuk 11 dan 12 tahun
  • Sepasang berharga RM 70.00 termasuk KOS POS semenanjung Malaysia.
  • Tudung berharga RM15.00 sehelai.
  • Berminat sila hubungi 019-7404567 (serious buyer only)

Thursday 25 August 2011

:-> Kad Raya Kedua dan Ketiga



Hari ini E-na terima 2 keping lagi kad raya. Selang beberapa hari sahaja dari Kad Raya yang pertama. Sekeping dari Deqlis dan sekeping lagi dari Fatihah. Thanks untuk keduanya... Nanti bila semua kad sudah sampai E-na gantung ye...E-na harap kad-kad yang E-na poskan ari tu juga akan sampai dengan selamat. 

:-> Bubur Pulut Hitam dan Gambar Beras Pulut Hitam Jepun



Bubur Pulut Hitam antara juadah berbuka 17 ramadhan. Baru sempat publish. Maaf untuk semua kawan-kawan dan pengunjung LK yang E-na tidak sempat buat kunjungan balas...Masa begitu mencemburui sekarang...E-na pos entry yang mana sempat dan akan kurang sikit kesibukan selepas raya ketiga, Insyaallah.


Resepi Bubur Pulut Hitam
(4 orang)

Bahan-bahan:
  • 100 gram  pulut hitam
  • 800 ml air 
  • 200 ml santan dalam tin (pekat)
  • 300 ml air
  •   40 gram gula pasir
  •   40 gram gula melaka
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan (E-na guna sejengkal shj, jimat di perantauan..;p)
E-na guna Pulut Hitam dalam gambar ini. Ada di AEON / JUSCO...298yen tak silap harganya utk 100g. Ada satu jenis lagi Pulut Hitam yang ada di JUSCO. 'KUROMAI' 150g, harga lebih murah dari yang dalam gambar. 

Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras pulut hitam selama 4 jam.
  2. Rebus beras pulut hitam bersama 800 ml air sehingga beras kembang dan air kering.
  3. Satukan 300ml air dan santan pekat. Masukkan ke dalam periuk beras bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula melaka dan secubit garam.
  4. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Sedia di hidangkan sewaktu masih panas atau selepas disejukkan di dalam peti. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Kemanisan dan kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.

Tuesday 23 August 2011

:-> Kad Raya Pertama




Semalam  22 ogos 2011, E-na telah menerima kad raya yang pertama untuk xtvt 'Kad Raya Exchange' di blog Deqlis. Jauh kad ini terbang dari Sarawak lagi...Thanks Zahidah....Salam Kenal dan Selamat Hari Raya dari E-na Lovely Kitchen.
E-na dah pos kad raya dalam entry di sini.

Pssssstttt : Kalau ada biskut raya lagi best kan...hihiii

Friday 19 August 2011

:-> Semangat Menulis Kad Raya


Lebih kurang sejam lebih juga E-na menulis dan menyiapkan 'kad-kad raya' di bawah tu. Teringat kembali zaman menulis kad raya dulu-dulu. Dan yang paling seronok waktu terima kad raya. Dapat pula posmen hantar 4/5 keping kad sehari...memang hati berbunga riang kan. Sekarang dah makin kurang  budaya menulis kad raya. 


Sebenarnya kad raya di atas adalah untuk blogger yang join aktiviti di blog Deqlis. E-na tau pun sbb Deqlis ada tinggalkan komen dalam n3 LK. Thanks untuk Deqlis yang anjurkan xtvt seperti ini. Tujuan E-na join adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak budaya menulis, menerima dan nanti menggantung kad raya. Untuk bloggers yang join terimalah seadanya kad raya dari jepun...xdelah gambar ketupat, lemang, masjid sebagainya ye...

Sebelum jumpa blog Deqlis, E-na dan anak-anak dah buat 'Kad Raya untuk Nenek-nenek di kampung'. Enjoy sangat buat kad raya. Walaupun hanya 2 keping kad tapi 2 hari juga nak siapkan...maklumlah mamanya sibuk juga di dapur dan urusan seharian. 


E-na buat aktiviti mencari letter dalam magazine bagi perkataan 'AIDILFITRI 2011'. Sesuai untuk Shasya (5yrs) dan Hafiy(3yrs) identify the alphabet. Menggunting dan menampal huruf-huruf tersebut bagus untuk fine motor skill anak-anak. Kakak Damia melukis dan menggunting flowers untuk decorate kad, juga menulis kad raya.

Kad Raya untuk Nenek Masitah....Tulisan Shasya 'Kami SayangNenek' untuk kedua-dua kad.

Kad Raya untuk Nenek Zainun.

2 versi...jawi dan rumi...tulisan kakak Damia.

Ni semua kad raya untuk di pos....7 keping untuk blogger dan 2 keping untuk nenek-nenek tersayang. Semua dah pos semalam... kos setem 220 yen each...

Wednesday 17 August 2011

:-> Pisang Goreng ke Tempura Pisang


Pisang Tanduk Goreng di Malaysia, tapi di Jepun dah jadi Tempura Pisang Tanduk. Sejak dok kat sini E-na guna tepung tempura untuk buat goreng pisang. Tidak perlu nak campur tepung bagai hanya tambahkan air mengikut sukatan di belakang pack tepung  dan sedikit garam. Memang ranggup sangat. Dari pertama kali mencuba kami dah jatuh chenta dengan tepung tempura yang tip top ni. E-na pos kat mak lagi untuk try.

Memang ranggup dan sedap! Cubalah...


 E-na suka pisang yang di potong nipis untuk goreng..baru terasa tepung dan pisang sama banyak...nak tau harga sebiji pisang tanduk tengok disini.


RESEPI PISANG GORENG / TENPURA PISANG

Bahan-bahan

  • 1 biji pisang tanduk berat ~800g
  • 150g tepung tenpura
  • 240 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Satukan tepung, air dan garam. Kacau sebati. Tekan-tekan tepung dengan sudu supaya hancur.
  2. Basuh bersih kulit pisang. Keringkan dengan kitchen tissue.
  3. Potong nipis pisang seperti dalam gambar di atas.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Buangkan kulit di sekeliling pisang. Ambil dalam 4-6 keping sahaja untuk sekali goreng (bergantung pd saiz pan anda)
  6. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung.
  7. Bila minyak panas, masukkan pisang yang telah bersalut tepung ke dalam minyak.
  8. Sambil menunggu pisang masak, ulang semula langkah 5 dan 6.
  9. Balikkan bila sudah masak kekuningan. Biarkan masak.
  10. Angkat dan toskan dengan kitchen tissue.
  11. Kemudian ulang langkah 7. Buat sehingga habis. Sedia untuk di makan. Sedap juga di hidang bersama sambal kicap (jika pisang masih separuh masak - belum terasa manisnya). Selamat mencuba dari Lovely Kitchen

Monday 15 August 2011

:-> Biskut Raya Dah Siappp!!!


Hari ini baru Ramadhan ke 15. Mesti antara kita sedang sibuk menyediakan pelbagai jenis biskut raya. Ada juga antara kita yang masih memikirkan biskut yang hendak di buat. Bagi E-na setiap kali tiba hari raya rasa tidak lengkap tanpa biskut raya. Bila sibuk membakar biskut baru terasa semangat hendak beraya. 

Sebagai kenangan beraya di perantauan, E-na abadikan gambar BISKUT RAYA 2010 yang E-na sediakan untuk keluarga dan kawan-kawan yang datang berkunjung. Ni kat Nagoya tau...bukan Malaysia maaa.








Abaikan tangan comei yang memegang pinggan lemang tu ye...nampak sangat gambar tangkap muat je...masa nak hidang baru teringat nak ambik gambar, inilah jadinya.

Semua gambar di rakam di pagi raya sebelum tetamu tiba. Tak sempat nak posing dah... Lemang ni buat malam raya... Alhamdulillah merasa juga nak makan lemang tapi tak adalah kepala lemang lemak2 macam yang bakar dalam buluh..jadilah kan...

NOTE : Jangan marah dengan tajuk ye...buat gempak je...;)

:-> Puding Tembikai dan TIPS Melapis Puding


Kebanyakan blog masakan dah try buat Puding Tembikai. E-na baru sampai seru untuk melapis puding yang jelita ini. 'Better late than never'. Sedap puding ni, bagi yang belum mencuba bolehlah cepat-cepat buat puding yang menyerupai suika/ tembikai. 



E-na taip semula resepi di bawah mengikut apa yang E-na buat untuk memudahkan pemahaman bagi yang pertama kali mencuba puding ini. 


RESEPI PUDING TEMBIKAI
Bahan-bahan:
  • 7 gram agar-agar serbuk (E-na guna Swallow Globe Brand)
  • 800ml air
  • 100 gram gula
  • 2 keping roti sandwich
  • 200ml fresh milk/ susu cair
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis.*
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • pewarna hijau dan merah
  • bijan hitam sebagai biji tembikai
  • Loaf pan 24cm x 8 cm x 6cm tinggi


Cara-cara
  1. Koyak-koyakan roti dan rendam di dalam fresh milk/ susu cair.
  2. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga gula hancur.
  3. Blend roti susu cair bersama susu pekat manis sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan bahan blend ke dalam periuk. 
  5. Masukkan juga butter dan esen vanila. Kacau sehingga mendidih.
  6. Tutup api.
  7. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau sebagai kulit tembikai.
  8. Biar kan adunan keras.
  9. Lorek sedikit permukaan warna hijau yang telah keras dengan pengcungkil gigi.
  10. Ambil sedikit adunan asal kurang dari warna hijau dan curahkan ke atas lapisan hijau. Jika adunan asal beku, panaskan semula di atas api sebelum melapis. Biarkan beku.
  11. Setelah lapisan warna asal beku, ambil adunan dan warnakan merah sebagai isi tembikai. Masukkan bijan dan kacau rata.
  12. Lorek sedikit lapisan putih dengan pengcungkil gigi dan curahkan separuh adunan merah ke atasnya. Biarkan beku sedikit.
  13. Kemudian curahkan baki adunan merah ke dalam loyang. Sejukkan dan simpan di dalam fridge sehingga sejuk. Sedia untuk di potong dan dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE :
  •  Adunan ini menghasilkan 1 loaf pan saiz di atas dan sebiji cup.
  • Sukatan diatas menghasilkan puding yang lembut dan cantik.
  • Sukatan susu pekat manis* itu anggaran sahaja. Masa E-na buat tu menghabiskan susu dalam tin jadi campur sedikit air dan tidak sukat dengan tepat.

TIPS LOVELY KITCHEN

  • Lorekkan/ cakar  lapisan yang telah beku dengan pengcungkil gigi sebelum melapis adunan seterusnya supaya puding melekat cantik antara setiap lapisaan dan tidak bercerai lapisannya apabila beku nanti.
  • Biasa guna garfu untuk cakar lapisan puding tapi untuk puding tembikai lebih sesuai guna pengcungkil gigi jika lapisan agak nipis...
  • Panaskan semula adunan di dalam periuk sebelum diwarnakan jika adunan sudah beku.

Resepi asal boleh tengok di blog Ika dan Ida.



Sunday 14 August 2011

:-> Pokok Ulam Raja



Dalam entry 'Teruja Dengan Bunga Pertama' E-na ada masukkan gambar Pokok Ulam Raja dan minta friends and readers teka nama pokok berkenaan. Betullah tekaan Kak Amie dan Kak Ilah, Pokok Ulam Raja. Nak hadiah kena datang ambik kat Nagoya ye sis...;)




Ulam Raja memang tidak asing lagi bagi penggemar ulam-ulaman. Kat Jepun ni tak jumpa pulak pokok ni. E-na minta mak kirim benih Ulam Raja last year masa autumn. Dah try tanam masa tu tapi susah nak hidup subur mungkin tidak sesuai dengan cuaca sejuk. 

Bila tanam musim panas ni cantik pulak naiknya.  Gambar yang di bawah ni gemuk je batangnya...dah boleh kutip buat ulam...tapi tunggu gengnya besar sikit baru cukup kuota...;p


Kat bawah ni masa pokok gemuk gambar atas tu kecik lagi.

Yang ini ulam raja dalam pasu semaian.

Inilah geng ulam raja yang telah di alih ke tempat yang lebih selesa. Tunggu sikit lagi boleh tuan pasu kutip buat ulam...tak sabar ni...Menurut Kak Illah, ulam raja boleh buang kolestrol. Bagus tu kan...Jom try! Sedap tau...


Friday 12 August 2011

:-> Teruja Dengan Bunga Pertama


Macam ni lah E-na dengan pokok... boleh jadi excited sangat bila tengok pokok subur menghijau dan mengeluarkan hasil. Semalam lepas berbuka ajak en. hubby melawat mini edible garden. Semangat nak tunjukkan pokok-pokok yang sedang membesar di bahagian laundry luar rumah. En. Hubby layan je laa...;p

Pagi tadi nampak bunga kacang panjang hampir kembang. Hasil dari Pokok Kacang Panjang dalam entry sebelum ni. Apa lagi terus photoshot bunga nan sekuntum. Mencabar rupanya nak ambik gambar bunga kacang panjang ni dalam keadaan angin yang tidak berhenti bertiup dan tripod dalam kereta.

1st time E-na tengok secara dekat bunga kacang panjang...cantik kan! Gambar atas ni bunga belum betul-betul kembang lagi.

Yang ini putik bunga baru keluar.

Kemudian membesar seperti ini

Bunga yang hampir kembang. Ini bahagian belakang bunga gambar yang pertama tadi.


Sudah kembang sepenuhnya dalam pukul 10 tadi...macam bunga orkid kan....oh indahnya!


Cuba teka yang kat bawah ni pokok apa???


:-> Pokok Kacang Panjang



Pokok Kacang Panjang yang di tanam pada 5 July 2011. Kat atas tu gambar salah satu dari 4 pokok yang ada. Dah tinggi menjalar sampai bumbung!

Tengok gambar ke tiga...ke mana agaknya arah yang akan di tuju...nak panjat lagi dah tak ada tali....kita tengok je nanti apa yang akan terjadi pada pokok kacang ni....Daun punyalah lebar-lebar...sekarang baru berputik untuk berbunga....kalau jadi kacangnya boleh buat ulam dalam laksam! ;p

Thursday 11 August 2011

:-> Nasi Lemak Kukus dan Ayam Goreng Berempah


Menu kegemaran seisi keluarga untuk berbuka semalam, Ramadhan 10. Nasi Lemak Kukus, Ayam Goreng Berempah, Burger Malaysia dan Mango Juice. Anak-anak E-na kalau dapat makan nasi lemak memang laju je. Sedap memanjang... E-na dan hubby pula suka nasi yang dikukus lembut...Bila masak nasi lemak biasanya akan adalah Burger Malaysia...senang kan boleh kongsi je sambal tumis tu...

Masak nasi dengan cara mengukus ni senang sebab tidak perlu risau nasi mentah atau lembik sangat. Kita boleh tengok nak sedang mana lembutnya. Bagi yang tak berani hendak mengukus nasi mari cuba, Insyaallah pasti jadi...

RESEPI NASI LEMAK KUKUS
(4 - 5 orang)

Bahan-bahan :

  • 450 gram beras (E-na guna beras wangi....fuhhh bau diaaa)
  • 150 ml santan tin(pekat)
  • 100ml air
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 hiris halia
  • 1 ulas bawang putih- di hiris nipis
  • 1 helai daun pandan
Bahan-bahan lain:
  • 100ml air panas / suam (jika perlu)
Cara-cara :
  1. Beras di cuci bersih sambil berselawat ke atas nabi.
  2. Kemudian rendam selama 1 jam.
  3. Didihkan air di dalam pengukus.
  4. Masukkan beras ke dalam kukusan bersama sehelai daun pandan. Ratakan kemudian lubangkan dengan jari di beberapa tempat.
  5. Tutup periuk dan kukus selama 15 minit.
  6. Di dalam bekas masukkan santan, air, garam, halba dan bawang putih. Kacau sikit.
  7. Kemudian masukkan nasi ke dalam bekas santan dan kacau rata.
  8. Tuang semula nasi ke dalam pengukus, ratakan dan buat lubang seperti tadi. Kukus lagi 15 minit.
  9. Jika nasi masih keras, angkat dan masukkan ke dalam bekas dan masukkan 100ml air panas / suam (sejuk pun boleh) dan kacau rata.
  10. Kemudian kukus semula selama 10 minit.
  11. Setelah masak angkat dan masukkan ke dalam rice cooker, tekan button warm untuk kekal panas.
  12. Boleh dihidangkan bersama sambal tumis, ayam goreng rempah atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

    NOTE : Sukatan bahan-bahan di atas boleh di gunakan untuk beras sehingga 500gram.

    Resepi Ayam Goreng Rempah dan Sambal Tumis pelengkap Nasi Lemak Kukus ni E-na update kemudian ye... Insyaallah. 

:-> Tutorial : Cara Besarkan Gambar Dalam Entry Blog


Entry khas untuk menjawab persoalan Ida Happy Cooking Time...:) dalam entry BURGER MALAYSIA semalam



E-na tunjukkan step by step. Kalau nak tinggal mesej bimbang tak sampai pula maksudnya.

  1. Sign in blogger.
  2. Klik icon 'Settings'
  3. Pilih bahagian 'Basic'
  4. Scroll ke bawah page akan jumpa 'Select Post Editor'
  5. Asalnya bullet berada di 'old editor' kan atau 'hide compose mode'
  6. Klik icon 'Updated editor (Recommended)'
  7. Kemudian klik 'Save setting'
  8. Sekarang boleh buat entry baru seperti biasa di 'New Post'
  9. Klik 'Insert Image'...'Choose File'... 'Add selected'...
  10. Kemudian klik pada gambar yang di upload tadi. Hasilnya seperti di bawah,
  11. Pilih saiz gambar yang dikehendaki, 'Small', 'Medium', 'Large' atau 'X-Large'.Klik pada icon 'X-Large '  (X-Large ni saiz yang E-na guna untuk entry BURGER MALAYSIA)
  12. Dah siap...
Boleh faham ke...kalau tak jelas boleh tanya lagi...FOC...
Harap sedikit sebanyak dapat membantu Ida dan pengunjung LK yang memerlukan.....arigatou gozaimashita!

UPDATE  :
Boleh juga tengok kat sini untuk rujukan :

Wednesday 10 August 2011

:-> Burger Malaysia


Dah banyak kali buat sebab hubby dan anak-anak suka. Boleh tengok dalam entry lepas. Biasanya kalau buat nasi lemak akan adalah burger malaysia sebab senang nak share sambal tumis tu kan... Sedap juga di makan dengan chocolate syrap Hersyes.

Resepi asal dari Yani Myr tapi E-na dah tambah sukatan tepung supaya tidak lembik, senang di uli dan cara membuatnya juga telah di edit untuk menyenangkan proses menggoreng.

RESEPI BURGER MALAYSIA
(12 biji)

Bahan-bahan:
  • 250 gram tepung gandum
  • 140ml fresh milk
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan inti:
  • Sambal tumis secukupnya
  • timun
  • salad
Bahan sampingan:
  • plastik berukuran 27cm x 18cm atau yg bersesuaian.


Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, marjerin, gula dan dry yeast ke dalam bekas menguli. Gaul rata.
  2. Masukkan pula fresh milk dan uli sekejap sekadar semua bahan bercampur.
  3. Kemudian barulah masukkan garam halus dan uli selama 15 minit atau sehingga doh tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan doh menjadi sebiji doh besar. Tutup bekas dengan plastik wrap dan biarkan doh naik selama 30 minit.
  5. Ambil sehelai plastik berukuran 27cm x 18 cm dan potong 1 sisi plastik serta bawah bahagian plastik. Bentangkan plastik tadi di atas tray. Ukuran plastik kini menjadi 38cm x 27cm. 
  6. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan udara dan bahagikan kepada 12 bahagian. Bulat-bulatkan dan susun di atas plastik tadi. Jarak-jarakan untuk doh mengembang. Plastik tadi just nice untuk 12 biji doh apabila mengembang nanti.
  7. Rehatkan doh selama 30 minit lagi. 
  8. Panaskan minyak lebih kurang sedalam 2.5cm dari dasar pan.
  9. Gunting plastik tadi kepada 12 bahagian doh seperti gambar di bawah. 
  10. Dengan menggunakan api sederhana, angkat doh dengan plastik dan masukkan doh ke dalam minyak panas. Hati-hati supaya tidak masukkan plastik sekali.
  11. Balikkan  bila keperangan. Angkat dan toskan di atas kitchen tissue.
  12. Biarkan kuih sejuk. 
  13. Belah tengah dan isikan dengan sambal tumis, timun dan salad. Sedia untuk di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
TIPS LOVELY KITCHEN
  • Alas doh dengan plastik supaya doh mudah diangkat masuk ke dalam pan ketika proses menggoreng.

Tuesday 9 August 2011

:-> Jus Carrot Susu


Bila puasa dengan cuaca panas dalam kepala mesti fikir air apa nak buat untuk berbuka. Carrot Juice antara minuman pilihan kegemaran ramai. Nak buat pun senang kan. Air carrot susu aka juice carrot susu sedap dan berkhasiat. 


Anak-anak yang tak sukakan carrot sebagai sayur mungkin bila di buat juice begini, mereka akan menggemarinya.


RESEPI JUS CARROT SUSU
4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS LOVELY KITCHEN

  • Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)


Monday 8 August 2011

:-> Kuih Cara Manis dan Cara Berlauk



Cara berkembar...Sebab mesti kena buat dua jenis. Cara Berlauk untuk E-na, hubby, Shasya dan Hafiy. Cara manis pula kegemaran Damia dan E-na juga. Untunglah mamanya dua-dua cara  makan...;p


RESEPI CARA MANIS
*menghasilkan 25 biji (bergantung pd saiz acuan)

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung gandum
  • 100ml santan tin (pekat)
  • 300ml air
  • 1 biji telur (+-65g)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • beberapa titik perisa pandan
  • beberapa titik pewarna hijau
  • Gula sebagai inti
Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, perisa pandan dan pewarna hijau ke dalam bekas.
  2. Kacau sebati. 
  3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
  4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
  5. Sapu minyak pada acuan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan.
  7. Masukkan 1/2 sudu kecil gula ke atas adunan di setiap lubang.
  8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
  9. Set timer selama 9 minit.
  10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
  11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua aduan.
  12. Cantumkan cara secara berpasang untuk menghidang.
  13. Sejukkan dan bolehlah di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Hati-hati jika makan cara manis yang panas / suam kerana air gula di dalamnya masih panas!



RESEPI KUIH CARA BERLAUK

INTI DAGING
Bahan-bahan:

  • 1 cawan daging cincang / kisar (ayam pun boleh)
  • 1 labu bawang besar holland (180g) - di dadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - di dadu kecil
  • 1 1/2 sudu besar rempah kurma
  • 200ml air
  • anggaran 1/2 sudu kecil garam dan serbuk perasa jika suka
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara :

  1. Panaskan 1 1/2 sudu besar minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi/ layu.
  3. Masukkan rempah kurma, sedikit air dan kacau.
  4. Kemudian masukkan daging, kacau rata.
  5. Masukkan semua air, garam dan perasa.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sehingga inti agak kering.
  7. Boleh di guna terus atau di simpan dalam peti untuk kegunaan hari berikutnya.
NOTE : Inti ini cukup untuk 2 bancuhan  cara di bawah.




ADUNAN CARA BERLAUK
*menghasilkan 30 biji (bergantung pd saiz acuan)

Bahan-bahan:

  • 100 gram tepung gandum
  • 100ml santan tin (pekat)
  • 300ml air
  • 1 biji telur (+-65g)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning telur
Bahan-bahan Tabur:
  • Inti daging / ayam 
  • 1 biji cili merah besar - dihiris nipis
  • 25 gram daun sup- dihiris halus
* Pengganti daun sup di Jepun

Cara-cara:
  1. Masukkan tepung gandum, santan, air, garam, telur, dan pewarna kuning telur ke dalam bekas.
  2. Kacau sebati. 
  3. Kemudian tapiskan ke dalam jug untuk memudahkan proses memasak nanti.
  4. Panaskan acuan dengan menggunakan api perlahan/ kecil.
  5. Sapu minyak pada acuan.
  6. Tuangkan adunan ke dalam lubang acuan. Jangan penuh, sekadar 3/4 memenuhi acuan.
  7. Masukkan inti daging, hirisan cili besar dan sedikit daun sup ke atas adunan di setiap lubang.
  8. Tutup acuan cara dengan tudung periuk.
  9. Set timer selama 9 minit.
  10. Selepas 9 minit dan kuih masak, guna pengcungkil gigi untuk keluarkan dari acuan.
  11. Angkat dan ulang semula langkah 5 sehingga selesai semua adunan.
  12. Sejukkan dan bolehlah di makan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



TIPS LOVELY KITCHEN

  • SUPAYA KUIH CARA TIDAK MELEKAT DI ACUAN - Pastikan acuan di panaskan dahulu dan di sapu minyak baru isi adunan kuih.
  • Set kan timer semasa  memasak untuk mendapatkan hasil yang sama cantik warna masaknya.
  • Boleh guna ACUAN TAKOYAKI untuk membuat kuih cara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...