Wednesday 6 May 2015

Cara Suburkan Tanaman


E-na nak share my happiness in gardening. Seronok tengok pokok-pokok yang di tanam subur menghijau. Daun kangkung membesar sama saiz dengan packet sos KFC. Pokok kunyit juga semakin gaElak mengeluarkan sulurnya. Daun Pokok Kacang Panjang juga besar -besar dan subur berkilat. Pokok bunga kertas juga begitu banyak mengeluarkan tunas baru. Begitu juga dengan pokok limau kasturi banyak mengeluarkan pucuk-pucuk baru. Pokok Kesum yg berusia 24 hari subur menghijau hampir memenuhi bekas tanaman.

E-na akan kongsikan baja yang digunakan untuk pokok-pokok tanaman mini garden dalam next entry ye.










Monday 27 April 2015

Pokok Bunga Bawang Pink / Zephyranthes Rosea



Pokok bunga bawang pink berkembang hari ni.  Nak tengok bunga Warna putih dan kuning boleh tengok entry sebelum ni ye..

Sunday 26 April 2015

Batang Ubi Kayu


Batang ubi kayu yg di tanam sudah mula mengeluarkan tunas. 



Tuesday 21 April 2015

RJ Berlapis Kuning dan Peach


Ros Jepun lagi!!!!Kali ni Ros jepun berlapis-lapis warna kuning. Semakin banyak berkembang.

 

Ros Jepun berlapis bewarna peach...peach ke oren??? ikutla pandangan mata masing-masing nak decide peach ke oren...


Dalam Hati Ada Taman



Layankan aje gambar-gambar  ros jepun yang berkembang mekar di taman mini E-na.






Lagi kisah bunga ros jepun boleh tengok ros jepun berlapis, ros jepun sudah kembang, ros jepun koleksi ke 4,5,6 dan ros jepun 3 RM10

Monday 20 April 2015

Kembar Tak Seiras


Bunga pukul 10 aka bunga ros jepun kembang berkembar. So sweet!! Ros jepun batik pink putih. Nampak manja-manja gitu...



Yang ni pula si kembar pink dan putih rintik yg menawan...


Sunday 19 April 2015

Bunga Kertas Daun Batik


Pokok-pokok bunga kertas kesayangan E-na sedang berbunga. Sungguh Indah dapat menikmati keindahan bunganya... Di bawah ni  pokok Bunga Kertas oren Daun batik.

Yang ni pulak pokok bunga kertas warna pink juga daun batik.


Friday 17 April 2015

Ros Jepun berlapis



Di tapak semaian...Menambah koleksi Ros Jepun atau
 bunga pukul 10.

Ros Jepun berlapis warna putih.


 Ros Jepun berlapis pink purple.



Ros Jepun berlapis warna merah.


Yang ni ros jepun  warna pink putih


Thursday 16 April 2015

Tips Menyemai Batang Kangkung



Pilih akar kangkung yang masih putih warnanya.  Its showing that kangkung tu masih baru di kutip berbanding dengan akar yang sudah bewarna coklat. So potensi kangkung nak hidup lebih tinggi.

Kemudian tanamlah janji akarnya tertimbus dengan tanah, ia akan mengeluarkan pucuk. Nama lain bagi kangkung ialah water spinach. Ia memerlukan air yang banyak untuk hidup subur. Sentiasa pastikan tanahnya sentiasa lembab untuk pertumbuhan yang cepat. Senang je kan. Lepas ni beli kangkung jangan di buang akarnya. Tanam macam ni bolehlah dipetik bila perlu macam Petani cilik(klik) ni.. Happy Gardening!

Ros Jepun Sudah Kembang


Pokok-pokok bunga ros jepun atau bunga pukul 10 yang telah di ubah ke dalam pasu mula mengeluarkan bunga. Cerita RJ sebelum ni boleh klik kat sini dan sini.


Bunga Ros Jepun berlapis peach dan pink.



Ros Jepun berlapis warna kuning.



Ros Jepun berlapis warna putih.



Ros Jepun Rintik pink putih dan Ros jepun kuning jambul orange.



Ros Jepun Pink.


Wednesday 15 April 2015

Aloe Vera beranak



Pokok Aloe Vera sudah mengeluarkan anaknya. Nak buat apa ye dengan pokok ni...sape ada pengalaman guna aloe vera sbg mask muka...boleh share...

Monday 13 April 2015

Serai


Serai adalah pokok yang senang ditanam dan mudah hidup. Tidak perlu disemai, tanam terus di atas tanah dan ia akan membiak. Serai di bawah ni E-na semai dulu sebab tempat untuk menanamnya perlu dibersihkan dahulu. Ada 3 plastik serai yang disemai.


Bunga Nasi Kerabu


Pokok bunga nasi kerabu atau bunga telang ini adalah yg asalnya di tanam 2 tahun lepas. Walaupun terbiar dan pokoknya telah mati tp akarnya tetap hidup.Bila hujan ianya mula mengeluarkn daun. E-na siram dan jaga hingga mengeluarkan bunga semula. Lasak pokok ni. 





Sunday 12 April 2015

Pokok Pandan Subur



Pokok Pandan yang hidup subur di mini edible garden. Terlalu banyak, terpaksa di buang untuk memulakan projek baru di tapak yang sama...;p

Ros Jepun- koleksi ke 4, 5 dan 6



 Beli RJ lagi!!! Tambah koleksi Ros Jepun on 16/03/2015.  RM2 untuk 1 polybag. Ambik 3 polybag RJ berlapis warna kuning, peach dan pink terang minta RM5 dan free lagi RJ putih berlapis. Saya suka! Saya suka!

Ros Jepun 3 RM10


Pokok  Bunga Ros Jepun koleksi pertama untuk musim berkebun kali ini. Kirim pada kawan yang ke Sungai Buloh. 3 Pokok RM10. Pokok bunga ros jepun atau bunga pukul 10 ni mudah hidup dan senang di jaga.



Anak-anak yang turut membantu menggaul tanah untuk menanam pokok bunga pukul 10 ke dalam pasu. Cerita Ros Jepun klik sini.


Friday 10 April 2015

Petani Cilik Mengutip Kangkung


Qischa mengutip kangkung sebelum ke rumah babysitter. Bukan main seronok dia.

Kangkung ni semai guna biji benih yang di beli di tesco. RM2.95 sebungkus. Tapi lepas GST harga jadi RM3.05.

Kangkung mudah hidup dan senang dijaga. Tanam batang kangkung yang di beli pun boleh hidup.


Kangkung setelah proses penuaian. 


Tuesday 7 April 2015

Bunga Bawang Putih / Zephyranthes Candida




Semalam bunga bawang warna kuning berkembang. Hari ni pokok bunga bawang putih pula berbunga. Nama lain bagi pokok bunga bawang ni ialah Rainflower, Rain Lily, Fairy Lily. Pokok-pokok ni E-na semai untuk projek taman bunga mini di villa 5522. Buat sikit-sikit harap sempat siap sebelum raya puasa.




Sunday 5 April 2015

Zephyranthes Citrina /Fairy Lily Yellow / Bunga Bawang Kuning


Pokok Bunga Bawang warna kuning atau nama saintifiknya Zephyrantes Citrina yang baru disemai telah mengeluarkan bunga.....cantik!
Nama lain bagi pokok ini  ialah Fairy Lily, Rain Lily. Selain kuning terdapat juga warna putih dan pink.

Wednesday 18 March 2015

Nurseri Pokok di Klang


Nurseri Pokok terkenal dan murah di Sungai Buloh tapi E-na biasa pergi nurseri yang berhampiran dengan rumah je... Chung Lim Garden terletak di Bukit Kuda Klang. Berhampiran dengan Klinik Kesihatan Bukit Kuda Klang.






Semalam jumpa 1 lagi nurseri baru di Batu Belah Klang. Owner melayu buka nurseri di bahagian depan rumah. Dapat rembat pokok bunga purple untuk Projek Taman Mini Comel.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...