Saturday, 26 June 2010

:-> Kuah Kacang Daging



Kuah Kacang Daging terkenal di negeri Johor. E-na pernah makan tapi inilah first time cuba masak sendiri. Resepi asal dari rumah maya Kak Inahar, seorang doktor yang rajin memasak. Seperti kata kak Inahar kuah ini sedap bila ada rasa serai dan gula yang banyak dan di sesuaikan pula dengan tahap kepedasan masing-masing. Memang tidak rugi mencuba!

Makan satay ayam bersama kuah kacang daging...yummy...yummy

Resepi di bawah telah di edit untuk kesesuaian isi rumah Lovely Kitchen. Di makan bersama Satay Ayam Madu dan Nasi Impit. Mungkin boleh juga kalau daging diganti dengan ayam ke....Kuah kacang ayam...why not!


RESEPI KUAH KACANG DAGING

Bahan-bahan
  • 100 gram daging - dipotong kecil dan direbus sehingga lembut
  • 200 gram kacang - di goreng dan tumbuk / kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia (1/2 inci di kisar, 1/2 inci diketuk)
  • 3 batang serai - 2 dihiris, 1 diketuk
  • 1 sudu besar chilli powder
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 keping asam gelugor
  • 150- 200 ml santan
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 ketul gula melaka (agak2 lah ye)
  • 2 cawan air (agak2)
  • garam dan perasa
Cara-cara :
  1. Kisar serai, halia, lengkuas, bawang besar, dan serbuk cili.
  2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  3. Masukkan santan, asam keping dan kacang. kacau.
  4. Kemudian masukkan garam, gula masak sampai mendidih.
  5. Tambah air secukupnya mengikut kepekatan yang diingini.
  6. Biarkan mendidih dan rasa sebati.
  7. Perasakan masin, manis secukupnya barulah di tutup api.
  8. Sesuai di makan dengan satay, nasi impit, ketupat nasi, cucur udang atau di campur dengan kuah lodeh. Selamat mencuba!

Note :
  • Sukatan di atas untuk hidangan 3 ketul nasi impit adabi/nona.



9 comments:

inahar ali said...

salam ena..thnx ye try resipi akak nih..uish dh lama rasa x makan kuahkacang nih..last mamam raya tahun lepas..hahaha!! nmpak gaya kena tunggu raya nnti lak baru leh wat balik..hehe!! sebelum tu nk cikun sikit kt umah ena utk bekal buka pose ptg nnti..hihi!

AMIR KOMENG said...

Emmmm..sedap gitumore...esok boleh buat ni...campur dengan skrudrebar..tespen..paku dua puntung..letak kabaid sikit..berapi!

iu rf said...

lapa la ena..bile nk rajin wat ni..huk3..

Deliah's Deli said...

salam ena..suka mkn ni esp bl ada nasi impit.mmg mkn btambah2-betmbah tembun pun ye! :)

cHeRyNa PiReS said...

tak lama lagi nak raya. just nice...:)

maya amir said...

wah bagusnye ade mcm2 resepi sini:)

kak Erna said...

E-na akak tak pernah guna daging..biasanya..tukar2.ada masa campur ayam..ada masa...campur udang..dan ada masa..campur udang kering..itu aje yang akak pernah buat..daging memang belum pernah.sedap ye E-na..

no19 said...

aduh.. sedap nya..rugi lak pagi tadi tak beli daging kat pasar tani...

azian said...

E-na, akak selalu makan kuah satay ayam goreng. Nak cubalah resepi yg ni pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...