Monday, 11 January 2010

:-> Nasi Minyak Kismis



Menu semalam, Nasi Minyak Kismis, Ayam Masak Merah Special dan Acar mentah. Ala-ala kenduri kawin gitu...

NASI MINYAK KISMIS
Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan fresh milk @ susu cair
  • 3 1/2 cawan air (bergantung kpd jenis beras)
  • 1 1/2 sb sos tomato @ tomato puree
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 inchi daun pandan
  • Sedikit kismis kuning
  • 2 sb marjerin
  • 1 sb minyak sapi @minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Tumis :
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 inci halia - dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
Cara Membuatnya:
  1. Beras di cuci dan di toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk elektrik di atas dapur gas.
  3. Masukkan semua bahan tumis. Tumis sehingga kekuningan @ naik bau,
  4. Masukkan beras dan kacau sekata.
  5. Kemudian masukkan air, susu, sos tomato, garam dan daun pandan. Kacau rata dan matikan api.
  6. Pindahkan periuk ke dalam tapak periuk elektrik. Masak seperti biasa.
  7. Kacau sekali bila hampir kering.
  8. Bila nasi sudah kering masukkan kismis. Kacau sedikit.
  9. Bila nasi sudah masak, masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau sedikit. Kemudian taburkan bawang goreng diatasnya. Tutup semula periuk.
  10. Nasi minyak kismis ini sedap di makan bersama ayam masak merah, rendang daging, acar dan dalca.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

5 comments:

AZIAN said...

Nasi minyak satu....blum lunch lg nih....terus lapo tgk nasi minyak tu...

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak E-na! Love made ghee rice last saturday! kiki...;)

Nak makan akaknye karang! pls gimme some!

Sue @ Nenie said...

Emmmm...Ada masa nanti mcm boleh cuba ni...

Tie said...

Hmm... sedap tu.. tengok gambor dah tahu sedap !

E-na Zarina said...

Azian: Nasi minyak siaaappp! Minum kak?

Love : Hi Love! ooo sedapnya! Nk mkn sini? bole2...nanti E-na siapkn airnya sekali ye!kikiki

Sue@Nenie : Try la...

Tie : kikiki terror la k.tie ni tgk gmbor pun bole tau rasanya ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...