Sunday 29 September 2019

BAJA AB ELOK UNTUK SAYUR-SAYURAN



BIODATA BAJA AB

  • Tarikh Beli : 28 September 2019
  • Harga : RM8 (set)
  • Tarikh Guna : 
  • Lokasi Beli Pasar Tani Seksyen 17 Shah Alam
  • Reasons Penulis membeli BAJA AB
    • Keberkesanan baja AB yang telah terbukti.
    • Inginkan hasil yang baik.
    • Dengan keberkesanan baja AB dapat memberi kepuasan kepada hang kebun.
  • Cara Menggunkan BAJA AB
    • 1 penutup botol baja A + 1 penutup botol Baja B + 4 Liter AIr.
    • Disiram pada pokok.
    • 2 minggu sekali.

Untuk maklumat lanjut tentang Baja AB boleh rujuk LAMAN IMPIANA.

Sunday 22 September 2019

POKOK TENGGEK BURUNG, POKOK CINCAU HITAM & POKOK SELASIH


Hari ini menambah lagi koleksi pokok herba di mini garden E-na. Beli di pasar stadium Shah Alam.


E-na beli Pokok Tenggek Burung juga dikenali dengan nama pokok cabang tiga  dengan harga RM10, 


Pokok Cincau Hitam RM10 dan Pokok Selasih RM2.




POKOK STEVIA & LEMON BALM


Bertambah lagi koleksi pokok di mini garden E-na. Sambil beli tanah, jeling-jeling pokok. Dah mengikut 2 pasu. Pokok Stevia dan Pokok Lemon Balm. Keduanya adalah spesis herba.


Thursday 19 September 2019

POKOK TIN MURAH


Penanaman Pokok Tin semakin mendapat tempat di hati penggemar pokok. E-na pernah cuba beli keratan batang pokok tin dan tanam. Tapi tak menjadi. Kemudian cuba mencari anak pokok tapi melihat harganya yang agak tinggi maka dipendamkan sahaja. Risau juga beli mahal-mahal tapi tak hidup lama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.



Isnin lepas E-na pergi nursery untuk beli tanah, ternampak anak pokok tin. Ringan pula mulut bertanyakan harga. RM10??? Uish murah...ambik 2 pokok even variety yang sama.


Murah tak? Bagi E-na terasa murah sangat dah untuk pokok tin sebesar ini.

Wednesday 18 September 2019

Pokok Pucuk Paku Dalam Pasu


Jalan-jalan dalam FB terjumpa posting tentang pucuk paku. Tanam pucuk paku dalam pasu tepi rumah. Senang kan, nak makan petik je tak perlu ke paya mencari pucuk paku. Ada yang menjual anak pucuk paku...wow best ni. Hati berbunga nak beli anak pokok pucuk paku. Mulalah berangan petik pucuk paku di mini garden..he he...E-na ada share kos beli kat sini.

Proses menyemai anak pokok pucuk paku ke dalam polybag bermula keesokan harinya. Medium yang E-na gunakan untuk pokok pucuk paku adalah tanah kompos (6+1) di campur dengan tanah merah dan sedikit sekam padi. 


Hari per 1(28/08/2019)


7 pokok anak pucuk paku berbaris untuk posing.


Anak-anak pokok pucuk paku siap ditanam dan disiram. Hiduplah kamu dengan subur dan memberi manfaat kepada semua.


 Hari ke 9 (6/9/ 2019)


 Pucuk yang pertama mula menonjolkan diri. Masya Allah...



Hari ke 15 (12/09/2019)


Pucuk telah berkembang menjadi daun paku. Anak paku bersaiz kecil menghasilkan daun selari manakala anak paku bersaiz besar menghasilkan daun yang bercabang2.


Ketujuh-tujuh anak pucuk paku telah mengeluarkan pucuk pertama dan berkembang.


Geram jerr tengok! Macam mimpi pun ye...pokok pucuk paku berada di dalam kebun mini E-na...teruja sangat!!!


Agak-agak Baja apa yang sesuai untuk pokok pucuk paku...organik / AB atau baja kimia? Kena buat research dulu...wish me luck!

Tuesday 17 September 2019

BELI POKOK ONLINE



First time beli pokok secara online. Order banyak juga, tawakkal je. Alhamdulillah pokok tiba pada 28 Ogos 2019 dengan selamat dan seller packing dengan teliti.

Inilah pokok-pokok yang E-na beli online dan pokok di pos menggunakan perkhidmatan J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd.

1. Pokok pucuk paku 10 x RM 2 
2. Kelapa pandan       1   x RM16
3. Halia bara               1  x RM8 
4. Kedongdong           1 x  RM10
5. Asam gelugor         1 x  RM16

Kos pos                              RM20
Total                                   RM90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...