Tuesday, 8 June 2010

:-> Fresh Cream Cornet Bread





FRESH CREAM CORNET BREAD

Bahan-bahan untuk roti:

  • 120 ml air + 1 biji telur (ketepikan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti)
  • 260 gram tepung roti
  • 20 gram butter
  • 60 gram water roux / Thangzhong
  • 20 gram susu tepung
  • 30 gram gula
  • 3 gram soda bikarbonat
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast

Cara membuat cornet bread :
  1. Masukkan air + telur ke dalam bread maker diikuti dengan susu tepung, butter, water roux, gula , soda bikarbonat, garam dan tepung roti.
  2. Buatkan sedikit lubang di atas tepung dan masukkan dry yeast.
  3. Pilih menu 'DOUGH' dan on kan BM.
  4. Biarkan proses menguli selesai.
  5. Keluarkan doh dari BM dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada 12 bahagian dan bulatkan.
  7. Kemudian ambil satu bahagian dan buatkan bentuk panjang anggaran 25 - 30 cm.
  8. Kedua- dua bahagian hujung di kecikkan sedikit saiznya.
  9. Lilit pada cornet dengan menyelitkan bahagian hujung doh ke dalam supaya tidak terbuka.
  10. Mulakan 1 inci dari muncung cornet untuk memberi ruang doh mengembang nanti.
  11. Lilit sehingga habis dan selitkan hujung doh yang satu lagi ke dalam juga.
  12. Ulang lagkah 7 sehingga selesai.
  13. Biarkan doh mengembang dua kali ganda atau selama 40 minit
  14. Sapukan permukaan doh dengan telur.
  15. Bakar dengan suhu 180 degree selama 12 minit atau sehingga masak.
  16. Sapukan permukaan roti dengan butter untuk nampak berkilat
  17. Bila roti telah sejuk keluarkan cornet.
  18. Paipkan inti ke dalam lubang cornet.
  19. Sedia untuk dihidangkan.

Doh yang siap dililit pada cornet.

Fresh Cream Filling
  • 180ml / 200ml fresh cream
  • 20 gram gula
  • 15 gram choco powder (optional)

Cara buat Cream :
  1. Pukul fresh cream, gula, coco powder sehingga kembang dan ringan.
  2. Bila terbalikkan mangkuk fresh cream tak tumpah / pukul hingga bertanduk.
  3. Masukkan ke dalam piping bag atau bag plastik yang bersih.
  4. Paipkan ke dalam roti. Selamat Mencuba!

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


7 comments:

Azmiezas said...

Amboi..gebunya..

akak tak pandai la nak buat roti..but one day akak mesti try jugak..

SyuQ said...

wallah...

sedapnyer kak.

jalilah_jy said...

cantik laa e-na bentuk nie...akak tak beli lagi cornet tuuu banyak juga laa yer kalu nak bakau guna bekas tuuu...

fa10 said...

salam....
saya pernah buat dulu2 tp saya kluarkan dr cornet dulu baru bakar...
dah jadi roti penyet

indahhouse said...

salam kak e-na,
saya kempunan betul tengok roti cornet ni. teringat masa skolah dulu, slalu beli... kat atas cream tu, dia tabur choc rice. pssst...ada lagi tak kak? hihih

Ida Ddapur said...

salam..E-na,la macam gini caranya buat roti ni,kat kedai roti Jepun selalu nampak roti ni...tertanya2 macammana diaorg buat jadi bentuk macam tu..acuan tu cornet nama dia ye..cantik la roti ni

Alana said...

salam..E-na,la macam gini caranya buat roti ni,kat kedai roti Jepun selalu nampak roti ni...tertanya2 macammana diaorg buat jadi bentuk macam tu..acuan tu cornet nama dia ye..cantik la roti ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...