Friday 29 July 2011

:-> Bun Kacang Merah


Bun ini akan kekal lembut walaupun sudah sejuk.



Bahan-bahan doh:
  • 200 ml cecair (fresh milk + 1 biji telur )
  • 250 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 25 gram gula
  • 25 gram butter
  • 25 gram shortening
  • 1 1/2 sudu kecil dry yeast
  • 1/2 sudu kecil bread softener
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan lain :
  • Inti kacang merah secukupnya
  • 1 sudu kecil fresh milk
  • sedikit air untuk spray permukaan roti

Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur ke dalam cawan metrik. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil untuk glis nanti.
  2. Campurkan fresh milk ke dalam cawan metrik yang mengandungi telur menjadikan 200ml.
  3. Tuang ke dalam bread maker.
  4. Masukkan tepung gandum, tepung roti ke dalam plastik di atas penimbang. Diikuti dengan garam halus, butter, shortening dan gula.
  5. Kemudian masukkan ke dalam bread maker.
  6. Buatkan sedikit lubang di atas tepung, masukkan dry yeast.
  7. Letakkan bread improver dan bread softener di penjuru dalam bread maker.
  8. Pilih menu 'dough' dan tekan 'on'.
  9. Biarkan bread maker menguli sehingga selesai.
  10. Keluarkan doh dan tumbuk untuk mengeluarkan udara.
  11. Bahagikan doh kepada 12 bahagian seberat lebih kurang 49 gram sebiji. Bulat-bulatkan.
  12. Masukkan inti kacang merah ke dalan doh dan bulatkan supaya licin cantik.
  13. Susun di dalam loyang 4 segi.
  14. Panaskan oven 180 degree selama 3 minit.
  15. Masukkan doh yang telah siap TANPA ON kan oven.
  16. Set timer selama 30 minit. Biarkan doh mengembang.
  17. Masukkan 1 sudu kecil fresh milk ke dalam telur untuk glis. Kacau sebati.
  18. Sapukan pada permukaan doh yang telah naik.
  19. Spray sedikit air pada permukaan doh.
  20. Bakar dengan suhu 180 degree selama 18-20 minit.
  21. Biarkan di dalam oven selama 2 minit baru di keluarkan. Untuk dapatkan permukaan roti lebih perang/ gelap
  22. Sejukkan di atas redai atau boleh dinikmati ketika masih suam.
  23. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE
  • Gula dapat membantu mengaktifkan dry yeast. Seeloknya gula di masukkan last sekali bersama dry yeast. Dalam step diatas E-na letak awal sekali arung je dgn bhn2 lain sebab malas nak sukat daaa...;p
  • Loyang 4 segi 18cm boleh memuatkan 9 biji doh saiz diatas. Selebihnya bulat2kan letak atas tray tepi loyang.

  1. Untuk Mendapatkan Roti Yang Berkilat Cantik * Telur di campur dengan susu segar dan di sapukan di permukaan roti. * Boleh juga di tambah dengan sapuan marjerin / butter di permukaan roti selepas roti masak.
  2. Supaya Roti Tidak Kering * spray permukaan roti dengan sedikit air sebelum dibakar
  3. Supaya Roti Lembut Sepanjang Masa * Telur, bread softener, bread improver, dan water roux / thangzhong adalah agen pelembut roti. * Kualiti tepung roti juga mempengaruhi kelembutan roti. * Jangan biarkan roti terdedah ke pada udara terlalu lama. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Thursday 28 July 2011

:-> Kuih Kaswi Perantau



Kuih Kaswi Tepung Gandum versi Jepun! Mana nak cari gula merah kat sini, tapi nak juga buat. E-na guna kurosato...dari segi rasa memang lain sikit dari yang guna gula merah. Bolehlaaaa kan kaswi perantau, Resepi guna gula merah boleh tengok kat sini.


RESEPI KUIH KASWI GANDUM VERSI PERANTAU

Bahan A :
  • 500ml air
  • 100g kurosato
  • 100g gula pasir

Cara Menyediakan Bahan A :
  1. Masak semua bahan-bahan diatas sehingga gula larut dan sejukkan.

Bahan B :
  • 100g tepung gandum
  • 40g tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil air kapur

Cara Menyediakan Bahan B
  1. Panaskan pengukus.
  2. Alas plastik wrap dalam loyang 20cm (nak tebal guna loyang bersaiz lebih kecil)
  3. Bancuh semua bahan B dan tapis ke dalam acuan.
  4. Kukus sehingga masak dengan api sederhana besar lebih kurang 30 minit.
  5. Tunggu hingga sejuk dan potong menggunakan pisau plastik.

Bahan C
  • 5 sudu besar kelapa kering
  • 1 sudu besar santan
  • 1 sudu besar fresh milk
  • sedikit garam

Cara Menyediakan Bahan C
  1. Satukan semua bahan C.
  2. Kukus di dalam periuk kukus selama lebih kurang 5 minit.
  3. Kemudian bolehlah di lumur pada kuih yang telah di potong tadi.

Note :
  • Adunan ini lembut sedikit.
  • Kelapa tak nak + dengan santan dan kukus pun boleh juga.

TIPS
Untuk mendapatkan 'rasa' lemak2 kelapa pada kelapa kering
  • Kukus sebentar kelapa kering bersama sedikit santan. Boleh juga di campur dengan sedikit susu segar. Santan semua pun ok juga.


:-> Cheese Cake Deco




Antara deco Strawberry Cheese Cake yang telah E-na buat untuk di kongsi bersama. Semoga mendapat sedikit idea untuk menyediakan kek birthday, kek ulangtahun perkahwinan atau untuk santapan seisi keluarga. Resepi boleh tengok disini.

Menggunakan biskut koala (nama yang anak2 E-na bagi untuk biskut di atas kek tu) dan hirisan strawberry di susun di atas kek.


Pandangan sisi...Cakk!!


Sepotong kek untuk pengunjung LK....siap di balut seperti di bakery gitu...;p


Hanya menggunakan buah strawberry yang di belah dua. Ruang tengah sesuai untuk menulis ucapan 'Happy birthday' dan sebagainya.



Pandangan sisi...mmmm yummy! yummy!

Wednesday 27 July 2011

:-> Pada Usia 1 Minggu...


Anak-anak pokok di Mini Edible Garden Lovely Kitchen pada usia satu minggu...

Anak Sayur Pak Choy. Tanam dalam 6 bekas sahaja. Kalau menjadi bolehlah sekali goreng...;p


Anak Pokok Kacang Kelisa atau Kacang botol. Benih yang E-na beli di Home Centre (tengok di sini)Pada usia seminggu baru mengeluarkan 2 helai daun.


Pokok Kacang Buncis jenis Green Bean begitu cepat membesar. Walaupun baru seminggu tapi sudah tinggi dari pokok-pokok lain.


Yang ini Kacang Buncis juga tapi jenis Common Bean. Benih yang tak habis di tanam tahun lepas (boleh baca n3 ini). Lambat sikit tinggi berbanding dengan Kacang Buncis Green Bean.


Cili Merah paling lambat bercambah berbanding dengan pokok lain yang di semai sekali. Benih cili merah ni pun yang E-na keringkan tahun lepas. Boleh tengok pokok cili hijau pada musim natsu/ summer lepas disini.


Dan yang ini pula pokok bendi benih dari Bendi tahun lepas (tengok n3 ini).

Thursday 21 July 2011

:-> Easy Banana Cake



Kek Pisang yang senang disediakan. Campurkan semua bahan, putar dan bakar. Memang mudah dan cepat menyediakannya. Easy Banana Cake ini lembut dan gebu sekali!


RESEPI EASY BANANA CAKE

Bahan-bahan :

  • 200g pisang yang telah di lecek
  • 200g tepung gandum
  • 160g gula
  • 130ml minyak sayur / minyak masak
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil ovallete
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Sedikit esen pisang / esen vanilla
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Putar dengan mixer menggunakan kelajuan paling maximum selama 7 minit.
  3. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
  4. Sapu loyang kek berukuran 18cm dengan marjerin dan alaskan dengan cooking sheet.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan.
  6. Bakar dengan suhu 170 degree selama 40 minit atau sehingga kek masak.



Tuesday 12 July 2011

:-> Tomato Cherry


Mood malas nak menaip resepi masakan...
Kita cuci mata dengan gambar tomato cherry lonjong yang sedang masak ranum ni ye...
Hasil dari pokok yang di beli dalam entry sebelum ini.
Pokok tomato cherry versi booolat kat sini.

Hijau yang mendamaikan...


Merah yang menyelerakan...


Hampir semua sudah masak...


small vs big


Tiga warna...


Kakak Damia paling suka makan tomato cherry. Dia petik terus dari pokok masa nak makan nasi. Sekali makan habis 6 biji. Seronok sangat Kakak Damia dapat petik sendiri dan terus makan.

Monday 11 July 2011

:-> Alone...


Sepi keseorangan...
Ada 5 pokok serai yang di semai semasa autumn. 4 pokok E-na bawa masuk dalam rumah semasa winter kononya tak bagi kesejukan. Tinggal sepokok di luar rumah sebab tak cukup ruang nak letak pokok. Maklumlah rumah jepun comeiii je...ruang sempit mana nak letak pokok banyak-banyak.


Akhirnya kesemua yang tingal di dalam rumah yang nyaman mati. Bila summer tiba serai di luar rumah kembali mengeluarkan daun baru dan terus hidup sehingga ke hari ini. Tapi serai ini keseorangan tiada berteman...
.

Benih serai dari Malaysia pemberian Cik Anie sahaja yang hidup. Benih serai dari yus dan azah tak dapat di selamatkan...


Moral of the story:
  • Biarkan sahaja pokok serai di luar rumah walau apa musim sekalipun. Siram je bila nampak tanahnya hampir kering. Mungkin daunnya akan layu kering tapi akarnya tetap hidup.

Tuesday 5 July 2011

:-> Daun Kucai Paling Mahal




25 gram daun kucai dalam gambar di atas tu harganya 1000yen / RM37.00!!!! Murah ke mahal? Memang mahal gilerrr....nak beli ke tak? taknak? Tak pe tuan tanah tak rugi pun kalau tak jual daun kucai tu...;p

Daun Kucai kat atas tu adalah hasil dari kebun sayur mini Lovely Kitchen. Bukan yang di jual di kedailah...Benihnya di eksport oleh my beloved mum last year. Benih naik kapal terbang, itu yang mahal...just joking...he he...

Mak memang tahu E-na minat menanam jadi dia kirim macam-macam benih pokok semasa hubby balik Malaysia last year. Ada 3 batang kucai yang mak kirim dan E-na tanam dalam satu pasu. Sekarang dah jadi 8 pokok. Sejak ada pokok kucai sendiri memang tak beli lagi daun kucai di kedai.

Pokok Kucai dipotong dan tanam semula pada 14/06/2011.

25g daun kucai hasil dari 8 batang pokok kucai.
Biasanya ambil sikit-sikit yang nak guna je tapi dalam gambar kat atas tu E-na potong semua pokok kucai sebab ada serangan hama. Siap bersih kan buang hama semua E-na tanam semula dalam 2 planter box.



Pokok Kucai 5 July 2011

Pokok Kucai ini pun kebal tahan sejuk. Masa winter dia kesejukan di luar rumah tapi boleh survive. Sekarang Pokok kucai dah mula tumbuh semula dan hama pun tiada lagi...sungguh gumbira!

:-> Siakap Masak Tiga Rasa



Menu-menu sebegini memang susah nak muncul dalam entry Lovely Kitchen. Kenapa? Salah satu sebab utama E-na tak pernah sukat bahan-bahan untuk masak segala jenis masakan panas yang biasa di buat. Main masuk sahaja sesedap rasa. Yang penting hasilnya sedap di lidah semua isi rumah LK.

Belum pernah jumpa lagi ikan siakap di Nagoya. Tak tahu la kalau kat tempat lain di jepun ni ada ikan siakap. E-na guna ikan hitam kat bawah ni untuk masak tiga rasa. Nama yang di register dlm surat beranak ikan tak tahu la pulak...;p

Sedap juga isinya dan sesuai buat masak tiga rasa.


Kali ini cuba sukat bahan-bahan yang di gunakan dan hasilnya seperti di bawah...


RESEPI SIAKAP MASAK TIGA RASA LK

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
  • 2 ulas bawang merah- mayang
  • 1 keping nenas - di dadu kecil
  • 1 batang serai - di potong serong
  • 2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sk nampla / sos ikan
  • 50ml air
  • 2 helai daun limau purut
  • 3-5 biji cili padi thai di titik
  • 1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
  • Capsicum hijau - optional
  • Sedikit cauliflower /carrot - optional
  • Garam, kunyit dan perasa
Cara Memasak:
  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.
  2. Goreng Ikan sesedap rasa. Kalau nak macam kat kedai siam tu goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.
  3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.
  4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.
  5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
  6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.
  7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.
  8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.
  9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.
  10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.
  11. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Update :
bahan-bahan :
  • 1/2 inci halia di hiris halus panjang - masukkan masa tumis bawang (langkah 5)
* baca komen ida baru perasan terlupa taip halia...E-na pun kalau masak lauk pauk mmg suka letak halia, selain bau sedap dpt hilangkan hanyir/ bau ikan, ayam.

Monday 4 July 2011

:-> Pisang Tanduk



Pisang Tanduk muncul lagi! Semalam pergi AEON Chikusa...bila lalu kat bahagian buah mesti nak cari kot-kot ada pisang tanduk lagi...memang rezeki ada dalam 15 biji (siap kira tu..). E-na ambil 2 biji...158yen sebiji. Sedap ni buat goreng pisang atau pengat pisang...yummy! yummy!

Kawan-kawan di sekitar Nagoya kalau nak makan pisang tanduk bolehlah ke AEON chikusa. Banyak lagi tu. Mungkin kat AEON atsuta pun ada juga. Sebab sebelum ni pernah beli kat AEON Atsuta dan minggu yang sama ada juga di AEON Chikusa.

Yang ini pisang tanduk beli di AEON Atsuta, Kanayama awal bulan 5 ari tu.

Friday 1 July 2011

:-> Kuih Buah Rotan



Cuaca di Nagoya sekarang panaaaas sangat. Hari ini pukul 6.30 pagi suhu dalam rumah sudah 32c. Berbeza dengan cuaca panas di Malaysia, di Nagoya siang malam rasa panas berhaba. Kat rumah ni kalau tak on aircond, mesti on 2 biji kipas untuk satu ruang dengan max speed! Dasyat kan...

E-na pun tak berapa sihat. Tekak perit, kepala berdenyut, badan panas sikit. Bercampur pula dengan cuaca panas rasa penat sangat. Harap puasa nanti kami semua di beri kekuatan untuk berpuasa dengan sempurna. Sekarang subuh 2.55a.m dan maghrib 7.11p.m. Waktu siang (cerah) lebih panjang dari malam. Puasa pun lebih lama nanti....

Dalam perancangan Lovely Kitchen ingin berkongsi resepi biskut raya di bulan July. Insyaallah mana-mana resepi yang pernah di cuba dan ada gambar dalam simpanan akan di publish di LK. Di samping sebagai kenangan dan rujukan E-na, harap pengunjung LK yang ingin membuat biskut raya sendiri mendapat sedikit idea dari perkongsian ini.


Kuih Buah Rotan adalah antara kuih raya yang -na buat untuk Raya Aidiladha 2010. Masa buat kuih ini memang tak sukat bahan-bahan yang digunakan. E-na guna lebihan telur putih sahaja di campur dengan tepung pulut, santan dan gula, juga bijan untuk di salut pada kuih.

Kebanyakan resepi biskut menggunakan telur kuning jadinya telur putih akan banyak berlebihan. E-na cuba buat buah rotan tanpa menggunakan telur kuning. Hasilnya ok ranggup juga. Mungkin tidak seranggup yang guna telur kuning tapi kuihnya tidak keras, elok je. Sedap lah mengunyah dan telur putih pun tidak membazir. Yang lambatnya nak menggentel boolat boolat tu...

Di bawah ini gambar sebenar buah rotan...sama tak? Takkan sama kan ciptaan yang Maha Kuasa dengan yang kita buat.

Gambar dari google.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...