Saturday, 12 June 2010

:-> Ayam Goreng Sambal




Ayam Goreng Sambal

Bahan-bahan :
  • 6 ketul ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 5 ulas bawang merah / bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • Sos tomato
  • Sos Cili
  • Sedikit air asam jawa
  • gula
  • garam dan perasa
  • bawang besar di potong bulat
  • Sedikit air

Caranya :
  1. Ayam di gaul garam kunyit dan di goreng separuh masak.
  2. Panaskan sedikit minyak lebihan goreng ayam.
  3. Tumis bawang merah, bawang putih dan serbuk cili yg telah di bancuh dengan sedikit air sehingga agak garing.
  4. Masukkan sos tomato dan sos cili.
  5. Masukkan gula, air asam jawa, garam dan perasa.
  6. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata.
  7. Masukkan sedikit air jika agak kering.
  8. Masukkan bawang besar dan kacau sehingga bawang layu.
  9. Masukkan tomato dan kacau.
  10. Bila sudah sebati bolehlah tutup api. Selamat Mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


4 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

salam pagi...


boleh pulak masuk sini pagi ni.


pg tadi sempat goweng ayam jer..

ain said...

sedapnyaaaa!!!! hari ni pun akak plan nak goreng ayam je.

akuzle said...

ayam... memenuhi citarasa d mana saja, sesiapa jua.... ehem2

Azmiezas said...

sedapnya..Dear..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...