Monday, 7 June 2010

:-> Apam Comel Inti Strawberry Jam



Apam Comel Inti Strawberry Jam


Bahan-bahan (70 biji papercup kecil comel-comel) :

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Pewarna hijau, merah dan kuning

Bahan untuk inti :
  • Strawberry jam secukupnya.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan apam kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan paling maxima selama 6-8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau bag plastik yang bersih.
  4. Susunkan mangkuk kertas ke dalam acuan lompang.
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Kemudian picitkan strawberry jam secukupnya.
  7. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kukus di dalam pengukus yang telah mendidih selama 10 - 15 minit.
  9. Angkat dan sejukkan. Ulang langkah 4 sehingga selesai. Selamat Mencuba!


Source : Azita Zain


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


8 comments:

kak Erna said...

slam E-na..sesuai ngan tajok..memang comel..

Kak Aidah said...

Salam Ena,

Comelnya apam tu. Akak memang tak pandai buat apam tu. Camne ye E-na buat kaler2 cam tu.

hanaKir@ said...

tomeinyee....nak ciket

Puan Isah said...

Salam ena...cute..tapi saya lebih suka laksa penang, sebab itu my favorite!

pak long said...

salam..
menitk air liur nengok kuih tu

☆ lieya latif ☆ said...

comel dan senang....lieya dah salin resepi....nak cube ar nanti.....

Azmiezas said...

Tomeinya..warna-warni lagi..

anak akak mesti suka..

Ida Ddapur said...

salam....E-na,comel bangat apam tu...kreatif orang yang mendecoratenya,budak2 mesti tertarik bila tengok colourfull mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...