Friday, 9 September 2011

:-> Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes)



Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi entry ini bersama rakan-rakan anda di Facebook.. Sharing is Caring...TQVM.




Salah satu kek yang E-na buat untuk open house di rumah kami pada petang hari raya pertama. Operasi mengukus Kek Lapis Masam Manis Kukus (Haw Flakes) pada pagi 29 August. Lepas siap mengukus kek lapis sambung pula buat Kek Chocolate Cheese Comei. Nanti E-na akan kongsikan resepi Kek Chocolate Cheese Comei dan Rendang Pedas Ayam Chef Wan. Hari ni akan bz gilerrr...esok p budou gari (petik anggur dalam kebun)...errrmmm bila la nak buat 'bersih 2011'...banyak lagi gambar masakan tersimpan dalam lappy ni...

1st time buat Kek Lapis masa zaman sekolah dulu. Mak yang ajarkan. Tapi E-na memang failed melapis kek...tak cantik macam orang lain buat...Sebelum raya hari tu ada bertanyakan Kak Diana tentang Kek Lapis. Banyak ilmu yang Kak Diana kongsikan. Thanks ye sis...

Resepi Kek Lapis dari Puteri Manja. E-na dah olah cara membuat untuk memudahkan pemahaman dan bahan juga ada yang di tambah dan dikurangkan. Menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama. Sesuai untuk perantau terutama yang susah untuk dapatkan biskut marie. 


RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan A

  • 5 biji telur
  • 200 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovallette
  • secubit garam
Bahan B
  • 220 tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan C
  • 150 ml fresh milk / susu cair
  • 100 ml minyak masak
Bahan D
  • Pewarna kuning, hijau, purple
  • Haw Flakes secukupnya (15 ketul)
  • Loyang bulat 20cm 

Cara-cara:
  1. Masukkan semua Bahan A ke dalam bekas adunan.
  2. Pukul sehingga kembang dan gebu berkrim.
  3. Kemudian masukkan Bahan B dan Bahan C berselang-seli ke dalam Bahan A.
  4. Pukul sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan warna kegemaran anda.
  6. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang.
  7. Alas loyang dengan cooking sheet.
  8. Masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna kuning dan ratakan. Kukus sehingga masak.
  9. Kemudian angkat dan masukkan  1 senduk ++ adunan berwarna purple, ratakan dan kukus semula sehingga masak.
  10. Susun hawflakes , kemudian masukkan 1 senduk ++ adunan bewarna hijau dan ratakan. Kukus lagi sehingga masak.
  11. Ulang langkah 8 sehingga adunan habis. 
  12. Hasilnya akan jadi begini lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau + lapisan kuning + lapisan hawflakes + lapisan purple + lapisan hijau + lapisan Hawflakes + lapisan kuning + lapisan purple + lapisan hawflakes + lapisan hijau.

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS DARI LOVELY KITCHEN
  • Terlalu lama masa mengukus setiap lapisan boleh menyebabkan lapisan kek lapis tidak melekat antara satu sama lain / tertanggal.
  • Pastikan kek sudah masak sebelum melapis lapisan seterusnya. Jika tidak adunan akan bercampur dan lapisan tidak cantik.
  • Sentuh sedikit dengan hujung jari untuk mengetahui lapisan kek sudah masak atau belum. Jika kering dan tidak melekat di hujung jari, bolehlah di lapiskan lapisan seterusnya.
  • Tempoh masa mengukus kek tidak sama antara lapisan pertama dgn lapisan seterusnya. Mesti selalu check. 
  • Seeloknya sebelum melapis tekan lembut lapisan kek dengan sudu plastik. Supaya kek padat dan tiada lubang udara (Kak Diana).  
  • Cara menyimpan kek lapis : balut dengan aluminium foil dan simpan di dalm peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama. (kak Diana)
  • Setiap kali memotong kek lapis, lap/ bersihkan pisau pemotong dengan kitchen tissue supaya hasilnya tidak comot.
NOTE : E-na try tekan lapisan pertama dengan sudu plastik untuk resepi ini tapi mcm tak mampat juga lapisan tu, pastu taklah tekan lagi dah......mungkin sbb menggunakan ovallate dan tepung gandum. Kalau yang guna biskut marie rasanya sesuai guna kaedah tekan dengan sudu plastik.


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM.

10 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kek org rajin nie
selapis2 gitew
ada lagik x?
pos ke tochigi sket

nur easy said...

cantiknya..kemas je. pandai buat ;)

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum
Selamat Hari raya
menarik ,lama x buat kek kukus MM ni...lawa warna nya...boleh le try resepi yg ni bhn pun npk mudah aje

Acik Erna said...

Assalam E-na..happy birthday..
ena dah cantik dah tu..memang pandai ena melapis..

Lieya said...

Emmm sedappppp

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ena..Selamat hari raya.Rajennya buat open house...menu tue semuanya sedap2.rasa nk mai jer..hihi
masa baru2 kawen dulu ada gak buat open house..pastu dh malas sbb penat!hihi.La ni sapa 2 nak mai...dtg jer.

Juwita Jamaludin said...

HaLus lapisan tu kak rajinnya... MasyaAllah.. Ita suka kek ni tapi nak melapis bercinta

Diana @ Melley Mey said...

sama2 ena... harap sedikit sebanyak ianya dapat membantu yer ;)

cantik n kemas kek tu ena... nampak sedap tu.. akak suka makan kek nie.. mmg sedapkan ena... thn nie akak x sempat buat kek asam manis nie.. huhuu.. tapi bahan2 nya masih lagi ada.. ntah bila ler bole buat... x per nak mintak dr ena jer ler.. hehehhee

ilahjy said...

SALAM E-NA KAK ILAH DAH TRy kek ni hari ni 11 nov 2011.. tapi kak ilah tambah sesuatuuuu..hehehe..

Williams said...

Emmm sedappppp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...