Thursday 21 January 2010

:-> Strawberry Mousse Cake


Tarrrrraaa! Inilah rupanya Strawberry Mousse Delight Cake setelah di potong. E-na buat Traditional Vanilla Sponge Cake dan Simple Strawberry Mousse. Untuk resepi Traditional Vanilla Sponge Cake boleh tengok disini.

STRAWBERRY MOUSSE CAKE
Bahan-bahannya :
  • 1 biji Vanilla Sponge Cake
  • Strawberry Mouse Secukupnya. (Resepi di bawah)
Cara Membuatnya:
  1. Potong kek kepada 3 lapisan.
  2. Strawberry Mousse di bahagi dua.
  3. Letakkan lapisan kek yang pertama.
  4. Sapukan strawberry mousse dan ratakan.
  5. Kemudian letakkan lapisan kedua kek.
  6. Sapukan strawberry mousse di atas lapisan kek tadi dan akhir sekali letakkan lapisan ketiga kek span tadi.
  7. Setelah siap sejukkan di dalam peti ais selama sekurangg-kurangnya 4 jam.
  8. Kemudian bolehlah di salut dan di hias dengan buttercream atau whipped cream mengikut citarasa masing-masing. Selamat Mencuba.
SIMPLE STRAWBERRY MOUSSE
bahan-bahannya:
  • 200ml fresh cream @ whipped cream
  • 1/2 cawan strawberry puree
  • 1 sudu besar gula icing
Cara Membuatnya:
  1. Pukul Fresh Cream dan gula icing sehingga bertanduk @ bila diterbalikkan ianya tidak tumpah.
  2. Masukkan strawberry puree dan kacau sebati.
  3. Sedap di makan bersama kek, pancake, ice cream.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday 20 January 2010

:-> Traditional Vanilla Sponge Cake


Traditional Vanilla Sponge Cake ini tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Namun begitu ianya tetap lembut hasil dari jumlah telur yang banyak dan dipukul sehingga kembang. Gambar di atas adalah 1/3 daripada sebiji kek yang telah di potong untuk di sapukan dengan mousse.

Traditional Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan: (Loyang 20cm)
  • 7 biji telur (untuk telur seberat 50g / 60g sebiji) atau 5 biji telur (untuk telur seberat 85g sebiji)
  • 185g gula castor
  • 185g tepung gandum - diayak
  • 40g minyak jagung @ minyak masak
  • 1tsp vanilla essen
Cara Membuatnya:
  1. Alas loyang dengan cooking sheet.
  2. Pukul telur dan gula sehingga betul2 kembang.
  3. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
  4. Masukkan vanilla essen dan pukul sedikit.
  5. Kemudian masukkan tepung dan minyak sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
  7. Keluarkan dari oven biarkan sebentar dan sejukkan di atas redai sebelum di potong.
TIPS :
  1. Untuk mendapatkan sponge cake yang cantik pastikan telur di pukul sehingga betul-betul kembang.
  2. Tepung mestilah diayak terlebih dahulu.
  3. Kek ini sesuai untuk membuat apa-apa jenis mousse cake kerana ianya mudah untuk dipotong dan tidak berderai.
  4. Seelok-eloknya simpan kek semalaman sebelum dipotong untuk mendapatkan kek yang lembab.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Aunty Yochana

Tuesday 19 January 2010

:-> Cik Mek Molek


Cik Mek Molek (16 biji)
Bahan-bahannya:
  • 400g ubi keledek
  • 100g tepung gandum (kurangkan 10g jika mahu kuih yang lebih lembut)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • Gula secukupnya
Cara Membuatnya:
  1. Ubi keledek di kupas kulitnya dan di cuci bersih.
  2. Potong sebesar 2 inci dan rebus sehingga empuk.
  3. Bila sudah empuk buangkan air rebusan tadi.
  4. Tumbuk ubi dengan lesung batu sehingga hancur (tiada biji2 halus lagi).
  5. Untuk mendapatkan ubi yang betul-betul lumat ubi hendaklah di tumbuk ketika masih panas. (Boleh juga di lecek dengan garfu tapi pastikan betul-betul hancur)
  6. Di dalam bekas, gaulkan ubi tadi bersama garam dan tepung gandum sehingga menjadi doh.
  7. Doh akan melekat sedikit di tangan, jangan tambah tepung nanti kuih lebih keras dan kurang sedap.
  8. Bahagikan doh kepada 16 bahagian.
  9. Kemudian leperkan dan masukkan 1/2 sudu kecil gula pasir ditengah dan cantumkan menjadi bentuk bulat atau bujur seperti gambar.
  10. Pastikan doh betul2 rapat dan menutupi semua gula.
  11. Ulang langkah di atas sehingga selesai.
  12. Panaskan kuali dengan menggunakan minyak yang banyak. (Tenggelam kuih)
  13. Dengan menggunakan api sederhana, masukkan kuih dan balik-balikkan supaya sekata masaknya.
  14. Angkat bila kuih berwarna kuning keemasan.
TIPS
  1. Ubi hendaklah di tumbuk betul-betul hancur untuk mengelakkan air gula keluar semasa menggoreng.
  2. Ubi yang tidak hancur dan kurang tepung juga boleh menyebabkan doh terburai semasa menggoreng.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday 18 January 2010

:-> Happy Birthday My Love!


Kek ini E-na buat khas untuk birthday my prince charming hari ini. Candle tu mcm nombor 37 la pulak...sebenarnya candle tu beli masa my 2nd daughter's 3rd birthday last year...sepasang dgn question mark tu so E-na fikir bole guna untuk E-na dan hubby juga. Kalau panjang hayat candle tu sampai umur 40 baru tukar! wakakaaaa...

Inilah hasil tangan orang yang tidak ada asas dalam cake decoration! Walau apa pun tetap berpuas hati sebab hasil tangan sendiri (biarpun orang yang memandang ketawa terbahak-bahak...kik kik kik).

Itu belum tengok rupa kat dalam lagi...entah macam mana lah jadinya bila di potong nanti...issshhh suspen jugak ni... Nanti bila dan potong E-na tunjuk camna wajah my Strawberry Mousse Cake ni yer....Memang E-na pun belum tgk lagi sebab masa kek ini siap tadi anak-anak dah tido so esok baru nak potong...sabo je la..hu huuu.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday 15 January 2010

:-> Rendang Daging Ummi


Rendang Daging dari rumah Ummi. Di bawah ini resepi yang E-na ubah sedikit mengikut bahan yang ada di dapur Lovelykitchen. Memang tak rugi mencuba rendang yang sedap ini!

RENDANG DAGING
Bahan-bahannya :
  • 500g daging - potong nipis dan kecil
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk rempah kari daging Adabi
  • 2sudu besar kerisik
  • 1 sb gula melaka/ kurosato
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 helai daun limau purut - dihiris nipis
  • 1 helai daun kunyit - dihiris halus
  • garam dan perasa
Bahan tumbuk
  • 1/2 sk biji ketumbar (digoreng sekejap)
  • 1/2 sk jintan manis (digoreng sekejap)
  • 1/2 sk jintan putih (digoreng sekejap)
  • 2 biji buah keras
Bahan Kisar :
  • 1 1/2 sb cili giling
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1cm halia
  • 1cm lengkuas
  • 3 batang serai
Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan bahan tumbuk dan serai titik. Kacau sebentar.
  3. Perlahankan api dan masukkan daging dan kacau rata lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan santan, besarkan sedikit api dan kacau selalu.
  5. Bila hampir setengah pekat, masukkan gula melaka/kurosato, kerisik dan garam.
  6. Bila agak pekat masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Kacau sekejap dan boleh tutup api.
  7. Sedap di makan dengan pulut, nasi impit, lemang atau nasi putih.



Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Ummi

Wednesday 13 January 2010

:-> Sambal Telur Gulung


SAMBAL TELUR GULUNG
Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur - dicuci bersih
  • 1 1/2 sudu besar chilli powder - digaul sekali dengan bawang @ cili kering blend
  • 6 ulas bawang merah - di tumbuk @blend
  • 1 ulas bawang putih -ditumbuk @ blend
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit kurosato @ gula melaka
  • sedikit gula pasir
  • Bawang besar - dipotong bulat
  • Sedikit air
  • Garam dan perasa
Cara Menyediakanya :
  1. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk dan kacau sekadar bercampur antara telur putih dan kuning.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan semua telur ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Balikkan, bila sudah masak gulung telur dan letakkan ke dalam pinggan yang akan dihidangkan nanti. Potong 2 telur tadi.
  3. Buat cara yang sama pada telur yang berikutnya. Ketepikan.
  4. Dengan menggunakan kuali yang sama panaskan minyak dan tumis bawang dan chilli yang telah di blend tadi. Jika menggunakan serbuk cili giling tambahkan sedikit air sebelum di tumis.
  5. Perlahan kan api, kacau sehingga garing atau pecah minyak.
  6. Jika agak pekat masukkan sedikit air.
  7. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
  8. Masukkan garam dan perasa.
  9. Biarkan kuah naik minyak dan tutup api.
  10. Siramkan sambal ke atas telur yang telah di potong tadi.
  11. Siap untuk dihidangkan. Selamat Menjamu selera.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday 12 January 2010

:-> Ayam Masak Merah Special


Special??? Memang special Ayam Masak Merah ni...tak percaya? Try dulu baru tau! E-na tambah special kat ayam tu sebab rasanya memang sedap!!! Macam makan kat tempat kenduri kawin (catering yang sedap lah kan)...Sorry lah ye ayam tu pun tinggal seketul je utk posing, tak sempat nak pose cantik2 pun... maklumlah bila siap je masak semua dan tunggu untuk makan.

AYAM MASAK MERAH SPECIAL
Bahan-bahannya :
  • 8 ketul ayam
  • 3 biji tomato - di potong dadu kecil
  • 1 1/2 sudu besar serbuk cili giling (lebihkan jika mau pedas) - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar madu
  • 1 labu bawang besar - di hiris bulat
  • 2 1/2 sudu besar fresh milk @ susu cair
  • Sedikit gula
  • Garam
  • 1/2 cawan air

Bahan Tumis
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga hindi
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis

Cara Memasaknya:
  1. Ayam digaul dengan sedikit garam dan kunyit, goreng sekejap. Tapi jangan sampai garing sangat. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan 8 sudu besar minyak lebihan menggoreng ayam tadi.
  3. Masukkan bahan tumis dan kacau sehingga kekuningan atau naik bau.
  4. Masukkan serbuk cili giling dan goreng hingga garing.
  5. Kemudian masukkan tomato yang telah di dadu kecil dan kacau sebati.
  6. Masukkan sos tomato dan air.
  7. Diikuti dengan madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa masin dan manisnya.
  8. Bila sudah mendidih masukkan pula fresh milk. Kecilkan api, kacau rata.
  9. Kemudian bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama bawang besar.
  10. Biarkan mendidih seketika atau sehingga kuah dan ayam sudah mesra.
  11. Boleh tabur daun bawang jika suka. Selamat Mencuba.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : MyR

Monday 11 January 2010

:-> Acar Mentah


ACAR MENTAH
Bahan-bahannya:
  • 1 batang timun - dihiris bulat
  • 1/3 batang carrot - dihiris nipis panjang
  • 1 helai kobis - dihiris nipis
  • Sedikit Nenas - dipotong kecil (masa buat ni xde stok nenas kat dapur)
  • 1/4 labu bawang besar dihiris nipis
  • 1 biji cili besar merah -dihiris nipis
  • 2 biji cili api - dihiris nipis
  • 3 sudu besar cuka makan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan cuka, gula, garam ke dalam mangkuk dan kacau sehingga gula dan garam hancur.
  2. Masukkan cili besar dan cili api, bawang dan carrot. Kacau rata supaya cuka menyerap ke dalam carrot.
  3. Kemudian masukkan kobis, nenas dan timun. Kacau.
  4. Biarkan selama 1 jam sebelum di makan supaya terasa masam,masin,manisnya.
  5. Sesuai di makan bersama nasi minyak, nasi dagang.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Nasi Minyak Kismis



Menu semalam, Nasi Minyak Kismis, Ayam Masak Merah Special dan Acar mentah. Ala-ala kenduri kawin gitu...

NASI MINYAK KISMIS
Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan fresh milk @ susu cair
  • 3 1/2 cawan air (bergantung kpd jenis beras)
  • 1 1/2 sb sos tomato @ tomato puree
  • 1 sudu kecil garam
  • 5 inchi daun pandan
  • Sedikit kismis kuning
  • 2 sb marjerin
  • 1 sb minyak sapi @minyak masak
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Tumis :
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1/2 inci halia - dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih - dimayang halus
Cara Membuatnya:
  1. Beras di cuci dan di toskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk elektrik di atas dapur gas.
  3. Masukkan semua bahan tumis. Tumis sehingga kekuningan @ naik bau,
  4. Masukkan beras dan kacau sekata.
  5. Kemudian masukkan air, susu, sos tomato, garam dan daun pandan. Kacau rata dan matikan api.
  6. Pindahkan periuk ke dalam tapak periuk elektrik. Masak seperti biasa.
  7. Kacau sekali bila hampir kering.
  8. Bila nasi sudah kering masukkan kismis. Kacau sedikit.
  9. Bila nasi sudah masak, masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau sedikit. Kemudian taburkan bawang goreng diatasnya. Tutup semula periuk.
  10. Nasi minyak kismis ini sedap di makan bersama ayam masak merah, rendang daging, acar dan dalca.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday 9 January 2010

:-> Udang Tempura


UDANG TEMPURA
Bahan-bahannya:
  • 10 ekor udang
  • 5 tbs tepung tempura
  • 10 tbs air
  • sedkit garam
  • sedikit black pepper powder
Cara Membuatnya :
  1. Udang du cuci, dibuat kulit dan tinggalkan sedikit kulit di bahagian hujung berhampiran dengan ekor udang.
  2. Keringkan udang dengan menggunakan kitchen tissue.
  3. Lumurkan garam dan black pepper powder.
  4. Bancuh tepung dgn air.
  5. Panaskan minyak.
  6. Dengan memegang ekor udang, sudukan bancuhan tepung ke atas badan udang.
  7. Goreng sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Friday 8 January 2010

:-> Ayam Panggang Madu



Ayam Panggang Madu ni makan macam tu pun sedap. Bahan-bahan yang E-ena guna pun simple je...Biasanya E-na buat ayam panggang madu ni bila ada menu sup ayam di rumah ni. E-na akan gunakan ayam dari sup tersebut. Bila dah mendidih sup ayam tu, E-na keluarkan sebahagian ayam untuk di perap dengan bahan-bahan di bawah ini.

AYAM PANGGANG MADU
Bahan-bahannya:
  • 8 ketul ayam (chicken wings lagi sedap!)
  • 2 tbs madu
  • 1/3 tsp black pepper powder
  • 1-2 tbs kicap pekat manis
  • 1 tbs sos tiram
  • Sedikit garam dan perasa
Cara Membuatnya:
  1. Rebus sebentar ayam sekadar airnya mendidih sekejap. Biasanya E-na gunakan ayam dari sup ayam.
  2. Kelar sedikit ayam tadi supaya dapat menyerap sos.
  3. Perap ayam dengan semua bahan di atas selama 1 jam. Kalau perap lama lagi sedap rasanya.
  4. Bakar di dalam oven dengan suhu 230 degree selama 15 - 20 minit atau sehingga ayam kemerah-merahan warnanya.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday 5 January 2010

:-> Chocolate Banana Cake


Antara kek yang senang dan cepat dibuat. Dah 2 kali E-na buat kek ni...tapi apsal kat bahagian bawah kek tu macam chocholate berkumpul je????? Memula E-na buat tu guna mixer then 2nd time tu cuma gaul ngan spatula je tapi problemnya tetap sama...hu huuuu

Rasa kek tu ok sedap...cuma tak puas hati lagi dengan teksturnya... kalau bole naklah cantik dari atas sampai bawah kan!

CHOCOLATE BANANA CAKE
Source : Joy of Baking

Ingredients : (E-na guna loyang bulat 20cm)
  • 400g granulated white sugar (2 cups)
  • 245g all purpose flour (3/4 cups)
  • 75g cocoa powder (E-na letak 50g je)
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1 1/2 tsp soda bicarbonate
  • 1/2 tsp salt
  • 2 large eggs
  • 1 cup mashed ripe banana ( about 2 medium sized bananas)
  • 240ml warm water (1 cup)
  • 120ml milk (1/2 cup)
  • 120ml safflower or canola oil (1/2 cup)
  • 1 1/2 tsp vanilla essence
Method :

1. Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place rack in the center of the oven.
2. Butter, or spray with a non stick vegetable spray, a 9 x 13 inch (23 x 33 cm) pan. Set aside.
3. In a large bowl whisk together the sugar, flour, cocoa powder, baking powder, baking soda, and salt. Set aside.
4. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract.
5. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin.
6. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 50 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.
7. Remove from oven and let cool on a wire rack.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : MamaFaMi

:-> Ketam Masak Lemak Cili Api


Sedapnya bila dapat meratah Ketam! Bila makan ketam mesti ada gunting sekali untuk melapah kaki tangan ketam tu...dan yang pastinya E-na tak pernah cuci ketam! he he semua hubby yang bereskan, dia lebih expert dan teliti, siap guna tootbrush utk gosok ketam tu!

Ketam Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahannya:
  • 4 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 300 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • Garam dan perasa
Bahan di tumbuk/ blend :
  • 1cm kunyit
  • 1cm lengkuas
  • 1cm halia
  • 2 biji cili api (ni cili thai yg merah tu, besar n pedas... kalau cili api kg boleh lebihkan lagi)
  • 4 ulas bwg merah
  • 2 ulas bawang putih

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan santan, air, serai, asam gelugor dan bahan yang di blend ke dalam periuk. Didihkan sambil di kacau.
  2. Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan ketam dan biarkan mendidih.
  4. Perasakan garam dan asam, pedas. Boleh keluarkan asam keping jika sudah cukup rasa masamnya.
  5. Angkat bila kuah agak pekat dan ketam telah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday 4 January 2010

:-> VEGE Mini Pizza


Doh yang sama E-na guna sebelum ni untuk buat Pizza Sosej...kat atas ni gmbar pizza yang belum dipaipkan mayonis dan belum tabur cheese.

VEGE MINI PIZZA
Bahan-bahan untuk doh:
  • 180ml air
  • 240g tepung roti
  • 40g tepung gandum
  • 8g gula (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 12g shortening
  • 3g dry yeast (1tsp)
Bahan-bahan untuk topping:
  • Piman / capscicum
  • Bawang besar
  • Nenas dalam tin
  • Sos Pizza
  • Mozarella cheese
  • Mayonis
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam BM diikuti dengan shortening, gula, garam, dan tepung.
  2. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  3. On kan BM dan pilih menu 'doh'.
  4. Bila dah selesai keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kpd 12 bahagian.
  6. Biarkan naik 2 kali ganda.
  7. Bila dah kembang, leperkan dan sapukan dengan sos pizza.
  8. Letakkan topping, paipkan mayonis dan tabur mozarella cheese.
  9. Bakar dengan suhu 220 selama 15 minit atau sehingga masak.
Vege Mini Pizza yang dah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday 3 January 2010

:-> Ayam Goreng Ala KFC


Crispy dan sedap rasanya ayam goreng ni..bolehlah lepaskan rindu anak-anak (mama n papa skali, kih kih) pd Atuk KFC. E-na perap ayam tu semalaman dan guna tepung jagung je, bhn2 lain tu x sukat pun main campak2 je nasib baik sedap!...next time nak try combine dgn tepung pulut dan follow betul2 resepi kt bawah ni...

AYAM GORENG ALA KFC

Bahan Untuk Perap Ayam

  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
Cara Memasaknya :
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Ijan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...