Thursday, 24 June 2010

:-> Tomato



Pokok Tomato yang E-na tanam di balkoni sudah mengeluarkan hasil. Antara jenis-jenis tomato yang ada di mini kebun sayur E-na adalah 2 pokok Tomato bersaiz kecil dan satu pokok tomato bewarna kuning.... 3 pokok sahaja...maklumlah tempat sempit. Tahu tak tomato dalam kategori buah-buahan atau sayur-sayuran? Kalau nak tahu boleh tengok di Sciencebob.

Walaupun buah tomato rasanya sedikit masam tetapi mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya untuk awet muda dan boleh membuang toksin dalam badan. Pokok tomato adalah antara pokok yang senang ditanam dan mudah untuk dijaga. Boleh baca di blog kak yong dan cuzshar untuk mengetahui khasiat tomato dan teknik penanaman pokok tomato di Yuzamri's blog.

Tomato bersaiz sederhana yang sedang masak ranum.


Masih kecil.


Baru menguning... Saiz buahnya besar sedikit dari pokok tomato di bawah ini.


Ini pula tomato bersaiz kecil. Fokus pada buah yang masih menghijau.


Buah tomato yang baru menguning.


Sudah masak! Saiznya sebesar biji guli. Sudah selamat di makan oleh anak-anak. ;-)

Pokok tomato yang buahnya bewarna kuning susah sikit nak lekat bunganya. Sekarang baru ada 2 biji. Nanti bila sudah masak E-na publish di sini ye. Cili hijau dan cili padi juga sudah boleh dipetik. Cili merah dan capsicum merah belum masak lagi. Pokok kesum sudah semakin membiak dan boleh dipasarkan sekitar nagoya..he he iyo je lah.... Strawberry pula dapatlah merasa 4, 5 biji setakat ini. Pokok Daun sup dan Pokok Timun sekarang dah sampai hujung nyawa. Pokok kacang buncis baru mengeluarkan buahnya dan pokok bendi masih kecil lagi.

Tengoklah tu semua jenis pokok di tanam padahal tempat kecil jer...dah minat kan nak buat macam mana. Sekarang pokok ulam raja, kacang panjang dan kunyit baru nak hidup. Kalau berhasil dapatlah merasa makan ulam raja di Nagoya dan masak rendang dengan daun kunyit sendiri...Insyaallah.


19 comments:

AdryDaud said...

Salam kak E-na, rajin la akk bkebun. Ada mcm2 jns pkk yg ditanam di rmh. Nti akk blh buat ladang sayur kat Nagoya utk pasaran Jepun..he3..

ayaa alyy said...

wah3. rajin nyaaa ;)

PUPUT said...

ada ek tomato camni...comel je..kecik2...cam sayang je nak makan..hehe..

sweetie2010.blogspot said...

Salam,

Seronok yer E-na, bila apa yg kita usahakan membuahkan hasil.Rajin E-na.

...FiNGers2DaNCe... said...

nilah hasilnya bila kita berbakti pada tanah =)

lyn said...

hye..singgah balas cni..cari shoutbox x jumpa..nwy, rase lapar pulak masuk blog ni..follow eyh

Azura Suhaimi said...

Salam ena, rajinnya dia, mesti best nak makan petik je huuhuu FRESH :))

sweetsal said...

buah tomato feberet ku bila buat kuah spageti bolognise..memang sedap dan lazat..makan gitu gn salad pn enak dimakan dgn nasi ayam..bestnyer dpt tanam sendiri dn tumbuh pulak tu..

Mummy Nana said...

Bestkan kalau tanam dpt hasil... I pun ada tanam pokok tomato tapi still kecik lagi... xsabar pulak nak tunggu hasil.... hehe.. tapi xdelah suka makan camtu jek.. selalu masukkan sekali bila nak masak lauk...

Watierman, rmanbkr said...

Salam E-Na..ya Ampun baru buka blog kek online....pertanyaan E-na..tentang bekas tu Akak beli kat kedai barangan kek...ada macam2 jenis yang ni seuai untuk size 9-10 inch cake kot...tapi agak sendat la....! Maaf lambat kasi info!..cantik tomato tu!!

fzi said...

Salam E-na...
Waa... e-na rajin berkebun gak ek... bestnya dapat tanam tomato...akak dulu2 penah try tanam tomato, tapi tak nak menjadik.. huuu

jalilah_jy said...

jeles akak tgok ..sbb aka mmg suka tanam pokok2.. nantilah dah buat rumah kat melaka nanti akak akan buat taman sayuran..2,3 thn lagi pencen lahhh jemput dtg nanti tau.. dekat pekan merlimau melaka jer lot akak tuu..sekarang di tingkat 6 mcm e-na apa leh tanam..ada daun pandan ulaman dll..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

alala..comel-comel pulak tomatonya.

ada sebesar bb tomato tak ?

mommyYen said...

comel kan baby tomato ni,smlm i ada beli..hihik..
nak tanya,kat mana biji baby tomato ni e-na..?

Azmiezas said...

Amboi..cunnya tomato..boleh besar lagi tak tomato tu atau setakat tu jer saiznya??..

akak salute la ngan Ena..rajin..

Zaitun said...

Geramnya kak Zai tengok tomato tu fresh betul.

indahhouse said...

salam kak e-na,
untung berbudi pada tanah. haih, suka tengok pokok berbuah :D

Izan Ishak said...

salam kenal kak e-na
bestnya tengok tomato ni tgh meranim...nak sebijik dua~

sayangsayangibu said...

E-NA
AKAK TANAM POKOK NI BELAKANG RUMAH, TANAH CANTIK,
POKOK CANTIK DAH BERBUNGA DAN BERBUAH
MAKHLUK MANA YG GERAM TAH, BOLEH DICABUT POKOK TU..
GERAMNYA.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...