Wednesday, 2 June 2010

:-> Steamed Moist Chocolate Cake



STEAMED MOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan :
  • 100 gram serbuk koko*
  • 250 gram gula kastor*
  • 400 gram fresh milk / susu cair*
  • 200 gram minyak masak*
  • 250 gram susu pekat manis*
  • 4 biji telur size M (gred B)
Bahan di ayak bersama
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (x letak, abis stok)
  • 1 sudu kecil baking powder
Cara-cara:
  1. Satukan bahan-bahan yang bertanda * di dalam periuk dan kacau di atas dapur sehingga sebati. Tidak perlu sampai mendidih. (E-na kacau je dengan mixer dan tak letak atas dapur pun...terlepas pandang step ni..)
  2. Pukul telur di dalam mangkuk sehingga kembang dan satukan dengan bancuhan chocolate tadi.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan kacau sebati.
  4. Masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu sedikit marjerin dan di alas dengan cooking sheet.
  5. Kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak dengan menggunakan api yang sederhana . Pastikan air di dalam periuk kukus telah mendidih sebelum masukkan loyang adunan ke dalam pengukus.
  6. Sejukkan sebelum di hias.

MELTED TOP GANACHE


Bahan-bahan :

  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan cocoa powder
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar fresh milk / susu cair
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk aluminium / mangkuk tahan panas.
  2. Dengan menggunakan kaedah 'double boil' masak sehingga sebati dan agak pekat.
  3. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut kreativiti tersendiri. Selamat mencuba!

Rakan yang telah mencuba :
  1. Norain - 06/06/2010

Source : Along Roz

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

12 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

wah ena, sedapnya kek coklat..yummy..

zarin said...

tk pernah lagi buat steam cake sebab macam susah je hehehe...bebila nanti boleh try lah ni :D
and sedap tak ganache tu?
eh, btw kalau e-na nak buat "choc cacing" kat tepi cake tu kan, zarin parut je cooking choc tu guna grater yang besar tu yg selalunya zarin parut carrot or timun utk acar...cuba lah :)

jassnani said...

wahhhhhhh..... nyummm nyummm sedapnye... sampai meleleh coklat... sedappp tulll.... nak sket... :D

kak Erna said...

salam e-na..tak susah ke buatnya..nampak macam susah je..tapi..nampak gambar juga..tersangat la sedapnya..akak memang suka sangat dengan kek yang lembap..

JaSSNaNi said...

salam....
wahhh sedap ni... cara berlauk.. nyumm nyumm.. cantek dan menjadi.. pandai nye wat.. :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ena..
cara berlauk.. mmg feberet..
baru ni wt tahlil kat kg pun akak wt gak cara berlauk dengan lapis pisang..
eh kenapa akak tak nampak pun gambar kek?? akak nampak gambar cara berlauk aje..

NORAIN said...

salam kak ena...

saya dah try kak, sedap!
akak, kenapa la kek ain jadi berlubang-lubang ye? dah macam kek gula hangus pulak....huhu
akak buat elok je smooth dalam kek tu...
may be sbb x pinjam tgn akak kot...heheh

hanaKir@ said...

xpena buat kek stem ag..mudah ag kot..nk try la..tq 4 da resepi...

hanaKir@ said...

dah buat..tp tlampau moist..jd sgt pelikk

.. As_Z .. said...

Salam kak. teringin nak buat cheese cake la...ada resepi yang best tak utk share? tq! :)

ayousha said...

ena sy pun dh try berkali2 sbb senang sgt n sedap plak tu...ehehhe
smlm sy try buat 1/2 adunan dan buat melted top ganache tu...peghhh memg sedap.

Anonymous said...

salam e-na.
saya dah cuba, jadi dan sedap sangat. for choc lover, this is really amazing.... kek tu rasa cam coklat, bukannya kek! Tq for sharing... :)Lyne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...