Friday, 4 June 2010

:-> Kuih Cara Berlauk


KUIH CARA BERLAUK

Bahan untuk inti :
  • 1 cawan daging cincang /kisar
  • 1 labu bawang besar - didadu kecil
  • 1 ulas bawang putih - di dadu kecil
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Garam dan perasa
  • 1 cawan air

Cara memasak inti :
  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma dan kacau rata.
  4. Kemudian masukkan daging cincang/kisar, garam dan perasa.
  5. Kacau dan masukkan air.
  6. Biarkan mendidih dan kacau sehingga inti kering.

Bahan-bahan untuk batter:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan dalam tin
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan tabur :
Bahan-bahan sampingan:
  • sedikit minyak masak di dalam cawan
  • 1 helai daun pandan yang dilipat dan diikat kemas dengan getah untuk menyapu acuan.

Cara membuat batter :
  1. Campurkan semua bahan di dalam bekas dan kacau rata.
  2. Masukkan separuh bancuhan ke dalam blender dan blend sehingga halus dan sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam jug plastik untuk memudahkan proses membuat kuih cara.
  4. Kemudian masukkan baki bancuhan ke dalam blender dan buat seperti langkah tadi.
  5. Panaskan acuan di atas dapur gas dengan api yang kecil.
  6. Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak menggunakan daun pandan yang telah diikat dengan getah.
  7. Tuangkan batter ke dalam semua lubang acuan sehingga agak2 penuh.
  8. Masukkan 1/2 sudu kecil inti ke dalam batter tadi. Tabur kan hirisan daun sup dan hirisan cili merah.
  9. Tutup acuan dengan tudung periuk yang sepadan dengan acuan dan biarkan sehingga masak.
  10. Angkat menggunakan sudu.
  11. Ulang langkah 6 sehingga habis. Selamat Mencuba!
Note : Menghasilkan lebih kurang 30-40 biji kuih cara bergantung kepada saiz acuan.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

10 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Something different, tak pernah makan! Leh sub ngan ayam cincang! yuhuuuu :)

Akak, pls accept a Thank You from love2cook ya! :D

kaizen shinobi said...

tetibe lak lapar!!!

aq penah makan!!! ngehahaha

RiShaZalia said...

salam... Terima kasih atas resipi ni. Harus skodeng acuan dulu ni. Hihihi... Nanti kalau dah sampai seru senang. :D

Watierman, rmanbkr said...

Hrm....dari cara manis Akak memang prefer yang berlauk ni....sedap...dah teras kat tekak ni!!

SyuQ said...

wahhh sedapnya...
wajib cr kat pasar mlm ptg krg... :-)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

wah..kak ena..kuih kegemaran kite ni..nak buat tapi acuan tak de la plak..adussss...macam mane ni?

Jieda said...

feberet kuih ni tapi tak pernah nak cuba buat huhuhu

indahhouse said...

salam kak ena,
saya suka kuih cara...! tringin nak buat. tapi acuan cara takde.

ros said...

slm ziarah..silalah singgah dan follow saya ya..saya dah follow anda..tqvm

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

bape minit eh die nak masak ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...