Tuesday 24 June 2014

Cara Menyimpan Lauk Mentah Dalam Freezer


Di awal menjadi suri rumahtangga E-na simpan lauk mentah di dalam plastik kuih. Sekarang masih lagi menggunakan kaedah yang sama atau menggunakan Tupperware freezemate khas untuk frozen. Tengok pada yang sesuai pada masa tersebut. 

Mula-mula perlu siang dan cuci bersih semua lauk sebelum disejukbekukan. Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai atau plastik kuih. Satu plastik/ tupperware untuk sekali masak. Tak perlu nak keluarkan semua lauk padahal nak masak 3 ekor je. Lauk akan kurang fresh dan kemungkinan dijangkiti bakteria bila defrost dan kemudian sejuk bekukan semula.



Peti lebih tersusun dan kemas dengan Tupperware Freezermate. Jika  berminat bole email lovelykitchen2009@yahoo.com atau FB E-na Lovely Shop


Thursday 19 June 2014

Penang Mari


Kenangan masa pi Pulau Pinang cuti sekolah baru-baru ni. FM peta Pulau Pinang dan FM jambatan Pulau Pinang. 




Friday 13 June 2014

Fridge Magnet Dari German


Yuhuuuuuu dapat kawan baru dari German you! Pemberian officemate hubby. TQVM...I like!!!


Thursday 12 June 2014

Fridge Magnet Dari Korea


Rezeki hari ini...En. Husband balik dari office bawa FM KOREA pemberian officematenya, TQVM....sukaaaaaa!!!


Tuesday 10 June 2014

BUBUR JAGUNG YUMMY


Serius sedap bubur jagung nisan ni. Rasa lemak manis santan dan nisan serasi bersama kemanisan isi jagung. wallah memang yummy!!!


3 batang jagung yang selamat dibuburkan...;p

Beginilah rupe batang jagung setelah isi jagung dihiris dengan menggunakan pisau. Kalau nak tebal 2 kali potong dah cukup. Nak kecil lagi buat 3 kali potong.

Dan hasilnya jagung akan pecah-pecah bukan sebutir-sebutir. E-na suka potong macam ni (mak yang ajar dolu dolu) sebab manis dan rasa jagung akan lebih terasa sebati dengan kuah bubur. Memang Yummy...



RESEPI BUBUR JAGUNG YUMMY

Bahan-bahan:
  • 3 tongkol jagung
  • 1 kerek nisan / gula melaka / gula kabung ( +-80g)
  • 300ml santan
  • 300ml air
  • Sedikit garam
  • 2  helai daun pandan


Cara Membuatnya:
1. Dengan menggunakan pisau leraikan isi jagung dari tongkolnya.
2. Masukkan air sehingga jagung tenggelam. Masukkan nisan dan rebus sehingga jagung lembut atau sehingga air hampir kering.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan dan sedikit garam.
4. Bila sudah mendidih angkat dan hidangkan. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE :
1. Jika suka lebih manis boleh tambah gula pasir atau nisan.
2. Lebihkan santan dan kurangkan air jika mahukan kuah yang lebih lemak dan pekat.




Monday 28 April 2014

DOA MEMBUNUH SEL KANSER



DOA MEMBUNUH SEL KANSER

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya. Wallah hu aklam.

NOTA : Perkongsian dari FB rakan...TQVM.

Thursday 27 February 2014

KENAPA ANDA PERLU MENGGUNAKAN BEKAS BERAS TUPPERWARE BRANDS?


PROMOSI Rice Dispenser Merah dari Tupperware Brands.



JOM SERIKAN DAPUR ANDA DENGAN BEKAS BERAS YANG CUN MELECUN NI. 
APA YG SPECIAL SGT RICE DISPENSER TUPPERWARE NI?? 

 BERAS SENTIASA FRESH SBB MENGGUNAKAN KONSEP 'FIRST IN FIRST OUT ROTATION'. 
 MELAMBATKAN PROSES PEMBIAKAN BUBUK BERAS
 TIDAK PERLU BUKA PENUTUP ATAS SO BERAS LEBIH SELAMAT DARI TERKENA AIR. HANYA SEKALI SLIDE SAHAJA BERAS AKAN KELUAR SEBANYAK 1 CUP (150 GRAM)

 REKABENTUK LACI YANG UNIK, CARA MUDAH UNTUK MENGELUARKAN BERAS


ADA TINGKAP KECIL UNTUK MONITOR KUANTITI BERAS KITA. TAU LA BILA BERAS NAK HABIS.
 SANGAT PRAKTIKAL, CANTIK DAN STYLISH UNTUK DAPUR ANDA.

NAK HADIAHKAN PADA ISTERI, IBU ATAU SEBAGAI HADIAH PERKAHWINAN PUN SESUAI SANGAT.
PM Tupperware E-na Zarina LAJU2 UTK FREE GIFT SPECIAL LIMITED EDITION YE..



Sunday 5 January 2014

KATALOG TUPPERWARE MALAYSIA JANUARI 2014 - FEBRUARI 2014


Promosi menarik dalam Katalog Tupperware Malaysia bermula 2 Jan - 15 Feb 2014. PM kami di facebook untuk HARGA DISKAUN LEBIH MURAH!
































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...