Monday 24 May 2010

:-> Roti Bunga Kacang Merah



Roti Bunga Kacang Merah

Bahan untuh doh :
  • 160 ml (air/ fresh milk + 1 biji telur) -asingkan 2 sudu kecil telur untuk di sapu pada roti nanti
  • 250 gram tepung roti
  • 30 gram gula
  • 30 gram butter
  • 20 gram susu tepung
  • 3 gram garam
  • 3 gram dry yeast

Bahan untuk inti :
  • inti kacang merah secukpnya

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur ,separuh tepung roti, garam, butter, susu tepung, baki tepung roti dan di akhiri dengan dry yeast.
  2. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  3. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  4. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kepada 12 bahagian. Bulat2 kan.
  6. Rehatkan doh dalam 10 - 15 minit.
  7. Kemudian leperkan doh dan masukkan satu sudu kecil inti kacang merah, tutup dan bulatkan semula.
  8. Tekan dengan tapak tangan bahagian atas doh tadi supaya menjadi sedikit leper.
  9. Dengan menggunakan doh cutter atau pisau potong 6 atau 8.
  10. Susun di atas tray dan biarkan doh naik sekali ganda lebih kurang 40 minit. Boleh rujuk tips di bawah.
  11. Gliskan permukaan roti dengan telur untuk nampak cantik berkilat. Tapi bagi yang tidak sukakan bau telur boleh spray kan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
  12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 10 - 12 minit atau hingga keperangan.
  13. Angkat dan boleh sapukan sedikit marjerin di atas permukaan roti.
  14. Sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas yang bertutup.Selamat mencuba.

Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan plastic cling supaya udara tidak keluar. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 4 di atas. Selamat menguli!

TIPS
Cara untuk pengembangan doh di negara 4 musim. Boleh juga di praktikkan di Malaysia jika cuaca sejuk atau meroti di tengah malam.
  • Panaskan oven dengan suhu 180 degree selama 3 minit. Masukkan doh yang telah siap di bentuk ke dalam oven dan biarkan doh naik tanpa ON kan oven.
atau
  • Masukkan doh ke dalam oven TANPA ON kan oven dan letakkan 1 mangkuk air panas di bawah tray doh tadi. Tutup pintu oven dan biarkan doh mengembang.

UPDATE
Rakan yang telah mencuba resepi ini :
  1. Kamalia - 03/06/2010


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Saturday 22 May 2010

:-> Cucur Udang



Cucur Udang

Bahan-bahan :
  • 250 gram tepung gandum
  • 100 gram taugeh di buang ekor
  • 30 gram daun kucai di potong 1 inci
  • 20 ekor udang dibuang kulit
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 3 gram dry yeast
  • 250 gram air (anggaran)
  • sedikit serbuk kunyit
Cara - cara :
  1. Masukkan tepung gandum, taugeh, daun kucai, udang, serbuk kunyit dan dry yeast ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau sebati. Doh mestilah tidak terlalu cair dan tidak pula terlalu pekat.
  3. Kemudian masukkan garam dan gaul sebati.
  4. Biarlah adunan naik lebih kurang 40minit - 1 jam bergantung kpd suhu bilik ketika itu.
  5. Panaskan minyak dan sudukan / sendukkan adunan ke dalam minyak panas.
  6. Terbalikkan bila sudah masak.
  7. Angkat dan letakkkan di atas kitchen tissue.
  8. Potong sebelum dihidangkan.
  9. Sesuai di makan bersama kuah kacang, cili sauce, sweet cili sauce atau apa-apa jenis pencicah yang digemari.
  10. Boleh juga di masukkan ke dalam mee goreng mamak. Selamat mencuba!

Tips :
Garam boleh mematikan dry yeast dari mengembang jadi elakkan dari mencampurkan kedua dua bahan ini serentak.


Source : My Mum Recipes

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Nice Bloggers Award



Nice Bloggers Award dari Intan
dan
Nice Bloggers Award dari Pn. Isah

Terima kasih atas ingatan dan kesudian memberi award ini kepada Lovely Kitchen. Semoga Intan dan Puan Isah sentiasa sihat-sihat selalu dan di dalam rahmat serta perlindungan Allah S.W.T.

Kepada pengunjung Lovely Kitchen yang sudi mengambil award ini dipersilakan. Anda semua adalah nice bloggers too!

Thursday 20 May 2010

:-> Nasi Lemak Harum Halba




Nasi Lemak Harum Halba

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • * 2 mug beras (dicuci bersih)
  • * 1/2 mug santan pekat
  • * 2 mug air(ikut jenis beras)
  • * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
  • * 1/2 inci halia (di ketuk / dihiris )
  • * 1 sudu kecil halba
  • * 1 sudu kecil garam
  • * Sehelai daun pandan

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker.
  2. Masak nasi seperti biasa. Kacau sedikit semasa nasi mendidih dan ketika nasi hampir kering supaya santan bergaul rata.
  3. Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, bilis goreng, sambal sardin, kangkung rebus atau apa sahaja lauk kegemaran anda.
  4. Nasi Lemak ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum ketika mendidih. Pasti perut terasa tak sabar untuk menikmatinya. Selamat mencuba!

Source : My Mum Recipes

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Tuesday 18 May 2010

:-> Pokok Timun Jepun


Pokok Timun Jepun yang baru mengeluarkan putik bunga. Pokok pertama timun jenis kecil sikit berbanding dengan pokok kedua.

Bunga timun yang sedang berkembang.


Ini pokok pertama. Walaupun putik buahnya keluar dulu dari pokok yg ke dua tapi masih kecil lagi... Bunga pun baru kembang.


Timun ke dua dari pokok yang pertama. Baru dua biji....


Timun pertama yang keluar dari pokok yang kedua. Bunga pun dah mulai layu untuk proses pembesaran timun. Saiz buahnya lebih cepat besar dari pokok pertama tadi walaupun putiknya keluar lambat sikit dari pokok 1.

Timun yang kedua dari pokok yang ke dua. Bunganya masih belum kembang. Melentok gitu...

Itu semua 4 biji putik timun yang baru keluar. Harap dapat membesar bagai johan...kikiki.

Klik je kalau nak tengok Pokok terung, Pokok daun sup, dan Pokok Kesum Thailand


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday 17 May 2010

:-> Roti Sosej Mini


E-na buat Roti Sosej 'cute' untuk memudahkan anak-anak makan.

Roti Sosej Mini (24 biji yang comei2)

Bahan-bahan Doh :
  • 250 gram tepung roti
  • 150 ml fresh milk + 1 biji telur (asingkan 2 sudu kecil untuk di glis pada roti)
  • 20 gram gula (2 1/2 sudu besar)
  • 20 gram butter
  • 20 gram susu tepung (2 sudu besar)
  • 5 gram garam ( 1 sudu kecil)
  • 3 gram dry yeast (1 sudu kecil)

Bahan- bahan sampingan :
  • 12 batang sosej
  • sedikit marjerin untuk di sapu/ glis pada roti
  • 2 sudu kecil telur yang di asingkan tadi

Cara-cara :
  1. Didihkan air di dalam periuk dan rebus sosej.
  2. Angkat, toskan dan sosej dipotong 2.
  3. Masukkan semua bahan-bahan untuk doh ke dalam BM di mulai dengan fresh milk+telur dan di akhiri dengan dry yeast.
  4. Pilih menu 'dough' dan on kan BM.
  5. Apabila selesai keluarkan doh dari BM.
  6. Tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  7. Bahagikan doh kepada 24 bahagian. Bulat2 kan.
  8. Buatkan bentuk panjang dan lilit keliling sosej.
  9. Pastikan kedua-dua bahagian hujung doh ditindih di dalam lilitan untuk mengelakkannya dari terbuka semasa proses pengembangan nanti.
  10. Biarkan naik sekali ganda. (bergantung kepada suhu bilik, masa yang di ambil antara 15-30 minit)
  11. Setelah kembang glis telur pada permukaan doh.
  12. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 12 ke 15 minit atau sehingga masak bergantung kpd jenis oven.
  13. Keluarkan dari oven sapukan dengan marjerin untuk cantik berkilat.
  14. Sejukkan dan simpan di dalam bekas bertutup. Selamat mencuba!
Cara Uli tangan
  1. Bahagikan tepung kepada 2 bahagian.
  2. Satu bahagian tepung di gaul dengan garam dan satu bahagian lagi di masukkan semua bahan dan di gaul rata.
  3. Masukkan tepung yang bercampur garam tadi ke dalam adunan doh dan uli selama 10 - 15 minit.
  4. Ketepikan dan tutup dengan kain lembab. Biarkan doh naik dua kali ganda atau selama 45 minit - 1 jam.
  5. Seterusnya ikut cara nombor 6 di atas. Selamat menguli!

Tips :
  1. Elakkan dry yeast bercampur secara terus dengan garam supaya tidak membantutkan proses pengembangan doh nanti.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Cream Puff


Cream Puff

E-na buat separuh adunan menggunakan sukatan di dalam kurungan.

Bahan-bahan:

  • 170 gm tepung gandum (85g)
  • 1 sudu kecil baking powder (1/2 sudu kecil)
  • 115 gm mentega (55g)
  • 285 ml air (140ml)
  • 5 biji telur (3 biji)
  • 1/2 sudu kecil essen vanila (E-na tambah)


Cara-cara:

  1. Panaskan oven dgn suhu 180 darjah Celsius.
  2. Ayak tepung bersama baking powder.
  3. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan.
  4. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
  5. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.
  6. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.
  7. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dengan nozzle berbentuk bintang dan paipkan di atas dulang pembakar yang telah di alas cooking sheet.
  8. Jarak-jarakkan untuk memberi ruang puff untuk kembang.
  9. Bakar selama kira-kira 20 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dengan krim kastad.

Cream Custard Bertelur

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 100 gram gula (80g dah cukup)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil tepung kastard
  • 225 ml fresh milk / susu cair
  • 225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu kecil butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, tepung gandum dan tepung kastard sehingga sebati.
  2. Panaskan susu manis dan fresh milk di dalam periuk.
  3. Masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam periuk.
  4. Masak di atas api yang kecil dan kacau selalu sehingga pekat.
  5. Masukkan butter dan essen vanila. Kacau rata.
  6. Angkat dan sejukkan sebelum di guna.


Source : Bro Rozzan

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...