Showing posts with label My Kitchen Garden. Show all posts
Showing posts with label My Kitchen Garden. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

BAJA KULIT BAWANG


Kulit bawang boleh dijadikan baja untuk pokok-pokok yang di tanam di halaman rumah. Selain tidak memerlukan sebarang kos ia juga dapat memberi manfaat kepada pokok. 


Antara manfaat kulit bawang kepada pokok adalah dapat menyuburkan pokok, menggalakkan pertumbuhan daun baru dan mempercepatkan proses pengeluaran buah dan bunga. Seeloknya daun bawang direndam semalaman dan disiram disekeliling pokok bersama kulitnya sekali. 


Tapi E-na nak senang tanam je dalam tanah di pangkal pokok macam dalam gambar di atas. 

Friday, 8 March 2013

Membina Junjung Kacang Panjang


Pagi ini sempat menyiapkan junjung atau penyokong untuk pokok kacang panjang. Kesian tengok dah berbelit di pagar taska (klik). Semalam E-na beli batang paip PVC untuk di jadikan tiang dan penyokong di bahagian atas. 2 batang paip PVC sepanjang 90inci dan 1 batang 95 inci dengan harga RM9 di kedai Hardware. Hasilnya seperti gambar di bawah.


Bantuan tangga diperlukan untuk mengikat net pada batang PVC di awning. Memanjat la pepagi tadi...Alhamdulillah semua selamat...he he.


Sekarang pokok kacang panjang sudah ada junjung sendiri. Lepas ni bolehlah hidup lebih subur dan berbuah lebat ye. Awning skylight biru tu akan dipindahkan...perlu berhati-hati semasa mengangkatnya nanti....tempat sempit ada pulak pasu-pasu pokok....harap tidak mencederakan pokok-pokok kesayangan E-na.







Thursday, 7 March 2013

Anak Pokok Kacang Panjang


Perkembangan anak-anak pokok kacang panjang yang di semai pada 12 Februari 2013 di tapak semaian My Kitchen Garden. Gambar dibawah ketika anak benih berusia 2 minggu.


5 biji kacang panjang yang di semai, hanya 4 pokok yang tumbuh. 

  
Anak pokok Kacang Panjang yang berusia 22 hari di alihkan dari polybag ke dalam pasu. Nampaknya pokok kacang panjang sudah memerlukan junjung untuk menjalar. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...