Thursday 31 December 2009

:-> Kad Persahabatan Dari Nur



Baru berkesempatan terbang ke Malaysia untuk mengambil kad dari Nur. Terima kasih Nur atas lovely card ni comeiiii dan penuh makna ni...semoga persahabatan di alam maya ini terus berkekalan hendaknya, insyaallah... and you hold a piece of my heart 2!


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Hadiah Teka Bilangan Payung


Inilah hadiah yang E-na dapat daripada contest (bole tgk kt sini) yang dianjurkan oleh blog Linda. Tq sooo much Linda untuk hadiah yang banyakkk ni...ada t-shirt, kain selempang, tepung kek, keropok dan kad.

Terharu dpt hadiah ni sebab jauh nak pos dan kos pengeposan dah tentu mahal...Linda guna Pos Laju lak tu..aduuuiiii siannnya....

Nway tima kasih skali lagi ye dik moga linda sekeluarga sentiasa dlm perlindungan dan rahmat dari Allah selalu, murah rezeki dan bahagia selamanya...


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Wednesday 30 December 2009

:-> Sandwich Tuna Wasabi


Yang ni pulak untuk mak bapak budak.... kena byk sayur dan letak wasabi sikit! Ni pun gambar guna Hp je...jgn marah kalau kurang jelas ye!

SANDWISH TUNA WASABI
Bahan-bahannya:
  • Roti Sandwich
  • Tuna dalam tin
  • Mayonis
  • Serbuk Lada Hitam
  • Garam dan perasa
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
  • Wasabi
Cara Membuatnya:
  1. Hancurkan tuna dengan garfu.
  2. Gaulkan dengan mayonis, lada hitam, garam, perasa.
  3. Sapukan tuna ke atas roti, letakkan sedikit wasabi.
  4. Kemudian susun salad, timun dan tomato dan roti.
  5. Sedia untuk di makan.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Sandwich Telur


Sandwich telur untuk anak-anak... Ni gambar dgn Hp je....sorry ye kalau x berapa clear...

SANDWICH TELUR
Bahan-bahannya:
  • Roti sandwich
  • Telur Rebus
  • Mayonis
  • Serbuk Lada Hitam
  • Garam dan perasa
  • Butter
Cara Membuatnya:
  1. Telur di hancurkan dgn garfu.
  2. Gaulkan telur dengan mayonisn lada sulah, garam dan perasa.
  3. Sapukan sedikit butter pada roti dan letakkan telur.
  4. Potong mengikut bentuk yang disukai.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Tuesday 29 December 2009

:-> Ayam Bakar Rempah


Percubaan pertama membakar seekor ayam... E-na sebenarnya 'ngeri' sket nak bermain ngan ayam sekor2 gitu dalam sink semasa nak cuci...dok membayangkan ayam tu hidup jer tapi kuatkan juga semangat dan berjaya juga akhirnya...puashati!

Ayam tu x besar mana pun cuma 900g jer! Cukup untuk sekali hadap kami anak beranak....Sedap je meratah panas2....

AYAM BAKAR REMPAH

Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ayam
  • 1 tsp jintan manis
  • 1 tsp dry oregano
  • 1 tsp ginger powder
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam
  • 1/2 tsp serbuk kari
  • 1/2 tsp paprika powder
  • 1/2 tsp serbuk halba
  • 1/2 tsp serbuk kunyit
  • 2 tbs madu
  • 2 tbs bawang besar blend
  • 1 tbs olive oil
  • Garam
Cara Membuatnya:
  1. Ayam di belah di bahagian dada dan di cuci bersih.
  2. Perapkan dengan semua bahan di atas semalaman.
  3. Bakar dengan suhu 200 degree selama sejam atau sehingga masak.
  4. Sedia di hidang bersama salad dan sos kegemaran.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Monday 28 December 2009

:-> Bun Burger (2)


Kepada teman-teman yang datang bertandang ke Lovelykitchen jemputlah rasa Chicken Cheese Burger kat atas tu. Kalau nak lagi masuk je terus ke dapur dan pandai-pandailah buat sendiri ye...roti ada atas meja tu, kalau tercekik pandai2lah cari air apa yang ada...buat je mcm umah sndiri ye...
Resepi kedua Bun Burger yang E-na dah try buat. Resepi ni cuma menggunakan bahan-bahan asas sahaja. E-na edit sket sukatan telur dan air.

BUN BURGER (2)
Bahan-bahannya: (8 biji)
  • 200ml air (sebiji telur + air = 200ml)
  • 280g tepung roti
  • 16g gula
  • 5g garam
  • 3g dry yeast
  • Bijan secukupnya
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan air+telur ke dalam BM diikuti dengan gula, garam. tepung dan dry yeast.
  2. Pilih menu 'doh' dan tunggu hinnga siap diuli.
  3. Keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk kelurkan angin.
  4. Bahagikan kepada 8 bahagian dan bulat-bulatkan.
  5. Biarkan naik 2 kali ganda.
  6. Untuk mempercepatkan proses pengembangan doh, boleh masukkan doh tadi ke dalam oven yang tidak di on kan. Masukkan semangkuk air panas di bawah tray doh td.
  7. Bila dah naik, keluarkan dari oven dan sapu air suam td di ats roti dan taburkan bijan. Tekan sedikit bijan supaya lekat pada roti.
  8. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Kacang Buncis Goreng Telur


Sesuai untuk menggalakkan anak-anak untuk mkn sayur. Kanak2 biasanya suka telur jadi bila dah bercampur cam ni kena lah telan...

Kacang Buncis Goreng Telur
Bahan-bahan:
  • Kacang Buncis
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan perasa
  • sedikit minyak
Cara Memasaknya:
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk/ dimayang hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit, sedikit garam (anggaran utk masinkn sebiji telur je) dan perasa.
  3. Pecahkan telur dan masukkan kacang buncis. Kacau rata.
  4. Perasakan garam, tambah garam angkat bila sudah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Pizza Sosej



Pizza sebelum di bakar dan belum ditabur dengan cheese.
Dah masak! Sekejap je licin kena serbu...
Tak sempat nak posing cantik2 semuanya dh x sabar nak ngap!

PIZZA SOSEJ
Bahan-bahan untuk doh:
  • 180ml air
  • 240g tepung roti
  • 40g tepung gandum
  • 8g gula (1tbs)
  • 5g garam (1tsp)
  • 12g shortening
  • 3g dry yeast (1tsp)
Bahan-bahan untuk topping:
  • Sosej
  • Piman / capscicum
  • Bawang besar
  • Sos Pizza
  • Mozarella cheese
  • Mayonis
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air ke dalam BM diikuti dengan shortening, gula, garam, dan tepung.
  2. Buatkan sedikit lubang pada tepung dan masukkan dry yeast.
  3. On kan BM dan pilih menu 'doh'.
  4. Bila dah selesai keluarkan dari BM dan tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.
  5. Bahagikan doh kpd 2 bahagian.
  6. Canai doh menjadi saiz yg diingini.
  7. Sapukan sos pizza, letakkan topping dan mozarella cheese.
  8. Bakar dengan suhu 210 selama 15 minit atau sehingga masak.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Sunday 27 December 2009

:-> Rainbow Marble Pudding


MEMANG SEDAP! tu my hubby cakap....even he's not a pudding lover. E-na punya comment lak memang kena buat lagi lepas ni...he he. My 1st daughter and I memang suke pudding.
Ini pudding sebelum di potong.

Rainbow Pudding Marble (E-na guna Loyang 18cm 4segi)
Bahan-bahannya:
  • 13g agar2 serbuk (E-na guna 11g)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation (E-na guna fresh milk)
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna merah dan kuning


Cara Memasak:-

  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Ummi

:-> Daging Goreng Bawang


Resepi yang ringkas dan senang di masak.... Daging Goreng Bawang ni lembab2 sket dan bersalut dengan bawang. Sukatan bawang tu agak2 lah berapa biji ye sebab E-na dah blender bawang besar merah dan bawang putih simpan dalam fridge untuk senang bila nak guna...so sukatan bawang kt bwh ni guna sudu....

DAGING GORENG BAWANG
Bahan-bahannya:
  • Daging untuk 3/4 org
  • 3 tbs bawang merah besar dan bawang putih yang telah di blender
  • sedikit halia (dicincang halus/ di blend sekali dgn bawang)
  • garam
  • kunyit
  • perasa
  • bawang besar di mayang
  • cili api
Cara Membuatnya:
  1. Daging di hiris nipis dan di bersihkan.
  2. Masukkan ke dalam pan didihkan dengan segelas air.
  3. Bila air separuh kering masukkan sedikit serbuk kunyit, garam secukup rasa, perasa. Kacau.
  4. Biarkan sehingga air tinggal dalam 2/3 sudu besar dan masukkan sedikit minyak.
  5. Kacau rata.
  6. Kemudian masukkan bawang yang di blend dan halia. Kacau sehingga wangi atau agak garing.
  7. Kemudian Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  8. Masukkan bawang besar dan cili api.
  9. Angkat bila bawang telah layu.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

:-> Bun Burger (1)




Resepi bun burger ni E-na cuma tambahkan Water Roux dan air. Resepi asal menggunakan susu sahaja.

BUN BURGER

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula (2tbs)
  • 4g garam (1tsp)
  • 1 biji telur
  • 170ml air( 70ml air + 1 biji telur+ selebihnya susu)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • 80g water roux (E-na tambah, xde pun ok)
  • bijan secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali bijan ke dalam breadmaker.Pilih untuk buat doh. On kan.
  2. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.


Inilah simple Chicken Burger hasil dari bun di atas...

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Yani
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...