Monday 28 June 2010

:-> Pulut Kuning Kukus @ Pulut Semangat


Pulut Kuning atau di kenali juga dengan Pulut Semangat adalah antara makanan kegemaran anak-anak E-na untuk breakfast. My kids boleh makan pulut kuning macam tu tanpa sebarang lauk. Biasanya E-na gorengkan telur dadar untuk anak-anak dan buat rendang atau sambal tumis / masak sambal untuk kami berdua.

Kali ni masak pulut baru sempat posing. Selalunya habis kena serang sejurus diangkat dari pengukus. Makan dengan Ikan Rebus Goreng Sambal dan timun.

Bagi yang tiada pengukus boleh juga masak pulut kuning guna rice cooker.


RESEPI PULUT KUNING KUKUS

  • 3 mug beras pulut (+-500 gram)
  • 250 ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 helai daun pandan - di potong 2
  • Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 - 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara-cara
  1. Beras Pulut di cuci bersih.
  2. Masukkan air, serbuk kunyit dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk kunyit larut.
  3. Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
  4. Keluarkan asam gelugor, cuci dan bilas beras dengan air paip untuk membuang sisa-sisa kunyit.
  5. Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, ratakan.
  6. Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
  7. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
  8. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan garam gaul rata.
  9. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
  10. Angkat dan hidangkan. Sesuai di makan bersama rendang, sambal tumis, masak berlada/ sambal. Selamat mencuba!

TIPS
UUNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
  • Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
  • Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
  • Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam. ( warna lebih terang)

6 comments:

Acik Erna said...

salam E-na..sama lah kita..kat brumah akak ni pun..semuanya suka pulut kuning..lagi2 kalau buat dengan pulut susu yang lembut tu..makan dengan sambal bilis je..tak perlu rendang...memang sekejap je licin..

Kie-yu said...

ouh
bnyk resepi best kt sini
mesti cuba ;)

yanamib said...

sy pn sukaaaa pulut kuning..yg arwah nenek buat sgt sedap!nyumm~

nyonya penang said...

waa...sedap nya tngk..
pagi2 dah terliur nie..=)

ain said...

kat umah akak pula, pulut kuning mmg susah nak jalan. hubby je yg minat! akak pernah buat sekali je. tu pun sbb dah niatkan sesuatu!!

Unknown said...

Salam ena... :)
Saya jarang buat pulut kuning ni, mesti buat lagi nanti!

Terima kasih kerana share :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...