Wednesday 29 February 2012

His Big Big Day....






Setelah bertungkus lumus selama 2 tahun 9 bulan study and doing his research, hari ini merupakan a big day for my beloved husband. Tepat jam 10.30a.m nanti hubby akan present his research. Hanya doa yang dapat E-na iringkan semoga semuanya berjalan lancar. I know u can do it, dear....all the best, ganbatte ne.



'Ya Allah give him strength, smooth in his speech,  idea yang bernas untuk menjawab semua persoalan dari para panel, ketenangan dan permudahkan segala urusan suamiku pada hari ini dan hari-hari berikutnya, Amin Ya Rabbal A'lamin.'


Di bawah ini cerita ahad lepas ye...

26.02.1996....date yang amat bermakna untuk E-na and hubby, bukan date kawin ye...hihiii....E-na buatkan RVC dan kebetulan pula 26.02.2012 ada undangan house warming di Mie rumah Sohana tokey MyBotang, E-na bawa  kek ini untuk dinikmati bersama.



'True Love 
Never Dies
It only Gets Stronger with Time'

Moga hubungan ini berkekalan bahagia selamanya. Amin.



 Untuk Sue, Yus, Shidah, Kak sher, Aisha, Naza, Eliza dan azah thanks for the delicious food  and nice knowing you all...Moga kita berjumpa lagi.


Note: E-na tak berapa sihat sejak dari malam isnin...fever, cough, headache n flu...pakej lengkap tu...gagahkan juga buat entry ini for my beloved hubby. Maaf tak dapat BW ke rumah kekawan maya...:(



Thursday 23 February 2012

Roti Jala Pandan @ Roti Kirai


Roti Jala atau Roti Kirai adalah antara kuih kegemaran di Malaysia. Kenapa tak di panggil Kuih Jala atau Lempeng Jala.....yelah bukan guna dry yeast macam buat roti tapi dinamakan Roti Jala. Tak kisahlah apa pun namanya dah tertulis begitu, yang penting nak buatnya tidaklah sesukar mana jika kena bancuhannya, ada non-stick pan  ( 2 biji pan lagi elok, cepat siap) dan alat untuk menjala atau mengirainya. 



RESEPI ROTI JALA PANDAN


Bahan-bahan:
  • 450 gram tepung gandum
  • 400 ml fresh milk/ susu cair
  • 400 ml air dari daun pandan yang dikisar / air kosong
  • 2 sudu besar butter dicairkan
  • 2 biji telur (+-120g)
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan (optional jika tidak menggunakan air daun pandan)
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati.
  2. Kemudian blend adunan supaya hancur.
  3. Tapis ke dalam mangkuk.
  4. Panaskan non-stick pan.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala atau bekas mayonis 3 lubang.
  6. Mulalah menjala.
  7. Angkat dan gulung atau lipat bila sudah masak.
  8. Buat sehingga adunan habis. Sesuai di hidangkan bersama Kari ayam, daging atau kambing. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

Lagi resepi roti jala klik link di bawah:

Wednesday 22 February 2012

Lovely Kitchen Catering Service


Tempahan untuk menu lunch meeting KUJ pada 11 February 2012.
Menu : 

  • Nasi Minyak Ganu
  • Ayam Masak Merah Madu
  • Acar Mentah
Bilangan : 60 orang


 6 ekor ayam 1.2kg dipotong 12

5kg beras untuk Nasi Minyak...Masa ni masak 6kg , 1kg utk makan di LK tapi terlupa nak asingkan, terus je angkut semua ke tempat meeting...Jadinya tetamu kami dari Malaysia pada hari tersebut makan nasi putih leftover, hihiii kelam kabut punya pasal...Kehabisan pewarna kuning, nasi yang akhir masak e-na guna color merah, tak sempat nak snap gambar.


15 batang timun
2 biji nenas
5 batang carrot
1 labu bawang besar
3 biji cili besar
sedikit halia,cuka, garam, gula

Next time kurangkan bilangan timun dan carrot....10 batang timun dan 2/3 batang carrot dah cukup rasanya. 

Alhamdulillah dapat menyiapkan menu yang di minta. Terima Kasih kepada adik-adik undergrade yang memberi kepercayaan kepada Lovely Kitchen untuk menyediakan menu lunch pada hari tersebut. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan berpuashati dengan catering service dari Lovely Kitchen. Million thanks to my beloved hubby as my personal advisor and assistant chef to execute the catering  mission. 

Note: A Million thanks to Mamasya on your guidance....really appreciate it..:)

Tuesday 21 February 2012

Trifle Mango Pandan


Trifle adalah sejenis makanan pencuci mulut ataupun dessert yang diperbuat daripada kek span, kastard, buah-buahan, gelatin atau jus buah-buahan dan whipped cream. Bahan-bahan ini biasanya disusun dalam lapisan yang berselang seli.

Penyediaannya tidak sukar jika semua bahan yang diperlukan telah siap sedia ada di depan mata. Tetapi jika semua bahan perlu di buat sendiri ianya memerlukan masa yang agak panjang. Bermula dari penyediaan sponge cake atau jika lebih rajin lagi menggunakan swiss roll /roll cake sebagai lapisan dasar trifle, sehinggalah kepada lapisan paling atas iaitu whipped cream.

Nampaknya ini adalah entry trifle yang pertama di Lovely Kitchen walaupun dah banyak kali buat trifle sejak dari sebelum berblog lagi. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya masih sempat untuk E-na kongsikan resepi trifle dengan semua pelawat Lovely Kitchen.

Trifle Mango Pandan gabungan dari kek span pandan, Mango Pudding Custard, Red Jelly, Peach dan taburan choc chip, coloured choc rice, hirisan yellow peach, hirisan ceri hijau dan hirisan fresh strawberry di atasnya pasti membuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya.



RESEPI TRIFLE MANGO PANDAN
Casserole 20cm

Bahan-bahan dan Cara-cara untuk Lapisan Pertama (bawah)

  • 1/2  bahagian kek span pandan (resepi di sini) / pandan swiss roll
  • Sedikit air peach/ cocktail / lychee dalam tin (tak nak letak pun tak pe)
  1. Kek Span Pandan di potong kiub dan disusun menutupi dasar acuan/ casserole.
  2. Renjis sedikit air buah. Jangan sampai basah. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Kedua
  • 5 sudu besar tepung kastard perisa mango 
  • 600ml fresh milk / susu cair
  • 3  sudu besar gula
  • 1 tin yellow peach/ cocktail/ lychee
  1. Masukkan semua bahan kecuali buah dalam tin di dalam periuk dan kacau sehingga pekat.
  2. Curahkan ke atas lapisan kek span tadi. Bila lapisan kastard separuh beku taburkan hirisan peach/ buah-buahan campuran/ laici di atasnya. Simpan sedikit untuk hiasan akhir nanti. Ketepikan.
Bahan-bahan dan Cara untuk Lapisan Ketiga (atas)
  • 1 pack serbuk agar-agar berperisa 7g
  • 950ml air
  • 120 gram gula
  • hirisan buah-buahan, choc chip, choc rice, ceri
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
  2. Sejukkan sebentar. Bila agak suam-suam kuku barulah di tuang ke dalam loyang trifle tadi.
  3. Biar sejuk. Simpan di dalam fridge.
Bila nak hidang, tabur hirisan peach, strawberry, ceri hijau, choc chip dan choc rice untuk menaik seri trifle. Selamat mencubadari Lovely Kitchen.

Note :
  1. Selain kek span boleh juga guna kek marble, butter cake atau apa shj yang sesuai.
  2. Lapisan ketiga (atas) boleh di ganti dengan whipped cream atau fruit yogurt. 
  3. Boleh juga jadikan trifle ini 5 lapisan. Selepas lapisan jelly di tambah dengan lapisan whipped cream atau fruit yogurt sebelum di tabur dengan bahan-bahan hiasan.
  4. Boleh tabur badam cincang/ kepingan badam yang telah di panggang, gajus, kacang tanah atau apa sahaja yang sesuai sebagai hiasan.
  5. Nisbah air dan tepung kastard berbeza mengikut brand....anda mesti tahu sukatan yang sesuai untuk jenis tepung kastard yang anda gunakan. Bimbang nanti terlembik atau terlebih keras.

Monday 20 February 2012

Magnet Tissue Holder untuk Penjimatan Ruang


Mungkin ada kawan-kawan kita yang memerlukan info ini. Klik button share FB di sebelah kanan untuk berkongsi dengan mereka di Facebook. 


Kitchen Tissue holder dan Facial Tissue Holder bermagnet sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ruang dapur yang agak kecil. Dengan melekatkan tissue holder pada dinding peti sejuk dapat menjimatkan ruang.Ada banyak lagi bentuk lain di pasaran. Di bawah ini Tissue holder yang digunakan di Lovely Kitchen. Boleh di dapati di Daiso, Seria atau mana-mana kedai 100yen di Jepun dengan harga 105 yen sahaja.

Kitchen Tissue Holder / Rolled Tissue Holder

Dibawah ini gambar sebelum diletakkan kitchen tissue.



Dan di bawah ini pula Facial tissue holder atau box tissue holder. Ia boleh di laraskan mengikut ketinggian /ketebalan kotak tissue.



Pasangkan holder pada kotak tisu dan laraskan mengikut saiz kotak. Kemudian lekatkan pada peti sejuk atau mana-mana tempat yang boleh memegang magnet.

Untuk Facial tissue holder juga ada banyak design dengan pelbagai cara kegunaan mengikut kesesuaian ruang di rumah anda. Semoga gambar-gambar ini dapat memberi ilham, idea dan inspirasi untuk yang memerlukan. Jom shopping di Daiso/ Seria / 100yen shop...memang berbaloi!

Saturday 18 February 2012

Chocolate Rolled Cookies




Cookies yang sedap dengan rasa chocolate yang memikat. Rasa Chocolate Rolled Cookies ni dah cukup sempurna tanpa sebarang hiasan atau tambahan bahan-bahan lain. Yang dalam gambar ni saja suka-suka deco untuk di bawa ke majlis Soubetsukai malam tadi. Kalau nak makan kat umah tak perlu deco-deco, cookies ni dah sedap. Lagi sedap jika cookies yang di bakar jadi ranggup di luar dan lembut di dalam. Nak dapat yang macam ni kena try and error bermain dengan oven sendiri...bergantung pada tempoh masa membakar cookies.


Wajah-wajah ceria dapat cookies nama sendiri....;)


Congrats untuk 24 orang yang dirai pada malam ini....Moga lebih berjaya di masa akan datang...Amin.


Bagi yang ingin mencuba dengan kaedah rolled dan cetak guna acuan boleh guna cara yang dicadangkan di dalam resepi iaitu simpan adunan selama 1 jam di dalam fridge sebelum di terap dengan acuan. Bagi mengekalkan bentuk cookies, setelah di terap sejukkan dalam fridge selama 5 minit sebelum di bakar.

E-na buat nak cepat, gentel bulat-bulat terus bakar. Siap buat cookies last night terus sambung proses ayam dan sambal untuk Nasi Ayam Penyet tempahan untuk 40 orang. Alhamdulillah dapat juga siapkan tempahan seperti yang diminta. Harap semua berpuas hati. Pagi tadi deco cookies dulu sebelum sambung kerja-kerja catering...:))




Resepi Chocolate Rolled Cookies

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 160 gram gula castor / gula halus
  • 120 gram gula perang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk nescaffe + 2 sudu besar air suam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 30 gram cocoa powder
  • 375 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/4 sudu kecil garam
Cara Membuatnya:
  1. Ayak tepung gandum, cocoa powder, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, pukul butter, gula castor dan gula perang sehingga kembang.
  3. Masukkan telur, campuran coffee dan esen vanila dan pukul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan gaul rata.
  5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian, masukkan dalam plastic bag dan simpan dalm fridge selama 1-2 jam. Kalau nak cepat sejukkan 20 minit sahaja.
  6. Keluarkan dari fridge, canai di atas papan yang di alas plastik dan tutup atas doh dengan plastik juga supaya tidak melekat pada penggelek.
  7. Terap menggunakan cookies cutter yang sesuai.
  8. Susun di atas tray.
  9. Sejukkan dalam fridge selama 5 minit.
  10. Bakar selama 18 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 darjah celcius.
  11. Sejukkan di atas redai.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na bulat-bulatkan dan susun dalam tray kemudian terus bakar.


Resepi asal tengok di sini. Cara-cara deco cookies boleh tengok disini dan disini




Friday 17 February 2012

Magic Sponge / Magic White Sponge / Melamine Sponge


Klik share button untuk kongsi entry ini di Facebook...mungkin ada rakan-rakan lain yang memerlukan...:))


Inilah Sponge yang banyak membantu kerja-kerja mencuci di dapur Lovely Kitchen. Memang Magic, memang power! tu yang panggil Magic White Sponge...Dari mula sampai nihon dialah sahabat sejati yang tak pernah jemu memberi servis terbaik. Dah berpuluh pack angkut dari Daiso, Seria, 100 yen Shop sepanjang tinggal kat Nagoya. Segala kerja-kerja menyental dapur, sinki, oven, pinggan mangkuk kaca, jug plastic, non-glossy plastic, glass, cermin, tiles, stainless steel dan macam2 lagi semua e-na guna bantuan Magic White Sponge. Hasilnya memang sangat-sangat puas hati. Berkilat dan kotoran hilang 100%. Kalau kotoran yang tebal sangat tu ambil masa la untuk hilangkan sepenuhnya.


Terdapat pelbagai jenis pack yang di jual di Daiso, Seria atau 100yen Shop. Ada macam-macam saiz potongan sponge. Walau apa jenis pack dan saiz fungsinya tetap sama. 


Cara guna senang saja cuma basahkan dengan air dan gosok atau kalau perlu sental  pada bahagian yang ingin di cuci. Bila semua bahagian sponge dah kotor/hitam bolehlah buang. Kalau guna sponge yang besar, E-na gunting buang bahagian yang kotor dan guna lagi bahagian sponge yang putih. Jimat...Untuk mencuci kotoran seperti daki air pada jug plastik, mug, pinggan cuma perlu basahkan dan sental bahagian yang kotor. Bila semua kotoran dah hilang basuh pinggan mangkuk seperti biasa guna sabun dan bilas. 

E-na guna Magic White Sponge untuk cuci semua benda di Lovely Kitchen. Kotoran dalam microwave oven pun E-na cuci guna Magic White Sponge ini. Ternyata berkesan. Tapi diingatkan sponge ini tidak dinyatakan untuk kegunaan  microwave oven, sebarang kerosakan tidak menjadi tanggungjawab Lovely Kitchen. Nanti ada kelapangan E-na tunjukkan gambar-gambar hasil cucian Magic White Sponge fav E-na ni.

Bagi yang berada di Malaysia mungkin boleh cari di Daiso atau ada kawan-kawan yang dah guna boleh kongsi di mana boleh dapatkan Magic White Sponge ini.

NOTE / AMARAN :
Segala Maklumat dalam entry ini berdasarkan pengalaman E-na menggunakan Magic White Sponge. Lovely Kitchen tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan harta benda anda apabila menggunakan sponge ini. Harap maklum.

Saturday 11 February 2012

Kulit Popiah Di Jepun


Kongsi entry ini di Facebook, klik button share....mungkin ada yang memerlukan, Tq.


Di mana nak beli kulit Popiah di Jepun? Di Nagoya Kulit Popiah boleh di dapati di Amica. E-na pernah beli tapi dalam kuantiti yang kecil. Satu pack ada 10 ke 20 keping, tak ingat la. Ada juga di beli melalui Kedai Halal Online 'Baticrom'. 50pcs berharga 695 yen dan 20pcs berharga 330 yen satu pack. 

Kulit Popiah 50pcs di Baticrom


Cara nak cari / beli Kulit Popiah di Baticrom ikut prosedur di bawah:

 
  • Klik  'Food and Spices' 
  • Di ruangan 'Search' taip 'Spring Roll Shell' dan tekan 'search'. Akan keluar seperti di bawah...Pilih lah yang mana berkenan.
 


Semoga dapat membantu kawan-kawan yang sedang mencari kulit popiah di Jepun. Happy Shopping!


Friday 10 February 2012

Danish Butter Cookies






Danish Butter cookies resepi dari The Nooblet Pattisier. Kebiasaannya Butter Cookies tidak menggunakan baking powder tapi kali ini E-na masukkan baking powder seperti mana dalam resepi. Senang di buat sedap di makan. 




RESEPI DANISH BUTTER COOKIES

Bahan-bahan:
  • 250 gram butter
  • 90 gram gula icing / powdered sugar
  • 270 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil baking powder (optional)
Cara Membuatnya:
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
  4. Kacau rata dengan senduk kayu.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping beg dengan 'star tip'.
  6. Paipkan membentuk bulatan atau apa-apa bentuk yang disukai.
  7. Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga biskut keperangan.
  8. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note :  
Adunan agak sukar untuk di paip...boleh masukkan sebentar ke dalam microwave untuk melembutkan doh..tapi awas jangan sampai cair. (E-na terus paipkan doh  tanpa masukan ke dalam microwave, tp kena guna tenaga lebih sket...)


Lagi resepi Cookies di Lovely Kitchen klik link di bawah:

UPDATE:
Rakan yang telah mencuba Resepi Danish Butter Cookies:

Thursday 9 February 2012

Rainbow Roll Cake



Seperti yang di janjikan dalam entry Roll Cake Decoration Step by Step, E-na sertakan di sini resepi Rainbow Roll Cake. Resepi Roll Cake ni lembut, gebu dan memang sedap. Resepi dari Mama Iyta dan cara membuatnya e-na olah ikut yang e-na buat seperti dalam gambar. Thanks so much pada pemilik resepi yang mabeles ini...:))

RESEPI RAINBOW ROLL CAKE
Loyang roll cake saiz 25cm x 25cm

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 85 gram gula castor
  • 50 gram tepung gandum
  • 8 gram tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 30 ml air sejuk 
  • 40 ml minyak masak

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar menggunakan kelajuan maxima sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan putar sebati.
  4. Bahagikan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna pelangi. (6 color lebih senang)
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang satu persatu secara berjalur.
  6. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit.
  7. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
  8. Sapu whipped cream dan hirisan strawberry. Kemudian gulung kek.
  9. Sejukkan dalam fridge sebelum dipotong. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.



RESEPI WHIPPED CREAM
(untuk 2-3 biji roll cake saiz 25cm x 25cm )

Bahan-bahan:

  • 200 ml whipped cream
  • 25 gram gula
Cara membuatnya
  1. Masukkan whipped cream dan gula ke dalam mangkuk adunan.
  2. Putar sehingga gebu dan ringan (terbalikkan bowl , cream tidak tumpah)
  3. Siap untuk di gunakan.


Note: 
Dalam gambar tu e-na guna color merah, pink, kuning, hijau, biru, purple dan putih...next time bahagi 6 warna je...x muat nak letak 7 adunan, color putih terpaksa curah keliling acuan, tu yg nampak sikit je dlm gambar.



TIPS LOVELY KITCHEN

  • Hiris sedikit bahagian dalam kek sebelum sapu cream supaya kek tidak pecah semasa menggulung.

Lagi entry Roll Cake klik link di bawah:




Wednesday 8 February 2012

Roll Cake Decoration Step by Step


Cara mudah menghias  roll cake atau swiss roll menggunakan whipped cream dan fresh strawberry. Disini E-na sertakan gambar langkah demi langkah dan nombor decorating tips yang e-na guna.

Roll Cake yang telah siap deco.


Gulung roll cake yang telah di sapu whipped cream, sedikit jem jika suka dan fresh fruit.


 Decoration tip number 98 (wilton) untuk patern di bawah.


 Untuk membuat daun E-na guna wilton tip nombor 70.


 Patern berlubang ni guna wilton tip no 136.


 Untuk bunga kecil-kecil e-na guna wilton tip no 30.


 Kemudian letakkan fresh strawberry di atasnya....dah siap! Sesuai untuk di hidangkan pada tetamu dan untuk majlis hari jadi serta open house. Resepi  Rainbow Roll Cake ini akan menyusul nanti.


Lagi entry Roll Cake klik link di bawah



Monday 6 February 2012

Kek Coklat Moist - versi bakar



Kek Coklat lembab disirami coklat ganache yang sedap...rasa yang sungguh memikat. Resepi Kek Coklat Moist dari FB kak Ummi Zawiyah dan E-na gabungkan dengan resepi Coklat Ganache dari Nadz. Seperti biasa E-na suka menggunakan sukatan metrik jadi bila resepi menggunakan cawan, E-na akan timbang bahan-bahan yang perlu dan taip semula resepi untuk rujukan di masa depan. Bagi yang ingin menggunakan sukatan cawan boleh refer resepi asal nun di bawah.


RESEPI KEK COKLAT MOIST
Loyang 20cm

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur (+-130g)
  • 90 gram serbuk koko
  • 200 gram susu pekat manis  (lebihkan sedikit jika mahu manis)
  • 200 ml fresh milk / susu cair
  • 100 gram gula
  • 200 ml minyak jagung / minyak masak
  • 240 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila (optional)
  • 200 ml air panas
Cara Membuatnya:
  1. Sapu sedikit marjerin pada loyang. Alas loyang dengan baking sheet. Ketepikan.
  2. Ayak Tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula menggunakan whisker sehingga hancur.
  4. Masukkan esen vanila, fresh milk, susu pekat manis dan minyak. Kacau Sebati
  5. Kemudian masukan tepung yang telah di ayak tadi sambil di kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.
  7. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 60 minit atau sehingga kek masak.
  8. Sejukkan kek di atas redai.
  9. Siram dengan coklat ganache. Boleh hias mengikut citarasa anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

RESEPI COKLAT GANACHE

Bahan-bahan:
  • 200 gram coklat masakan 
  • 150 ml whipping cream
  • 1 sudu besar butter
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan Whipping cream secara double boiler dengan api sederhana.
  2. Bila hampir mendidih tutup api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil.
  3. Kacau sehingga cair sepenuhnya.
  4. Masukkan butter dan kacau sebati.
  5. Tuang ke atas kek dan boleh dihias mengikut citarasa sendiri. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : E-na guna Coklat Meiji.

_________________________________________________________________________________

Resepi Asal seperti berikut:

kek coklat moist.
(resepi Amy)

2 biji telur 
1 cwn serbok koko 
1 cwn susu pekat manis 
1 cwn susu rendah lemak
1 cwn gula 
1 cwn minyak jagung
2 cwn tepung gandum 
1 sudu kfc baking powder
1 sudu kfc soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
1 cwn air panas.

caranya:

Pukul telur dan gula ,hingga gula hancur+ vanila,kacau masuk susu cair ,kacau,masuk susu pekat manis,kacau masuk minyak,kacau sebati,masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.(tepung gandum,b.power.soda bikarbonat dan serbok koko diayak terlebih dahulu). Akhir sekali masukkan air panas dan kacau sebati.
Masukkan adunan dalam loyang yang telah dialas kertas dan disapu sedikit minyak/mentega. bakar dlm oven mengikut kepanasan oven masing-masing.ummi bakar selama 1 jam dengan suhu 150C.

Untuk Topping (E-NA TAK GUNA TOPPING NI UNTUK KEK DI ATAS )
Serbuk koko+ susu cair + susu pekat manis dan minyak
Kacau atas api bila pekat tutup api. tuang atas kek yang telah sejuk dan hias ikut suka hati masing-masing.



Lagi resepi Kek Coklat klik link di bawah:





Gulai Kuning 3 in 1


Salam Maulidur Rasul untuk semua  pelawat Lovely Kitchen. Terima Kasih kepada semua yang memberi ucapan tahniah dalam entry sebelum ini

Menu kali ini adalah menu biasa di Lovely Kitchen tapi belum pernah publish. Bila dah ramai dalam satu rumah citarasa pun macam-macam. Ada yang suka udang tak suka telur, suka telur tapi tak makan sayur. Jadinya untuk menyenangkan, E-na satukan udang, telur dan nangka dalam satu menu dan namakan Gulai Kuning 3 in 1. Gulai telur / nangka yang di campur udang sebegini akan lebih sedap dek kemanisan air udang. Kalau buat Gulai Kuning Telur pun biasanya E-na akan masukkan beberapa ekor udang untuk menyedapkan kuahnya. Asalnya permintaan hubby yang suruh masukkan Udang dalam gulai telur...nak tau kesedapannya kena cuba dulu ye...



RESEPI GULAI KUNING 3 IN 1

Bahan-bahan:
  • 1 tin nangka
  • 8 ekor udang (dicuci) 
  • 2 biji telur
  • 3 hiris lengkuas *
  • 3 hiris halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 3 ulas bawang merah*
  • Sedikit cili padi (ikut kepedasan)*
  • 1 batang serai di titik
  • 1/2 keping asam gelugor/ asam keping
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 200 ml santan dalam tin
  • Air secukupnya
  • garam dan perasa
  • sedikit minyak masak.
Cara Membuatnya:
  1. Toskan nangka. Rebus sekejap dalam air mendidih. Angkat, tos dan buang empulurnya.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  3. Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi.
  4. Masukkan santan dan air secukupnya bersama asam keping, serbuk kunyit,serai dan nangka.
  5. Kacau sehingga mendidih. Perasakan garam secukupnya.
  6. Perlahankan api, pecahkan 2 biji telur ke dalam kuah. Menggunakan api sederhana siram kuah ke atas telur perlahan2 supaya tidak pecah.
  7. Masukkan udang. Bila mendidih dan udang masak bolehlah angkat. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Gulai jangan terlalu cair ye...jgn pula terlalu pekat, baru terasa lemaknya.


TIPS LOVELY KITCHEN
  1. Rebus sebentar Nangka (dalam tin) sebelum digunakan dalam sebarang masakan untuk mengurangkan bau dan rasa masam Nangka.
  2. Rebus Nangka hingga empuk jika menggunakan nangka fresh.
  3. Jika menggunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan kisar.
  4. Cuci buang tahi /kotoran udang tapi jangan buang kulit udang untuk mengekalkan kemanisannya.

Lagi entry Nangka klik di bawah:
  1. Gulai Nangka Muda dan Ayam
  2. Rendang Pedas Nangka 

Thursday 2 February 2012

Lovely Kitchen dalam Majalah Jelita Februari 2012


Wilma Mohammad sebagai Cover Majalah Jelita Februari 2012

Terkejut? Tak percaya? Ye ke? Ishhh apa plak ni...biar betul? Itulah yang bermain di fikiran masa mula-mula tengok Blog Lovely Kitchen dalam gambar yang di tag oleh Ida di Facebook. A very big surprise untuk Blog E-na yang kerdil  dan tidak seberapa ini. Alhamdulillah buat pertama kalinya Lovely Kitchen muncul di media cetak. Satu pencapaian baru dan kejayaan bagi Lovely Kitchen dan semua pengunjung Lovely Kitchen. 



Terima Kasih  yang tidak terhingga kepada penulis column 'Cef Blogger' , Cik Norashikin M.Nor dan Majalah Jelita yang memilih  Blog Lovely Kitchen bersama Blog Sweet Vanilla (Raihanna) dan Blog Happy Cooking Time (Ida) untuk di review dalam ruangan baru untuk blogger masak-masak. Walaupun hanya review tapi memberi makna yang begitu besar pada E-na dan Lovely Kitchen. Semoga perkongsian ilmu yang tiada batasnya akan lebih luas tersebar dan kita sama-sama mendapat keberkatan. Insyaallah...


Sebagai ingatan dan kenangan manis E-na dalam dunia blog, E-na publish di bawah ini keratan review tentang Lovely Kitchen.


Bagi E-na, column baru ni bagus untuk memperkenalkan blogger-blogger masakan yang semakin ramai di alam maya. Selain dapat berkongsi cerita tentang dunia di dapur, dapat  juga menambah kenalan dan ukhwah sesama insan. Thank you very much!


*** Semua gambar credit to Cik Norashikin Md. Nor dan Majalah Jelita (Rasmi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...