Sunday, 20 June 2010

:-> Apam Comel Dot Dot


Apam comel bertambah kiut bila di tambah dengan dot dot di permukaannya. Ada masa dan kerajinan bolehlah buat macam ini tapi kalau tak cukup masa buat je seperti gambar di bawah, plain....cantik juga kan!

Kalau nak buat design macam APAM COMEL INTI STRAWBERRY JAM ni pun boleh...Terpulang pada citarasa masing masing.

Apam Comel Dot Dot Inti Blueberry

Bahan-bahan

(70 biji papercup kecil comel-comel) :

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Pewarna hijau, merah dan kuning

Bahan untuk inti :
  • Blueberry filling secukupnya.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan apam kecuali pewarna ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan paling maxima selama 6-8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag atau bag plastik yang bersih.
  4. Susunkan mangkuk kertas ke dalam acuan lompang.
  5. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas.
  6. Kemudian picitkan blueberry filling secukupnya.
  7. Picitkan lagi adunan yang sama warna sehingga 3/4 penuh.
  8. Kemudian picitkan beberapa titik adunan yang berlainan warna ke atas permukaan apam tadi.
  9. Kukus di dalam pengukus yang telah mendidih selama 10 - 15 minit.
  10. Angkat dan sejukkan. Ulang langkah 4 sehingga selesai. Selamat Mencuba!

Source : Azita Zain

18 comments:

Mummy Nana said...

Alalala.. comel nya apam nie.. nak cuba buatlah nampak cam senang and best jek. Eh senang ke? KEna ada acuan kuh lompang ke?? Kalau xde nak ganti pakai apa ek???

Lovely Kitchen said...

Mummy Nana : acuan kuih lompang tu utk protect paper cup tu supaya tak lembik dan tumpah adunan tu...E-na guna acuan lompang...errrmmm kalau xde cuba guna acuan yang lebih kurang sama saiz dgn paper cup...acuan tart ke muffin ke....

Aiyu Esa said...

cutenya apam nie..dah la tgh lapo pagi2 buta nie..terliur tgk...:)

Mummy Nana said...

Owh.. ok..ok.. good idea gak tu... tapi nak kena cari saiz kecik pulakkan kalau tak xmuat masuk kukus elektrik?? Haish byk dugaan tul..heheh.. kalau duk jepun leh singgah jek mintak skit.... heheh
tenkiu2 for the tips nanti kalau berjaya buat post kat blog..

Lovely Kitchen said...

Aiyu Esa : cute ek..kenit2 je tu sekali ngap je..hihi...meleleh tak air liur...nah tisu lap sikit...;-)

Lovely Kitchen said...

Mummy Nana : tu lah dugaan dok kat obc kan...challenging bab2 nak cari bhn2 n peralatan cooking ni.... kalau dok mai buat sama2 he he cepat siap terus boleh makan ramai2 kan...he he
k all the best!

Ila said...

E-na : rajinnyer... siapada dot-dot lagi...

Ibu Mifzal Arsyad said...

mmg comel...leleh air liur dah ni...

Sari Yusa Ibrahim said...

wah... comel sungguh, siap ada 2 versi, versi rajin & versi malas ya... hihi

nOOrsha said...

cumeln ya apam tu...heheheh..macam mushroom pun ade....mesti anak2 lg teruja nak makan kan... :)

pUtRi_sayaNg said...

wow! msti sdap klau pkai inti strobery.. huhuuu.. nyum2

Lovely kitchen said...

Ila : kalau ada masa buatlah dot dot...klu nak cepat, wat yg plain je...abis juga bdk2 ni mkn..hihi

Lovely Kitchen said...

Ibu Mifzal Arsyad : cepat cepat! ambik tisu ni lap air liur tu kang menitik lak atas apam tu...hikks

Lovely Kitchen said...

Sari Yusa Ibrahim: mmg kena ada versi yg nak cepat siap or time kemalasan melanda kan! ikut angin gak..kikiki

Lovely Kitchen said...

noorsha : ye lah noorsha anak2 dara kat umah ni mmg suka benda2 kiut miut...cepat je nak terkam...

Lovely Kitchen said...

putri sayang : betul tu boleh guna inti kesukaan anda..

sweetie2010.blogspot said...

Salam E-na,

Suka Sweetie tengok apam ni, kemas dan comel-comel jer apam ni.Nak try lah pulak.

Lagenda said...

rasa cam nak geget je apam tuh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...