Sunday 7 April 2013

Pokok Terung Panjang


6 pokok anak terung panjang semasa proses pengalihan ke dalam pasu


6 pokok anak terung panjang di dalam 5 biji pasu. 2 anank pokok terpaksa share pasu..


2 pokok yang terdedah di bawah cahaya matahari cepat membesar.



Manakala 4 pokok terung panjang yang agak terlindung dari cahaya matahari lambat sedikit pembesarannya. Gambar di bawah setelah di alihkan ke kawasan direct sunlight.



Pokok-pokok terung sudah memerlukan kayu penyokong untuk menyokong tumbesarannya. Angin di kawasan rumah E-na agak kuat bimbang pokok terung akan patah jika tiada penyokong. Nampaknya kena pi beli batang PVC kat kedai hardware sebagai penyokong pokok.



Monday 1 April 2013

Pak Choy Green / Sayur Pak Choy Kecil


Biji benih Green Pak Choy




 Antara cabaran menanam Pak Choy kali ini adalah suhu panas yang melampau dan kekerapan pulang ke kampung menyebabkan Pokok Pak Choy Green tidak sempat di belai sepenuhya. 




Ada sebiji benih sawi sesat dalam benih Green Pak Choy.
 Daun-daun Green Pak Choy subur menghijau tanpa sedikit pun serangan ulat atau serangga perosak...Alhamdulillah.
 Hasil tuaian separuh dari pokok yang ditanam.

 Pak Choy goreng oyster untuk dinner kami sekeluarga. Lembut seperti yg dibeli di kedai. Projek tanaman Pak Choy berjaya dengan tiada serangan ulat. Sungguh puashati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...