Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Tuesday, 9 August 2011

:-> Jus Carrot Susu


Bila puasa dengan cuaca panas dalam kepala mesti fikir air apa nak buat untuk berbuka. Carrot Juice antara minuman pilihan kegemaran ramai. Nak buat pun senang kan. Air carrot susu aka juice carrot susu sedap dan berkhasiat. 


Anak-anak yang tak sukakan carrot sebagai sayur mungkin bila di buat juice begini, mereka akan menggemarinya.


RESEPI JUS CARROT SUSU
4-5 orang

Bahan-bahan:
  • 4 batang carrot
  • Gula (anggaran 2 sudu besar)
  • Susu Pekat Manis (anggaran 6-8 sudu besar) / Fresh Milk
  • Air masak secukupnya 
Cara-cara
  1. Carrot di cuci dan dipotong kecil. 
  2. Blend carrot dengan air.
  3. Tapis ke dalam jug.
  4. Kemudian blend lagi carrot yang telah di tapis tadi sehingga betul2 menjadi hampas (tiada lagi air carrot) dan tapis.
  5. Masukkan gula dan susu pekat manis secukup rasa bergantung kepada kemanisan masing-masing. Kacau sehingga gula hancur. Tambah air jika terlalu pekat.
  6. Untuk menghidang, masukkan ais ke dalam cawan dan tuangkan jus carrot. Sedia untuk di minum. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Dapat menghasilkan lebih kurang 1.5 liter jus carrot tanpa ais.


TIPS LOVELY KITCHEN

  • Jangan blend carrot bersama dengan susu atau gula. Rugi lah susu / gula lekat pada hampas carrot kan..blend je dgn air masak dulu lepas tapis baru campurkan susu dan gula...:)


Sunday, 7 August 2011

:-> Air Soya Pandan



Soy Milk atau Tonyu di Nihon rasanya tawar dan agak pekat jika dibandingkan dengan susu soya kotak di Malaysia. Jadi untuk menyedapkan rasa air soya mengikut tekak kami sekeluarga, E-na tambah gula dan air yang di masak bersama daun pandan untuk lebih harum baunya.



Di bawah ini ada gambar 2 jenis Tonyu yang E-na guna. Boleh di dapati di Jusco / AEON atau mana-mana supermarket.



Gambar kredit to K.Farah

RESEPI AIR SOYA PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 kotak tonyu 1000ml
  • 500ml air
  • 100g gula
  • Sehelai daun pandan ( 10 inci panjang)

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih dengan api sederhana.
  3. Sejukkan.
  4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas.
  5. Tuang air soya ke dalam gelas dan sedia untuk di minum...;p
  6. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan beberapa hari. Tak pasti la pula berapa lama sebab kat umah ni kalau simpan pun hari kedua dah habis.



Harga untuk 2 jenis tonyu di atas.....198 yen dan 270 yen...pilihlah yang mana berkenan...Bagi kami dua-dua pun sedap!

Wednesday, 25 August 2010

:-> Air Cendol Berkasih





Air Cendol Berkasih di beri nama sebab ada sepasang cendol di dalam resepi ini. Cendol bewarna hijau dan cendol berwarna merah. Kalau tambah lagi satu cendol berwarna kuning mungkin namanya jadi Air Cendol Keluarga Bahagia...kikiki



Resepi Air Cendol Berkasih
Bahan-bahan:
Cara Menyediakannya:
  1. Masukkan Cendol Merah dan cendol Hijau ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan pula ais yang telah di sagat/ mesin halus.
  3. Siramkan dengan santan / fresh milk dan air gula di atasnya.
  4. Gaul rata sebelum menikmati air cendol berkasih ini. Selamat mencuba.


Resepi Air Gula Pandan
Bahan-bahan:
  • 200 ml air
  • 350 gram gula melaka
  • 150 gram gula pasir
  • 5 inci daun pandan
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk.
  2. Didihkan sehingga semua bahan hancur.
  3. Tapiskan sebelum di guna.
NOTE
  • Sukatan air gula pandan ini cukup untuk bancuhan 4 cawan tepung cendol.



Resepi Santan Pandan
Bahan-bahan
  • 1 cawan santan segar / santan serbuk 50g + 200ml air
  • 5 inci daun pandan
  • secubit garam
Cara menyediakannya:
  1. Masak santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih.
  2. Angkat dan sejukkan.

Note
  • Boleh tambah sedikit tepung jagung semasa memasak untuk memekatkan santan.


:-> Cendol Tepung Beras dan Cendol Tepung Jagung



Air Cendol adalah antara menu wajib di bulan ramadhan semasa kecil-kecil tinggal dengan mak dulu. Mak E-na guna acuan cendol khas dari tempurung kelapa yang besar dan telah di tebuk lubang. Sayangnya acuan tersebut dah pecah...maklumlah dah lama sangat.

Cendol ni E-na buat untuk berbuka Sabtu lepas. Siap tepon mak tanya resepi cendol. Biasanya Mak E-na guna tepung beras. E-na buat guna tepung beras dan tepung jagung. Kualiti tepung beras kat sini tak sama mcm yang kat mesia tu (tepung beras thai)....cendolnya jadi lembut sangat dan mudah patah.


Resepi Cendol Tepung Beras

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Beras teksturnya lebih lembik dan mudah hancur tetapi rasanya sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.






Resepi Cendol Tepung Jagung

Bahan-Bahan:
  • 1 cawan tepung Jagung
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna merah (apa-apa warna kesukaan anda)

Cara Membuatnya :
  1. Sediakan bekas yang mengandungi air sejuk / air paip. Ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan-bahan dia atas ke dalam periuk non-stik. Kacau supaya semuanya sebati.
  3. Kemudian masak dengan api yang sederhana dan sentiasa di kacau supaya tidak berketul.
  4. Kacau sehingga masak dan adunan berkilat.
  5. Ketika masih panas masukkan adunan ke dalam acuan cendol dan tekan ke dalam bekas yang berisi air sejuk tadi.
  6. Proses menekan cendol hendaklah dilakukan dengan pantas. Adunan yang sejuk akan menyukarkan proses menekan cendol.
  7. Boleh di simpan di dalam peti sejuk bersama dengan airnya sekali. Sedap di makan bersama santan atau fresh milk dan air gula, di buat puding atau sebagai bahan campuran di dalam Air Batu Campur.

NOTE :
  • Cendol Tepung Jagung lebih pejal dan tidak mudah patah atau hancur. Rasanya juga sedap.
  • Lebih sedap dan harum jika menggunakan air daun pandan.
  • Tidak perlu masukkan air kapur jika menggunakan tepung jagung.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...