Semalam masukkan gambar jer...atas permintaan As Yamagata dan untuk rujukan pada yang berminat, ari ni E-na taip lak resepinya...harap As berpuas hati yer...Sukatan air tu adjust ikut jenis beras yang digunakan yer.
Nasi Lemak Hujan Panas - Lovelykitchen
Bahan-bahan ( 4 orang )
- * 2 mug beras (dicuci bersih)
- * 1/2 mug santan pekat
- * 2 mug air(ikut jenis beras)
- * 1 biji bawang putih (di mayang halus)
- * 1/2 inchi halia (di ketuk / dihiris halus)
- * 1/2 sudu kecil halba
- * 1 sudu kecil garam
- * Sehelai daun pandan
- * Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
Cara Membuatnya :-)
- Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker KECUALI pewarna.
- Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
- Bila nasi telah kering, baki 2 minit sebelum nasi masak, buatkan 3 lubang. Titiskan setitik warna...satu warna untuk satu lubang.
- Kacau nasi di setiap bahagian warna, jangan di kacau secara keseluruhan lagi.
- Selepas 2 minit nasi masak barulah di kacau secara keseluruhan supaya berwarna warni seperti warna pelangi selepas hujan panas...tu le sebabnya di panggil NASI LEMAK HUJAN PANAS.
- Sesuai di makan bersama sambal tumis, timun, telur rebus/goreng, sambal sardin atau apa sahaja lauk kegemaran anda. Selamat mencuba.
- *gambar kecik kat atas tu SARDIN SERAI... Tumis bawang putih & bawang merah dan sedikit halia. Masukkan sardin dan sebatang serai yg diketuk. Masukkan sedikit air dan cili api. Campurkan sedikit air asam jawa. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan perasa. dah siap!
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
5 comments:
Kita tak pernah dengar n buat nasi lemak hujan panas ni..selalunya nasi hujan panas jer..makan ngan ayam masak merah atau udang yg semlm E-na buat tu..
lagi satu kalau sardin kita selalu buat sambal tumis jer x pernah pulak letak serai ..lepas ni nak try lah..tq Ena-for the resepi..
Salam Ena....
Selamat kenal2...thx singgah blog akak tu.. :)
Wahhh sedapnya nampak ena buat nasi lemak ujan panas nih...boleh la akak try buat stail ena pulak pasni...pelbagaikan rasa :)
Azmiezas : Namapak cam nasi hujan panas tp rasa nasi lemak he he...try ler bebila senang...
Fzi : Wsalam kak...selamat kenal..tq singgah n follow lovelykitchen...bole sgt kak..sila2
Best nye nasik lemak.. kalerful pulak tue... lain kali buleh try ubah kaler macam akak buat nie... asik2 hijau asik2 putih je :)
Ijan : sajer ijan kasi menarik tertarik...
Post a Comment