Saturday 7 July 2012

Photo shoot Pokok


Segarkan mata dengan kehijauan pokok-pokok di sekitar villa5522...Baru ada beberapa jenis tanaman yang boleh di makan atau digunakan dalam masakan. E-na masih mencari pokok-pokok lain untuk di tanam. 

Pokok Kesum

Pokok Limau Purut


 Pokok betik yang semakin besar, sudah melepasi giant ladybird.


Kunyit? Masa ambil di rumah mak takde daun, ingatkan kunyit... bila daun dah kembang nampak lain macam je..ambik cium errrmmm memang sah bukan pokok kunyit. Nanti nak tanya mak pokok apa ni...


Pokok Kucai


 Pokok Kari

Pokok Kaduk


 Pokok Pandan

 Limau Kasturi...Ada 5 6 biji



Pokok Limau Kasturi sedang galak berbunga.

PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522



Friday 6 July 2012

Mini Edible Garden Villa5522


27 June 2012

My neighbour's son,6yrs                                               : 'Cantiknya Acik! sape buat ni?'
Gorgeous Gardener (perasan jap)                                 : 'Acik la yang buat..'
My neighbour's son dengan kuat memanggil mummynya : 'Mummy! mummy! tgk ni acik buat cantik!'

Satu penghargaan dari si kecil yg ikhlas berkata-kata...Alhamdulillah.


What do you think...ada juga sedikit talent dalam lanscaping kan ;p
Mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda memulakan projek taman mini di rumah sendiri...Do it yourself (DIY)

Pokok Kesum yang baru ditanam....sebelah kanan tu kesum yang tanam sebelum ni (klik sini)



Pokok ati-ati merah juga baru tanam 


Moga pelawat Lovely Kitchen sihat ceria kekal cantik dan langsing sepanjang masa...daaaaa


PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522

Tamak ke




 Sebelum




Selepas (21 June 2012)


Projek make over tanah jiran dijalankan setelah mendapat green light...hohohoooo. Bukan tamak ye cuma  suka tengok pokok / rumput subur menghijau.


Tambah kawan di taman mini edible pulak...Pokok Kaduk




PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522

Thursday 5 July 2012

Ladybird BESARRRR



Giant Ladybird sebagai tetamu di mini edible garden...penyeri taman...:))


PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522

Masih Di Mini Edible Garden Villa5522


Aktiviti Taman Mini Edible  pada 17 june 2012. E-na sempat tanam pokok-pokok di bawah...

serai


 pokok kesum


kunyit, pokok bunga kembang 10 dan


letak tanah baru

itu saja..daaaa


Note : Giant Ladybird datang bertamu di taman mini dalam entry seterusnya...tungguuuu!



PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522





Wednesday 4 July 2012

Rumput Philippines



11th June 2012


Sekeping rumput di belah dua dan semua 3 keping yang di beli (klik di sini) E-na tanam dikeliling tapak Mini Edible Garden. Cukup-cukup je. Pokok Kari, pandan dan betik yang E-na tanam dalam entry sebelum ini (klik) nampak elok je hidupnya. Terus hidup subur ye...:))


PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522

Tuesday 3 July 2012

Dari Dalam Pasu Berhijrah Ke Atas Tanah



9th June 2012
Progress hari kedua selepas siap merumput...boleh tengok entry BERSIARAN DARI MALAYSIA. E-na gali 3 lubang untuk tanam pokok betik, pokok pandan dan pokok kari. Pokok kari dan Pokok pandan tu asalnya E-na tanam dalam pasu besar dan dah hidup subur pun. Alihkan ke atas tanah sebab geram dengan kucing2 terbiar yg suka membuang najisnya merata2 dalam pasu.

Tanah yang bertimbun tu penuh dengan batu bata, nampak kan...semua tu nak di buang.  Cangkul kiut miut tu la yang e-na guna untuk berkebun. Walaupun kecil tapi tajam dan sangat berjasa. Beli sebelum pergi jepun lagi tau.

Pasu besar akan kekal di situ sehingga pokok2 semua teguh berdiri....sebagai pagar untuk menghalang dari di terjah bola anak2 di waktu petang...nantikan update seterusnya...:)



PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522


Monday 2 July 2012

Bersiaran dari Malaysia


1st time bersiaran setelah 3 bulan kembali ke tanah air. Masih belum bersedia untuk shooting gambar masakan. Sebagai pengubat rindu pelawat Lovely Kitchen E-na paparkan aktiviti gardening untuk PROJEK TAMAN MINI VILLA5522.

Tanah secoet yang lebih kecil dari kangkang kera ini je la yang ada di Villa5522. Tanahnya memang keras dan banyak batu-bata, kaca, plastik dan macam2 lagi khazanah di dalamnya. Perlu usaha lebih untuk membuang tanah asal dan gantikan dengan tanah baru yang lebih elok.

Proses merumput sahaja mengambil masa 3 hari oleh part time gardener (E-na la tu sape lg). 

Memborong tanah 18 beg, rumput 3 keping, pokok rambutan dan pokok betik....RM59. Tu diaaa tanah dalam bonet keretaku...



 Rumput Philipines antara yang akan E-na tanam di tanam mini nanti.


Dan Pokok betik juga di taman mini. Pokok Rambutan tu plannya nak tanam seberang jalan depan rumah., bukan di taman mini....Tengoklah kalau tanah depan tu mampu kugali....:)
Nanti akan diupdate rupa bentuk TAMAN MINI VILLA5522 seterusnya...harap sabar menanti....Assalamualaikum.


PROJEK MINI EDIBLE GARDEN DI VILLA5522


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...