Monday 10 October 2011

Kek Karamel SBS dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Mula-mula tengok kek karamel rasa macam susah je nak buat. Nampak complicated tapi sebenarnya senang sahaja. Kepada yang ingin mencuba tak perlu fikir panjang terus je buat, Insyaallah kalau baca dan ikut resepi mesti jadi. 

E-na share 1st experience buat Kek Karamel yang cantik menarik ni. Buat untuk di bawa masa jamuan makan di taman dalam entry yang lepas disini. Gambar pun sempat snap sekeping dua je. Bz menyediakan juadah lain masa tu. Bagi yang suka kek span dan puding karamel pasti suka akan rasa kek ini. Lagi sedap di makan selepas disejukkan dalam fridge. Anak-anak suka sangat kek  karamel  tapi papanya kureng sikit kalau kek yang ada bau telur...:p

E-na ikut resepi dari Pn. Munira Baharum tapi loyang 7 x 7 inci  x 2 inci tinggi yang e-na guna tak muat untuk adunan kek karamel ini..mungkin kalau loyang 3 inci tinggi just nice. Guna loyang 8 inci lebih selamat, cuma lapisan puding karamel agak nipis. Kalau tengok gambar diatas lapisan puding karamel agak nipis...anak2 e-na request nak puding banyak...Jadinya kali kedua E-na buat puding versi 'thick caramel pudding cake' last friday.     Tunggukan kemunculannya nanti...x larat nak taip hari ni, kepala bingung tak cukup tidur pi berjalan di padang pasir. 

Cuma kek karamel E-na merekah di permukaan semasa di bakar. Mungkin oven E-na 160 degree agak panas untuk kek ini atau 1 sudu kecil baking powder terlalu banyak...errmmm e-na pun masih mencari sebab kenapa kek E-na merekah tapi rasanya dan teksturnya tetap vogue!

Bahan-bahan, kaedah dan cara membuat kek karamel dibawah telah E-na mudahkan mengikut kesesuaian. Nampak je panjang tapi senang nak buat, percayalah! Jom buat dan rasainya sendiri. Resepi KEK PUDING KARAMEL PELANGI klik disini (versi puding lebih tebal)...




RESEPI KEK KARAMEL
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Taburkan gula di dalam loyang kek. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. Rujuk gambar 2
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. Rujuk gambar 3.
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding:
  • 200ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 70 gram gula castor
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun. Rujuk gambar 4.
  2. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  3. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  4. Semasa memasukkan bancuhan puding gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  5. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.


Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 8.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. Rujuk gambar 7.
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. 
  10. Boleh sudukan seperti gambar 9  atau di buat secara marble.
  11. Panaskan oven 160 degree.
  12. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak.
  13. Biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  14. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  15. Segera lap lebihan air gula yang meleleh secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
  16. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.


  1. Masukkan air ke dalam tray oven kemudian letakkan loyang berisi kek di atas tray berisi air tadi kemudian bakar di dalam oven. Atau...
  2. Masukkan air ke dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek. Kemudian letakkan loyang kek ke dalam loyang berisi air dan bakar di dalam oven.

TIPS MEMBUAT KEK KARAMEL DARI LOVELY KITCHEN
  • Kek akan basah jika terlalu banyak air gula. Jadi sebaiknya minimakan penggunaan gula untuk gula hangus. 2 sudu besar sudah memadai. Boleh guna 1 1/2 sb sahaja jika tidak mahu air gula meleleh banyak semasa proses terbalikkan kek. 
  • Kacau adunan puding perlahan-lahan jangan sampai berbuih untuk dapatkan tekstur puding yang licin mulus tidak berlubang-lubang kemudian tapis.
  • Untuk dapatkan meringue yang gebu kental, jangan sesekali termasuk kuning telur ke dalam adunan putih telur walaupun sedikit. Jika bercampur dengan kuning telur, meringue tidak akan menjadi...kesannya kek tidak gebu. Pastikan semua peralatan untuk meringue kering dan tidak berminyak.
  • Segera lap air gula yang turun semasa terbalikkan kek. Sebolehnya jangan bagi kek dibasahi dengan air gula supaya kek kering cantik semasa dipotong.


Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Sweet Comments dalam entry 'Rendang Tok Resepi 1'. Thanks... 

Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda.

19 comments:

Mas said...

wahhhhh...cantiknya kek karemel ena tu....
nampak pun gebu jerk....

EmbunRosaliza said...

Assalam e-na, bila tgk cantik je kek e-na tu, teringin gak akk nk cuba hhu. cantik sangat kek tu

TeQah Khaire said...

whoah menyelerakan lah ..

nyum2 (:

kerepek pisang sedap said...

meriahnya color...mcm x sabar je nak buat tp ada x sukatan yg guna cwn...syukran

K.Nor said...

lawonyer kaler kek ena ni.. cantik :)

Acik Erna said...

cantiknya kek ina ni..campuran warna nya menarik sangat..

Nomie's Cakes by Piqa Bakery said...

Macam nak try je buat kek ni..thanks dear:)

Unknown said...

aduhh, cam susah jek.

sya uat confirm tak jadi...huhuuu

tun_telani said...

wahh.. cantiknyer kek akak.. tun duk tenung2, tp x cukup vitamin R nih. duk 2 org je kat umah nih, nnti tun yg duk makan sorang2.. hehe

Soo Hae Daa said...

huhuh..nangis tgk kek kt sini..cntiknye...confirm2 la sedap nih...

Soo Hae Daa said...

erm, kak...lupa nk tya..nape nama kek ni kek karamel sbs? mula2 bc cam channel korea lak SBS tuh..ehheeh =p

Yana Shaiful said...

Salam kenal Ena..cantik tgk kek karemal ni..yana dh bt minggu lepas tp kejadiannya agak mengecewakan..kek xnak naik..rsnya nk try bt dgn resepi Ena pula..kot2 menjadi..:=)

::Azura Rahman:: said...

wah cantik bangat.. rasa cam nk cuit skit kek tu.. huhu..

Chah said...

hurmm..sangat ebat..sebelum ni semua berbelang2..ni berpetak2...mengganggu minda betullah tengok kek yg mengancam nih..tq tunjuk ajar step by step tu...

quinnie said...

salam ena..cantik la buat belang2 cam tu..:) saya buat kek ni guna rak paling bawah masa bakar tu...alhamdulillah kek elok naik dan tak merekah..mula2 risau gak..takut tak masak...masak 1 jam elok je..:)

cik ain | sweet thots said...

cantiknya ... ena mmg kreatif lah!

imransyakir said...

terliur sy tgk ni..adoi lapar laaa

Mulan said...

waalllaaaaa.... cantik nya & mesti sedaaapppp sangat2 ni..

tapi tapi kan, oven kita dah meroyan.. nak kukus boleh ke..? sedih ni nak raya oven buat hal..

Anonymous said...

Cantiknyee. Saya dah byk kali try. 2 kali je menjadi. Thanks for the tipsss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...