Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.
Since yesterday badan rasa nak demam tak demam, flu pun dah singgah ni...mulalah rasa nak lepak golek-golek guling je...ok E-na nak share menu favorite oghe klate, Ayam Percik. Biasanya kuah percik bewarna putih, kalau nak pedas dan kuah bewarna merah lebihkan cili kering. Selain ayam, ikan pun sedap dibuat percik. Dan satu lagi percik jantung pisang...fuhhh!! dapat pulak yang mak masak, memang terangkat!
RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN
(4-5 Orang)
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam berat 1kg
- 3 ulas bawang putih
- 20 gram halia (1 inci)
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-cara:
- Ayam di belah 2 dan di bersihkan.
- Tumbuk halia dan bawang putih sehingga hancur dan satukan dengan garam dan serbuk kunyit.
- Lumur bahan tadi pada ayam dan perap sekejap dalam 30 minit. (nak perap lama pun boleh, lagi sedap)
- Sambil menunggu ayam di perap sediakan kuah percik seperti dibawah.
Bahan-bahan Untuk Kuah Percik:
- 200 ml santan pekat dalam tin
- 400 ml air (agak2 ni)
- 7 biji cili kering
- 3 batang serai
- 20 gram halia / 1 inci
- 70 gram bawang merah / 5 biji
- 2 ulas bawang putih
- 1 keping asam gelugor / asam keping
- 1 sudu kecil gula (ikut citarasa anda)
- 1 sudu kecil garam (ikut citarasa anda)
- perasa jika suka
Cara-cara:
- Cili kering dibuang biji dan di rebus sekejap sampai lembut.
- Buang air rebusan cili dan bilas dengan air paip sehingga air jernih.
- 2 batang serai dihiris nipis.
- Kisar cili kering, serai, halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga hancur.
- Panaskan 2 sudu besar minyak masak.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi / agak garing bawangnya.
- Masukkan santan dan air.
- Kemudian ketuk 1 batang serai dan masukkan ke dalam kuah bersama asam keping.
- Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan kuah pekat.
- Masukkan gula, garam dan perasa.
- Seimbangkan rasa pedas, masin dan masam. Keluarkan asam keping jika kuah sudah cukup rasa masam.
- Bila kuah dah cantik naik minyak boleh tutup api.
- Kemudian boleh bakar ayam. Alas aluminium foil di atas tray oven. Lipat keliling aluminium foil setinggi 2cm sebanyak 2 kali lipat. Ini untuk mengelakkan air ayam mengalir di atas tray.
- Sapu rata minyak masak di atas permukaan aluminium foil.
- Letak ayam di atas aluminium foil dan titikkan minyak di atas ayam supaya tidak kering.
- Bakar dengan suhu 220 degree selama 15-20 minit. Kemudian terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit.
- Kemudian lumurkan / curah kuah percik di atas ayam dan bakar lagi dengan suhu 230 degree selama 10 minit.
- Terbalikkan ayam dan lumurkan kuah percik pada bahagian satu lagi. Bakar selama 10 minit supaya kuah meresap ke dalam ayam.
- Semasa menghidang curahkan lebihan kuah ke atas ayam. Sedia di makan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani atau apa sahaja nasi pun boleh. Selamat mencuba dari E-na Lovely Kitchen.
Note :
- Asalnya yang mak E-na ajar tak perlu ditumis kuah percik, terus je masuk masuk sekali arung semua bahan dalam kuali dan kacau sampai pecah minyak dan pekat. Tapi sebab E-na guna santan tin, kalau tak tumis baunya macam tak wangi dan tak pecah minyak la kuah percik E-na....kurang seri...he he
- Suhu bakar ayam juga bergantung pada oven masing2...
- Kalau dah cuba resepi ini boleh tinggalkan message untuk E-na backlink blog anda....
Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry KEK PUDING KARAMEL PELANGI. Thanks...
Klik 'LIKE' jika entry ini memberi manfaat kepada anda.


