Showing posts with label Bahan Masakan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Masakan. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Chahan Soba Setto dan Gambar Soba Segera


Menu  lunch di kala ada leftover gohan yang tidak dijadikan nasi goreng untuk breakfast. Biasanya Breakfast dah ada menu lain, bila nak masak untuk lunch ada baki nasi semalam tapi tidak cukup untuk kami ber empat (Damia kat skul) E-na akan goreng nasi dan makan bersama set soba atau apa-apa jenis maggie sebagai tambahan. Kali ni E-na masak Nasi Goreng Daging. 


Hubby dan kids memang peminat soba.... mula-mula sampai nihon bau soba pun E-na tak tahan...tapi sekarang dah boleh makan, syarat mesti masa panas-panas, buh negi byk2 dan red pepper atau serbuk cili kasi pedas...Soba + ebi tenpura yang fresh kat kedai lagi heaven!

Ni satu-satunya soba instant yang boleh di makan. Kalau nak berjalan jauh biasanya kami akan bawa stok soba instant. Bila bekal yang di masak habis atau rasa nak panaskan badan di waktu kedinginan berhenti je mana-mana combini (convenient store such as 7E kt mesia) untuk ambil air panas masak soba segera ini.  Ada masa susah nak dapat roti atau makanan yang boleh di makan walaupun banyak combini. Jalan paling senang dan selaamat bawa stok soba instant dalam kereta. Bila-bila bole makan...


 Lagi gambar soba instant...kepada yang berminat boleh cari kat Aeon atau Jusco atau mana-mana pasar raya.

Wednesday, 9 November 2011

Ayam Tandoori Goreng Rempah Pakistan dan Gambar Perencah Tandoori di Jepun






Bertambah lagi satu bahan masakan di jepun yang boleh di makan. Perencah Tandoori Maggi Nestle yang di pack di Kobe,Jepun. Hubby tengok ramuan yang diguna tidak mencurigakan. Satu kotak  sebelah kiri dalam gambar dibawah ada 5 pack kecil (1 pack utk 1kg ayam). Rasanya pun sedap. Boleh menjadi pengganti perencah tandoori Maggi Malaysia(klik) yang telah habis. Ada di jual di  Amica (klik).


E-na campurkan dengan perencah Tandoori dari Pakistan (kotak kiri dalam gambar di atas, ada di jual di Halalya - klik dan Zafar Halal Food Store Kanayama - klik). Memang sesuai dan rasanya wallla...best! best! Mula-mula dulu E-na guna Rempah Tandoori Malaysia buat seperti resepi di bawah. Hubby dan anak-anak minta buatkan lagi tapi perencah tandoori dah abis stok. Nasib baik jumpa perencah tandoori yang ada kat jepun, tak perlu pos dari Malaysia lagi.

Perencah Tandoori Pakistan tu kalau guna dia saje tak kena dengan tekak isi rumah E-na. Rasa rempah dia lain sikit. Tu yang dapat idea campurkan dengan rempah tandoori Malaysia...sedap pulak kejadiannya. Jom cuba resepi simple tapi tak jemu di makan. Gaul je sekilo ayam pastu frozen dalam ziplock plastic kecil2 untuk sekali goreng. Bebila nak makan defrost kejap dan goreng. Kalau nak bakar pun boleh...mana-mana yang senang lah ye.

RESEPI AYAM GORENG TANDOORI REMPAH PAKISTAN

Bahan-bahan:
  • 1 kg ayam di bersihkan.
  • 35 gram Perencah Tandoori Maggi 
  • 1 sudu besar perencah Tandoori Pakistan
  • 1 sudu kecil garam halus (kurang pun bole)
  • Perahan lemon / limau nipis secukupnya.
Cara Memasak:
  1. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  2. Lumurkan pada ayam, perap sekurangnya 30 minit.
  3. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Bakar pun boleh.
  4. Hidangkan ketika panas. Sedap di makan begitu sahaja atau di makan dengan segala jenis nasi.

Backlink sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas Lovely Messages dalam entry RED VELVET CAKE DAN SALAM AIDILADHA . Thanks...

Thursday, 3 November 2011

Takenoko aka Rebung di Jepun





Sebelum masak untuk lunch  semalam E-na sempat ambil gambar rebung kat atas ni. Tengah malam tengok n3 Ika Cheese Burger ada lovely mesage dari Ita Yokohama bertanya tentang rebung di jepun. Macam tahu-tahu je E-na ada ambil gambar rebung...ada sense ye ita...he he...

Rebung ni orang jepun panggil takenoko. Omputih kata Bamboo Shoot or Bamboo Sprout. Takenoko adalah antara sayur kegemaran mereka dan senang di dapati di mana-mana supermarket. Yang biasa ada di Tachiya 2 jenis pack. Yang besar seketul macam dalam gambar dan yang saiz kecil-kecil di pack 3 or 4 ketul dalam satu pack.  E-na biasa beli di Tachiya yang besar ni sebab murah sikit.

E-na masak lemak cili api ketam bersama rebung untuk menu lunch dan dinner semalam. Rebung ni sedap juga di goreng sambal, goreng dengan daging/ udang, kari, kerabu, atau buat ulam. Cara guna cuma belah 2 dan hiris nipis. Kalau nak lagi kecil boleh belah 4 kemudian hiris nipis. Kemudian basuh dengan air dan sejatkan / tos...dan boleh di masak macam biasa. Kalau nak buat ulam cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa pun sedap. Cuma didihkan air  dalam periuk kemudian masukkan rebung yang telah di potong dan dibersihkan tadi. Celur sehingga lembut tapi jangan sampai lembik tak sedap pula. 

Ok itu saja info tentang bahan masakan di jepun kali ini. Moga sedikit sebanyak memberi menfaat pada semua. Hari ini public holiday di Jepun...yehaaaa cuti!! Breakfast hari ni pun di taja oleh student yang cuti dari lab...Nanti E-na upload menu breakfast kami pagi ini special air tangan my beloved...he he....




Saturday, 1 October 2011

Susu Pekat Manis di Japan


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi info ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.



Kawaiiii kan mooo pakai bunga...Ini lah susu pekat manis yang ada di jepun. Biasanya nihonjin makan ichigo / strawberry dengan susu bukan celup chocolate macam Siti Nurhaliza suka tu ye...Jadinya disini susu pekat manis di jual di dalam tiub (macam tiub ubat gigi lebih kurang) supaya senang masa nak makan ichigo, cuma picit sahaja. Tapi ada juga yang di tinkan sebegini.

Selain susu pekat manis, susu cair pun ada  di jual di dalam tin seperti gambar. Kat mana? Carilah di Jusco , AEON atau di Amica. Bagi Warga Nagoya harga susu pekat manis di Amica murah sedikit berbanding dengan JUSCO. 

Untuk Adik Fatin yang bertanya tentang susu ini  dalam entry Kek Chocolate Cheese Comel semalam harap berpuas hati dengan penerangan di atas. Sekian info kali ini....Happy Shopping dari Lovely Kitchen!

Lagi info barang di jepun klik di bawah:

Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Tuesday, 27 September 2011

:-> Kangkung Goreng Belacan Udang



Kangkung di Jepun biasanya di jual dalam musim panas / natsu sahaja. Satu pack plastik seperti dalam gambar di atas harganya 158yen untuk 100gram di JUSCO / AEON. Di Nagoya ada Tachiya yang menjual barang basah dan keperluan harian dengan harga lebih murah. Kangkung 2 plastik = 200gram baru 150 yen.

Kangkung juga sedap dijadikan ulam mentah cicah budu, sambal belacan atau sambal kelapa.. Boleh juga di celur makan bersama nasi lemak atau sebagai ulam.


RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN UDANG

Bahan-bahan:
  • 200 gram kangkung
  • 7 ekor udang sederhana
  • 7 gram belacan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji cili api
  • 1 biji cili besar merah dihiris
  • garam dan perasa
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Kangkung dihiris asingkan batang dan daun bersama batang halus.
  2. Cuci bersih.
  3. Udang dibersihkan. 3 ekor udang di buang kulit dan dipotong kecil. 4 ekor lagi tinggalkan kulit dibahagian ekor udang sahaja.
  4. Bawang putih, bawang merah, cili api dan belacan di tumbuk.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Masukkan 2 sudu besar air ke dalam lesung batu dan kacau bahan tumbuk supaya bergaul dengan air.
  7. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
  8. Masukkan udang, garam dan perasa, kacau rata.
  9. Kemudian masukkan batang kangkung, cili merah, kacau sekejap. Jika kering tambah sedikit air.
  10. Masukkan daun kangkung, kacau, cukup rasa tutup api.
  11. Hidangkan bersama nasi putih. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

Tuesday, 20 September 2011

:-> German Cookies SBS dan TIPS


Klik button 'Share' di sebelah kanan untuk berkongsi resepi ini di Facebook bersama rakan-rakan anda. Sharing is Caring...TQVM.

Biskut yang cair di mulut, menggunakan bahan-bahan yang simple tapi hasilnya sedap! E-na buat 3 adunan untuk raya. Buat Seminggu sebelum Hari Raya, tak sampai seminggu selepas raya tinggal balang kosong. Itupun sorok sikit untuk Hari Raya Pertama. Dah tau kalau display mesti licin sebelum raya lagi.



Penyediaan German Cookies juga mudah dan cepat. Tidak terhad untuk hidangan pada hari raya tetapi sesuai juga di jadikan kudapan sampingan hari-hari biasa. Resepi asal dari Hearty Bakes dan di kongsi oleh Rima. Thanks keduanya. E-na cuma tabur coloured chocolate rice di atas german cookies untuk menaikkan serinya.


Potato Starch yang E-na guna untuk buat German Cookies.

RESEPI GERMAN COOKIES
(~60 biji)


Bahan-bahan:

  • 125 gram butter
  • 125 potato starch / tepung kentang
  • 80 gram tepung gandum
  • 40 gram gula icing (E-na guna powdered sugar)

Cara-cara:
  1. Ayak tepung kentang bersama tepung gandum. Ketepikan.
  2. Putar butter dan gula icing sehingga putih dan kembang.
  3. Masukkan campuran tepung yang telah di ayak dan gaul rata menjdai doh yang lembut.
  4. Bulatkan menjadi sebiji doh besar. 
  5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  6. Kemudian scoop adunan menggunakan 1/2 sudu besar. Rujuk gambar 1.
  7. Bulat-bulatkan dan susun di atas tray pembakar. Rujuk gambar 1.
  8. Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga membentuk corak. Rujuk gambar 2.
  9. Tabur chocolate rice coloured di atasnya. Rujuk gambar 3. Boleh juga dibiarkan kosong atau di tabur apa sahaja bahan yang anda suka.
  10. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 - 20 minit.
  11. Sejukkan di atas redai.
  12. Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari LOVELY KITCHEN.


TIPS MEMBUAT GERMAN COOKIES DARI LOVELY KITCHEN

  • Sejukkan adunan di dalam peti sejuk untuk memudahkan proses membentuk cookies.
  • Celup garfu di dalam air untuk mengelakkan doh terlekat pada garfu.
  • Untuk mendapatkan doh yang licin dan tidak pecah di keliling cookies, siap bulatkan sebiji terus tekan dengan garfu, siap lagi sebiji tekan terus dgn garfu. begitulah sehingga abis.Jika tunggu semua dibulatkan, doh akan sedikit kering, itu yang merekah bila ditekan dengan garfu. Better ikut tips ini jika buat lebih dari 1 adunan.(gambar di atas masa 1st time buat, belum tau lagi ragamnya).


Klik 'LIKE' jika anda suka dengan entry ini...anda pembakar semangat LK. TQVM!!

Thursday, 25 August 2011

:-> Bubur Pulut Hitam dan Gambar Beras Pulut Hitam Jepun



Bubur Pulut Hitam antara juadah berbuka 17 ramadhan. Baru sempat publish. Maaf untuk semua kawan-kawan dan pengunjung LK yang E-na tidak sempat buat kunjungan balas...Masa begitu mencemburui sekarang...E-na pos entry yang mana sempat dan akan kurang sikit kesibukan selepas raya ketiga, Insyaallah.


Resepi Bubur Pulut Hitam
(4 orang)

Bahan-bahan:
  • 100 gram  pulut hitam
  • 800 ml air 
  • 200 ml santan dalam tin (pekat)
  • 300 ml air
  •   40 gram gula pasir
  •   40 gram gula melaka
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan (E-na guna sejengkal shj, jimat di perantauan..;p)
E-na guna Pulut Hitam dalam gambar ini. Ada di AEON / JUSCO...298yen tak silap harganya utk 100g. Ada satu jenis lagi Pulut Hitam yang ada di JUSCO. 'KUROMAI' 150g, harga lebih murah dari yang dalam gambar. 

Cara-cara:
  1. Basuh dan rendam beras pulut hitam selama 4 jam.
  2. Rebus beras pulut hitam bersama 800 ml air sehingga beras kembang dan air kering.
  3. Satukan 300ml air dan santan pekat. Masukkan ke dalam periuk beras bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula melaka dan secubit garam.
  4. Kacau sehingga mendidih. Tutup api. Sedia di hidangkan sewaktu masih panas atau selepas disejukkan di dalam peti. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
NOTE : Kemanisan dan kepekatan kuah bergantung pada citarasa masing-masing.

Wednesday, 17 August 2011

:-> Pisang Goreng ke Tempura Pisang


Pisang Tanduk Goreng di Malaysia, tapi di Jepun dah jadi Tempura Pisang Tanduk. Sejak dok kat sini E-na guna tepung tempura untuk buat goreng pisang. Tidak perlu nak campur tepung bagai hanya tambahkan air mengikut sukatan di belakang pack tepung  dan sedikit garam. Memang ranggup sangat. Dari pertama kali mencuba kami dah jatuh chenta dengan tepung tempura yang tip top ni. E-na pos kat mak lagi untuk try.

Memang ranggup dan sedap! Cubalah...


 E-na suka pisang yang di potong nipis untuk goreng..baru terasa tepung dan pisang sama banyak...nak tau harga sebiji pisang tanduk tengok disini.


RESEPI PISANG GORENG / TENPURA PISANG

Bahan-bahan

  • 1 biji pisang tanduk berat ~800g
  • 150g tepung tenpura
  • 240 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Satukan tepung, air dan garam. Kacau sebati. Tekan-tekan tepung dengan sudu supaya hancur.
  2. Basuh bersih kulit pisang. Keringkan dengan kitchen tissue.
  3. Potong nipis pisang seperti dalam gambar di atas.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana.
  5. Buangkan kulit di sekeliling pisang. Ambil dalam 4-6 keping sahaja untuk sekali goreng (bergantung pd saiz pan anda)
  6. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung.
  7. Bila minyak panas, masukkan pisang yang telah bersalut tepung ke dalam minyak.
  8. Sambil menunggu pisang masak, ulang semula langkah 5 dan 6.
  9. Balikkan bila sudah masak kekuningan. Biarkan masak.
  10. Angkat dan toskan dengan kitchen tissue.
  11. Kemudian ulang langkah 7. Buat sehingga habis. Sedia untuk di makan. Sedap juga di hidang bersama sambal kicap (jika pisang masih separuh masak - belum terasa manisnya). Selamat mencuba dari Lovely Kitchen

Sunday, 7 August 2011

:-> Air Soya Pandan



Soy Milk atau Tonyu di Nihon rasanya tawar dan agak pekat jika dibandingkan dengan susu soya kotak di Malaysia. Jadi untuk menyedapkan rasa air soya mengikut tekak kami sekeluarga, E-na tambah gula dan air yang di masak bersama daun pandan untuk lebih harum baunya.



Di bawah ini ada gambar 2 jenis Tonyu yang E-na guna. Boleh di dapati di Jusco / AEON atau mana-mana supermarket.



Gambar kredit to K.Farah

RESEPI AIR SOYA PANDAN

Bahan-bahan :
  • 1 kotak tonyu 1000ml
  • 500ml air
  • 100g gula
  • Sehelai daun pandan ( 10 inci panjang)

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
  2. Kacau sehingga mendidih dengan api sederhana.
  3. Sejukkan.
  4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas.
  5. Tuang air soya ke dalam gelas dan sedia untuk di minum...;p
  6. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan beberapa hari. Tak pasti la pula berapa lama sebab kat umah ni kalau simpan pun hari kedua dah habis.



Harga untuk 2 jenis tonyu di atas.....198 yen dan 270 yen...pilihlah yang mana berkenan...Bagi kami dua-dua pun sedap!

Saturday, 6 August 2011

:-> Murah Berbaloi-baloi



Semalam shopping barang dapur di Tachiya tengok tembikai banyak dan murah. Sebiji besar berharga 980 yen yang mana biasanya di Jusco / AEON harganya 19++ sebiji. Kami beli separuh 580yen. Kalau bukan bulan puasa memang ambil sebiji besar tu.

Nenas pun murah sangat. 198 yen sebiji! Harga biasa kat Tachiya 298, kalau masa mahal tu sampai 398 yen. Mr. hubby ambil 2 biji. Dah tau kalau nenas murah mesti beli buat jem nenas. Nenas di Jepun biasanya dari Filipina. Berat dalam 1.5 kg sebiji.

Tembikai atau suika di jepun ni manis sangat! Biasanya kalau besar-besar macam ni rasanya memang tidak mengecewakan. Berbeza kalau di Malaysia kan, penjual akan cakap isinya manis tapi bila balik rumah makan rasanya tidak seperti yang diharapkan.

Rasanya nenas 2 biji ni pun balkal menjadi Jem Nenas nanti. Kat umah ni semua peminat tart nenas. Walaupun di luar musim Raya E-na buat tart nenas sebagai kudapan kami seisi keluarga. Sekejap je dah licin.

Suika ni dah makan masa berbuka semalam, maaaanis sangat dan isinya pejal cantik! Balik Malaysia nanti mesti teringat Tembikai di Jepun yang manis.

Monday, 4 July 2011

:-> Pisang Tanduk



Pisang Tanduk muncul lagi! Semalam pergi AEON Chikusa...bila lalu kat bahagian buah mesti nak cari kot-kot ada pisang tanduk lagi...memang rezeki ada dalam 15 biji (siap kira tu..). E-na ambil 2 biji...158yen sebiji. Sedap ni buat goreng pisang atau pengat pisang...yummy! yummy!

Kawan-kawan di sekitar Nagoya kalau nak makan pisang tanduk bolehlah ke AEON chikusa. Banyak lagi tu. Mungkin kat AEON atsuta pun ada juga. Sebab sebelum ni pernah beli kat AEON Atsuta dan minggu yang sama ada juga di AEON Chikusa.

Yang ini pisang tanduk beli di AEON Atsuta, Kanayama awal bulan 5 ari tu.

Sunday, 26 June 2011

:-> Puding Balqis




Semasa proses mencampurkan kedua-dua adunan supaya sebati, adunan puding dan adunan telur yang di pukul tu macam tak mahu berbaik. Yang telur diatas dan adunan puding di bawah. Setelah di kacau lama baru mereka bersatu. Cuak juga takut tak menjadi.


RESEPI PUDING BALQIS

Bahan-bahan:

  • 7 g agar-agar serbuk
  • 1200ml air
  • 200 ml fresh milk
  • 2 biji telur gred A
  • 150g gula
  • 100g butter
  • 1sk esen vanilla
  • Sedikit pewarna merah, kuning dan hijau.
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk, kacau kemudian masukkan gula dan didihkan di atas dapur.
  2. Kemudian masukkan butter dan fresh milk, kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan esen vanila, kacau tutup api.
  4. Biarkan seketika sehingga agar-agar suam-suam panas (20 minit).
  5. Telur di buang tali pusat dan dipukul sehingga betul-betul kembang.
  6. Masukkan adunan agar-agar ke dalam telur dengan perlahan-lahan dan di kacau sehingga sebati.
  7. Ambil 1 cawan adunan dan warnakan merah. Tuang ke dalam corak bunga ros. Biarkan sehingga adunan beku sedikit di bahagian atas.
  8. Ambil 1/2 cawan adunan dan warnakan dengan pewarna hijau. Tuang ke dalam corak daun. Biarkan adunan beku sedikit.
  9. Akhir sekali warnakan lebihan adunan dengan warna kuning dan tuang ke dalam acuan perlahan-lahan di bahagian tepi.
  10. Sejukkan di dalam peti ais. Terbalikkan acuan ke dalam pinggan. Hidangkan ketika puding masih sejuk. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.


Note :

  • Sukatan di atas lembut sesuai untuk di isi di dalam acuan cawan-cawan plastik kecil untuk hidangan. Terus makan tanpa di potong.
  • Kurangkan sukatan air sebanyak 100-200ml jika menggunakan loyang besar supaya puding tidak terlalu lembik dan mudah untuk di potong.
  • Sukatan gula diatas 'just nice', boleh tambah sedikit lagi jika suka lebih manis.

E-na guna agar-agar serbuk di atas untuk buat puding balqis ini. Brand agar-agar yang berbeza selalunya menggunakan sukatan cecair yang berbeza. Gambar hanya sebagai ingatan sendiri dan rujukan pengunjung LK.


Resepi di bawah adalah versi asal Puding Balqis oleh Kak Nor. Letak juga di sini untuk rujukan. Thanks sis!

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 450ml air
  • 150ml susu cair
  • 2 biji telur gred A
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna mengikut citarasa masing2
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

Wednesday, 22 June 2011

:-> Pucuk Paku Jepun


Teringin nak makan pucuk paku. Hubby nampak sayur ni di Tachiya terus beli 2 ikat. 100yen seikat. Ada rupa macam pucuk paku di Malaysia kan, tu yang bagi nama Pucuk Paku Jepun. Ada sesape tahu nama sebenar sayur kat atas?

Kalau pucuk paku di Malaysia, E-na suka buat kerabu, goreng kicap, atau celur buat ulam. Dapat pucuk paku jepun ni memang terus je rasa nak buat kerabu pucuk paku. Masa potong sayur ni terfikir juga kenapa hanya pucuk sahaja yang di ambil...apsal daun yang muda-muda baru nak kembang tak dikutip sekali ye.

Jadi ke kerabu pucuk paku jepun e-na? Sama ke rasa dengan pucuk paku di Malaysia? E-na pun suspen juga masa masak tu...tak sabar nak menikmati rasanya...Nanti E-na cerita dalam next n3 ok...

Tuesday, 13 July 2010

:-> Halba



Gambar halba E-na upload untuk pengunjung yang bertanya masa E-na publish Nasi Lemak Harum Halba. Banyak kegunaan halba dalam masakan bagi yang suka akan baunya. Boleh digunakan untuk memasak nasi lemak, asam pedas, kari, putu halba dan macam-macam lagi. Boleh rujuk Wikipedia untuk info selanjutnya dan boleh juga tengok gambar halba di sini.

Thursday, 1 July 2010

:-> Beras Pulut Jepun aka Mochi Kome


E-na upload gambar beras pulut yang E-na guna di sini. Mungkin ada packaging lain tapi inilah rupa beras pulut jepun pendek-pendek bulat bewarna putih. Yang ini beli di Tachiya. Ada juga di jual di pasaraya-pasaraya lain. Moga berguna bagi yang masih mencari beras pulut di Jepun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...