Friday, 4 December 2009

:-> Banana Crumbs Muffin


Banana Crumbs Muffin ni E-na buat sekali dengan Banana Chocholate Muffin untuk minum petang semalam dan sebagai kudap-kudapan anak-anak hari ini. Muffin ni sedap jugak lembut je dan manis2 kat atas tu...kalau tak suka manis letak sket je crumbs tu...E-na letak penuh je, anak-anak memang suke...lain kali kalau buat boleh masukkan adunan sket then letak crumbs sket dan tutup semula dengan adunan dan tabur crumbs kat atas pulak....sesuai untuk budak2 yang suka manis...mak budak pun suke ni....he he bapak budak je kureeeng benda manis so papanya layan le yang banana chocolate muffin tu...

Muffin ni masa panas-panas tu ranggup je crumbs tu tapi bila dah simpan semalaman crumbs tu lembut dan lembab sket, namun rasanya tetap sedap...Resepi asal guna cawan, yang ni E-na dan guna sukatan metrik...bolehlah pilih yang mana berkenan di hati ye...

Banana Crumbs Muffin (20biji)
Bahan-bahannya:

  • 150g tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 270-300g pisang di lenyek (3 biji pisang besar)
  • 70g gula (3/4 cawan)
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 50g butter- di cairkan (1/3 cawan)
Bahan Tabur:
  • 50g gula perang (1/3 cawan)
  • 2 tsb tepung gandum
  • secubit serbuk kayu manis
  • 1 tsb butter
Cara Membuanya:
  1. Cairkan butter di dalam periuk menggunakan api perlahan.
  2. Panaskan oven 190degree.
  3. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam ke dalam bekas besar. ketepikan.
  4. Di dalam bekas lain masukkan pisang yang dilenyek, gula, telur dan mentega cair dan kacau rata.
  5. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
  6. Sudukan ke dalam acuan muffin sehingga 2/3 dari acuan.
  7. Di dalam mangkuk kecil, satukan gula perang tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Masukkan mentega. Gaulkan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  8. Taburkan di atas adunan di dalam acuan tadi.
  9. Bakar selama 18 minit atau sehingga masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Mamafami
K.zai

14 comments:

Watierman said...

Wah...cute mute muffin dia...!!!Akak berkenan cawan2 tu pun cute juga!!

zarin said...

wah! banana! sedap...ena guna bread crumbs ke apa tu? kat rumah ada banana, boleh cuba wat nih :)

emilia said...

wahh bestnyer lme xmkn muffin..nk buat mls..tumpng mkn boleh kn..:)nk yg coklat tu 2..erm dgn yg ade crumbs tu 2 yer..:)

Azmiezas said...

Sedapnya, lagi cantik dan menawan..mesti sedapkan...

E-na Zarina said...

Watierman: klu berkenan ambik je kak tapi jgn makan ngan cawannya plak! kih kih kih

Zarin : sedap, x rugi mencuba....bkn guna bread crumbs pun..campuran gula perang, tpg gandum ngan butter tu...

Emilia : jemput amy...sila-sila,pilih je yang mana berkenan

Azmiezas : sedap sedap....tak rugi mencubanya he he

Unknown said...

salam..wah rajin buat muffin...akak ambil resepi satay, kuah satay dan jugak rendang daging hitam ek..minta izin c & p jer..

Azura Suhaimi said...

Salam ena, wau sedapnya mefun tuh..

E-na Zarina said...

Kak Ina Kl : Ambik la kak...x kena bayo pun he he

Azura : silalah rasa...

Kak Am said...

cntiknya paper cup dia...!!! sukalah akak nengok.

UmMi 3A/TintaCyber said...

Panadinya E-na pilih resepi utk makanan anak2 dan suami..mesti
anak2 e-na kesukaan makan muffin tu..:)

indahhouse said...

Salam E-Na,
Rajin sungguh wat muffin. Nampak gebush! Thumbs up! :)

Chik Mimi said...

E-na tak tahan ni tgk papercup yg comei lote tu geramnya ,bak kat chik skit muffin tu

~*ca*~ said...

salam kenal kak ena...mekasih sudi gi blog kita yg nak bersawang tu..byk resepi kat sinie...boleh lah kita buat nanti..kita minta izin copy resepi ek..

fzi said...

Salam e-na...
mmm...cantiknya muffin tu bih2 lagi bila duk dalam cup cantik tu e-na...sini takde jumpa lagi cup macam e-na ni... nice :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...