Wednesday, 2 December 2009

:-> Kuah Kacang


Ini kuah kacang masak pada malam raya untuk di makan dengan satay ayam dan nasi impit.

Kuah Kacang
Bahan-bahannya:
  • 200g kacang tanah(E-na guna yg dah di pack utk makan terus tu...he he)
  • 20g asam jawa dibancuh dgn 2 cawan air
  • 80g gula pasir
  • 1 batang serai dititik
  • 1 inchi lengkuas dititik
  • Minyak untuk menumis
Bahan-bahan kisar:
  • 1/2 sudu besar serbuk cili giling (10btg cili kering, nak pedas lebihkan cili)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit(1cm kunyit hidup)
  • sedikit belacan (klu suka)
Cara Membuatnya:
  1. Kacang tanah dikisar, jgn terlalu halus.
  2. Asam jawa diramas dengan 2 cawan air.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  4. Masukkan serai dan lengkuas.
  5. Tuangkan air asam jawa dan kacau rata.
  6. Kemudian masukkan gula dan garam.
  7. Masukkan kacang tanah dan masaklah dengan api yang sederhana.
  8. Tambahkan secawan air jika kuah terlampau pekat.
  9. Kuah perlu dikacau supaya tidak hangus di bawahnya.
  10. Masaklah mengikut kepekatan yang diinginkan.
  11. Kuah kacang ini lebih sedap di makan jika di simpan semalaman.
  12. Bila hendak dipanaskan masukkan sedikit air panas dan biarkan mendidih sebentar baru ditutup apinya.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

1 comment:

Nur,Nura, Nurad, Yani said...

saya tak pernah pula letak kunyit kat dlm kuah kcg. saya suka guna gula perang sbb suka warna dia gelap sikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...