Banana Crumbs Muffin ni E-na buat sekali dengan Banana Chocholate Muffin untuk minum petang semalam dan sebagai kudap-kudapan anak-anak hari ini. Muffin ni sedap jugak lembut je dan manis2 kat atas tu...kalau tak suka manis letak sket je crumbs tu...E-na letak penuh je, anak-anak memang suke...lain kali kalau buat boleh masukkan adunan sket then letak crumbs sket dan tutup semula dengan adunan dan tabur crumbs kat atas pulak....sesuai untuk budak2 yang suka manis...mak budak pun suke ni....he he bapak budak je kureeeng benda manis so papanya layan le yang banana chocolate muffin tu...
Muffin ni masa panas-panas tu ranggup je crumbs tu tapi bila dah simpan semalaman crumbs tu lembut dan lembab sket, namun rasanya tetap sedap...Resepi asal guna cawan, yang ni E-na dan guna sukatan metrik...bolehlah pilih yang mana berkenan di hati ye...
Banana Crumbs Muffin (20biji)
Bahan-bahannya:
Muffin ni masa panas-panas tu ranggup je crumbs tu tapi bila dah simpan semalaman crumbs tu lembut dan lembab sket, namun rasanya tetap sedap...Resepi asal guna cawan, yang ni E-na dan guna sukatan metrik...bolehlah pilih yang mana berkenan di hati ye...
Banana Crumbs Muffin (20biji)
Bahan-bahannya:
- 150g tepung gandum (1 1/2 cawan)
- 1 tsp soda bikarbonat
- 1 tsp baking powder
- 1/2 tsp garam
- 270-300g pisang di lenyek (3 biji pisang besar)
- 70g gula (3/4 cawan)
- 1 biji telur - dipukul sedikit
- 50g butter- di cairkan (1/3 cawan)
- 50g gula perang (1/3 cawan)
- 2 tsb tepung gandum
- secubit serbuk kayu manis
- 1 tsb butter
- Cairkan butter di dalam periuk menggunakan api perlahan.
- Panaskan oven 190degree.
- Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan garam ke dalam bekas besar. ketepikan.
- Di dalam bekas lain masukkan pisang yang dilenyek, gula, telur dan mentega cair dan kacau rata.
- Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati.
- Sudukan ke dalam acuan muffin sehingga 2/3 dari acuan.
- Di dalam mangkuk kecil, satukan gula perang tepung gandum dan serbuk kayu manis. Kacau sebati. Masukkan mentega. Gaulkan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Taburkan di atas adunan di dalam acuan tadi.
- Bakar selama 18 minit atau sehingga masak.
Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^
14 comments:
Wah...cute mute muffin dia...!!!Akak berkenan cawan2 tu pun cute juga!!
wah! banana! sedap...ena guna bread crumbs ke apa tu? kat rumah ada banana, boleh cuba wat nih :)
wahh bestnyer lme xmkn muffin..nk buat mls..tumpng mkn boleh kn..:)nk yg coklat tu 2..erm dgn yg ade crumbs tu 2 yer..:)
Sedapnya, lagi cantik dan menawan..mesti sedapkan...
Watierman: klu berkenan ambik je kak tapi jgn makan ngan cawannya plak! kih kih kih
Zarin : sedap, x rugi mencuba....bkn guna bread crumbs pun..campuran gula perang, tpg gandum ngan butter tu...
Emilia : jemput amy...sila-sila,pilih je yang mana berkenan
Azmiezas : sedap sedap....tak rugi mencubanya he he
salam..wah rajin buat muffin...akak ambil resepi satay, kuah satay dan jugak rendang daging hitam ek..minta izin c & p jer..
Salam ena, wau sedapnya mefun tuh..
Kak Ina Kl : Ambik la kak...x kena bayo pun he he
Azura : silalah rasa...
cntiknya paper cup dia...!!! sukalah akak nengok.
Panadinya E-na pilih resepi utk makanan anak2 dan suami..mesti
anak2 e-na kesukaan makan muffin tu..:)
Salam E-Na,
Rajin sungguh wat muffin. Nampak gebush! Thumbs up! :)
E-na tak tahan ni tgk papercup yg comei lote tu geramnya ,bak kat chik skit muffin tu
salam kenal kak ena...mekasih sudi gi blog kita yg nak bersawang tu..byk resepi kat sinie...boleh lah kita buat nanti..kita minta izin copy resepi ek..
Salam e-na...
mmm...cantiknya muffin tu bih2 lagi bila duk dalam cup cantik tu e-na...sini takde jumpa lagi cup macam e-na ni... nice :)
Post a Comment