Wednesday, 2 December 2009

:-> Apam Balik



Try buat apam balik pulak...errrmm ok lembut! tu komen dari hubby. Tapi anak-anak x suka...hu huuu so E-na masukkan adunan ke dalam silicone mould, tabur gula, kacang dan jagung...kemudian bakar dalam oven...180degree 20 minit. Makan pulak! Material sama cuma ubah bentuk jer...he he ni la versi oven...

Bancuhan ni lembut...bila dah siap bancuh biarkan 30 minit sebelum dibakar supaya adunan naik sedikit. Lain kali try tambah marjerin cair sket dalam bancuhan mugkin lagi sedap kot...tak tau le ni terlintas je belum try lg...

Apam Balik

Bahan-bahan:-

  • 220g tepung naik sendiri (diayak) (2 cawan)
  • 60 gm gula (¼ cawan)
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • ½ sudu kecil baking powder
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 350ml susu segar (1 ½ cawan)
Bahan untuk ditabur:
  • 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng (dimesin atau tumbuk kasar2)
  • 1 tin jagung krim
  • 1 cawan gula
  • sedikit mentega (untuk disapu pd permukaan apam balik setelah masak)

Cara-Cara:-

  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang.
  2. Masukkan soda bikarbonat, susu, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kacau rata-rata dengan mixer td dan pukul lagi supaya adunan tidak berketul-ketul.
  4. Biarkan sekejap lebih kurang 30 minit baru di bakar.
  5. Panaskan pan dengan api perlahan.
  6. Ambil satu senduk adunan (bergantung kpd ketebalan yg anda suka) dan tuangkan ke dalam acuan dan ratakan dgn belakang senduk tu. Tutup pan tu sebentar .
  7. Apabila setengah masak/ timbul lubang2 buih bolehlah ditaburkan gula, kacang tumbuk dan juga jagung tadi. Tutup semula dan biarkan sebentar (2-3 minit) atau sehingga ia masak.
  8. Lipat dua dan angkat.
  9. Sapukan mentega pd kedua-dua permukaan apam balik ini.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : kak Ummi

7 comments:

Watierman said...

Uish...dah lama Akak tak makan apam balik...letak jagung banyak2...kurangkan kacang ...sebab Akak tak suka kacang..hihihi..sodap...nikmat!!!

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

sedapnya apam balik e-na nie...rajin betullah e-na...tadi kita meyelongkar rumah e-na tau..kita nak cuba buat sushi ptg nanti...:)

Fiza Nordin said...

suke juga mkn apam balik.tp lebih suka makan yg rangup dan nipis tu.tak jumpe lagi resipinya.ada jumpa 1 tp tak menjadi mcm yg diharapkan...

Azmiezas said...

seumur hidup, tak penah buat apam balik, tapi suka sangat makan..best..nanti boleh la try coz resepi pun dah ada..

Am-flora said...

wah..cntik lah apam balik ena, kalau kat sini serupa macam yg jual kat pasal2 mlm/pasar tani. akak pernah gak buat dulu tapi cam x cntiklah!

E-na Zarina said...

Watierman : lor my 1st daughter lak x suka jagung....ni klu dekat2 bole e-na buat satu versi kacang n satu versi jagung so habis gak dua2! he he

Tinta : kenalah merajinkan diri sebab nak makan...selongkar la tinta ambik ape yang nak tapi jgn lupa kemas semula tau...tuan umah bz ni mmg x sempat nak ngemas...kih kih kih

Fiza : ooo ada versi ranggup yer...new info for me..bole try klu ada resepi.

Azmiezas : klu ada masa bole je try buat...klu x beli je kat pasar malam senang koje kan...

Am-flora : tq kak...x cantik xpe yang penting sedap kan kak...kalau dapt sedap dan cantik tu kira bonus bg chef kt dapur sendiri ni kan...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

ni selalu carik kat pasar malam jer E-na.. tak tau nak buat pon..hehe..

salute btullah.. sumer boley..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...