Friday, 11 December 2009

:-> Cucur Badak



Antara kuih yang sedap dan tak jemu di makan. Tapi kalau nak sedap intinya mesti sedap dan kulitnya mesti lembut. Inilah cabaran for the house cheff...nak menghasilkan masakan yang sedap is not that easy rite?

CUCUR BADAK
Bahan-bahannya: (8 biji)
Inti Cucur Badak
  • 70g kelapa kering (kat M'sia guna kelapa muda parut/mesin)
  • 2 tbs santan pekat (untuk memberi 'rasa kelapa' pd kelapa kering, kalau guna kelapa mesin x perlu tambah santan)
  • 3 tbs air
  • 1/2 tsp gula
  • garam
  • 3 tbs minyak masak
Bahan blend /tumbuk
  • 10g udang kering (di rendam dan blend sekali)
  • 1/2 tbs chilli powder(lebihkn jika nk pedas)
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang serai
  • 10g halia (1cm)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di blend/tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan santan pekat dan kacau.
  3. Masukkan gula dan garam, kacau rata.
  4. Masukkan kelapa kering dan kacau sebati.
  5. Masak jangan terlalu kering dan angkat.
UNTUK DOH
Bahan-bahannya:
  • 250g keledek di rebus empuk
  • 3 1/2 tbs tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara membuatnya :
  1. Ubi keledek yang masih panas di lenyek.
  2. Masukkan garam dan tepung gandum dan gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 8 bahagian.
  4. Masukkan inti di tengah dan bentukkan ikut citarasa sendiri.
  5. Goreng dengan api perlahan dan angkat bila warna keemasan.
  6. Sedia untuk di hidang....


Best Regards

^_^LovelyKitchen^_^


7 comments:

Watierman said...

Betoi tu house chef E-Na....Akak setuju....nak cucur badak yg sedap 2 ketoi!!!

Tie said...

Kak tie suka makan cucur badak ni tapi tak pernah buat.. nanti nak cuba, ada keledek sikit tu.. :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

fav aku kuih nie...
sedap...

ain said...

ni pun kuih fav hubby akak ni. so far akak main beli je...never buat2.hihi

umi_e said...

SALAM... ini fav kak e!

* sekali hadap 10 biji pun tak cukup! hehehehe (buruk sungguh kan...)

LOVE2COOK said...

I love cucur badaks! Especially klu intinya pedas! uish uish, terliur Love know! ;)

blogresipi.com said...

cedapppnyer!!! nak cucur badak nagoya 3 ketui... jauh kami datang nk makan kueh nie.heheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...