Saturday, 26 December 2009

:-> Fudge Brownies


1st try buat brownies. Makan real brownies pun tak pernah... yang brownies ala2 kek tu pernah lah makan so E-na tak tau macam mana rasa sebenar brownies...dari awal proses membuat brownies ni rasa surprise je dan tertanya2 betul ke ni dah tu pula resepi ni guna sukatan cawan...alamak aiiii lagi ke ponin kepala tapi nak juga try!

Dalam resepi bakar 25-30 minit je, belum beku pun masa tu so end up to 55 minit jugak baru masak. Bila angkat mak oooiii berat semacam jerrr! Biar betul...Bila makan pulak so sweeeettt! tu pun E-na dah kurangkan banyak gula, nak kurangkan lagi takut x jadi pulak...

Tekstur brownies ni ranggup kat atas dan sedikit moist kat dalam. Bila dah makan lama lama rasa makin sedap la pulak....dan ada guest datang umah kata pun sedap brownies ni....errrmmmm jadi la kot (sendiri punya judgement)

FUDGE BROWNIES
Bahan-bahannya :
  • 1 cawan butter- cairkan (250g)
  • 1 cawan cocoa powder (3/4 cawan)
  • 2 cawan gula (350g-1 1/2 cawan)
  • 1 1/2 tsp vanilla essen
  • 4 biji telur
  • 1 3/4 cawan tepung gandum (220g)
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 cawan nuts or choco chips ( 3/4 cawan choco chips)
Cara Membuatnya:
  1. Campurkan cocoa powder dengan butter yang telah dicairkan hingga sebati.
  2. Masukkan gula, essen dan telur. Pukul sebati
  3. Masukkan tepung, baking powder, garam, dan choco chips dan kacau rata.
  4. Masukkan ke dalam loyang 20cm dan bakar dengan suhu 180 degree selama 25 - 30 minit (E-na bakar 55 minit)


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : K.Zana

4 comments:

zarin said...

kalau guest kata sedap, maknanya sedap lah tu walaupun 1st time try kan!
anyway, memang tertanya2 kenapa e-na lama tk update blog :)

blogresipi.com said...

Nampak macam ok je gambar bronis tu.. cedappnye lama tak wat bronis :)

HaSue said...

org kata brownies nih antara biskut n kek..x keras n x lembut sgt cam kek..
so kalo ader rase tu jadik laa kot..hehe

cam ijan gak.dah lama x buat bronis..kat umah ni prefer kek dari bronis..hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

kalau kena ngan eskrim..shedapnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...