Sunday, 27 December 2009

:-> Rainbow Marble Pudding


MEMANG SEDAP! tu my hubby cakap....even he's not a pudding lover. E-na punya comment lak memang kena buat lagi lepas ni...he he. My 1st daughter and I memang suke pudding.
Ini pudding sebelum di potong.

Rainbow Pudding Marble (E-na guna Loyang 18cm 4segi)
Bahan-bahannya:
  • 13g agar2 serbuk (E-na guna 11g)
  • 675 ml air
  • 225 gm gula pasir
  • 65 gm butter
  • 4 biji telor saiz sederhana
  • 1/2 tin susu cair Carnation (E-na guna fresh milk)
  • 1 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna merah dan kuning


Cara Memasak:-

  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Tutup api dan ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar dengan whisker, masukkan susu dan tepung kastad, kacau sebati. Tapis.
  3. Kemudian masukkan adunan yang ditapis tadi ke dalam agar2 dan kacau hingga rata.
  4. Masak semula hingga adunan mendidih, kemudian masukkan butter dan esen vanila. Kacau rata.
  5. Bahagikan adunan ke dalam 3 mangkuk berasingan. Masukkan warna koko (bancuh bersama sedikit air) dalam salah 1 mangkuk dan kacau rata. Masukkan pewarna kuning dan merah berasingan dalam 2 lagi mangkuk.
  6. Ambil loyang empat persegi ukuran 9 x 9 x 3 in. Sanggakan salah satu hujung loyang dengan buku atau lain2 alas.
  7. Tuangkan satu senduk adunan merah, diikuti satu senduk adunan kuning dan satu senduk adunan coklat berselang seli. Buat hingga habis.
  8. Letakkan kembali loyang pada kedudukan asal dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila telah keras, potong dan hidangkan..


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Ummi

9 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nak tya lah E-na

..bila saya buat tak jadi belang pon.. senduk@ mangkuk tu kena tuang kat tempat yg sama ke? atau tercair sbb bila tuang jer terus bercampur ngan kaler lain..

Fa'e said...

salam e-na, alhamdulillah dh mula bersiaran kembali!

wah! cantiknye rainbow deyrang...kat nagoya kuar rainbow ke sejuk2 nih! hihihi...bukan yuki ke? gurau je ekk...

iu rf said...

waaa...pelangi..! like

LOVE2COOK said...

Hi Kak! Wow, cantiknya puding tuh! Love nak sikit!!! :)

HaSue said...

cantik puding dia..nak sepotong bleh?

ain said...

cantik la. akak nak buat gak le. hopefully jd la!!!

Azmiezas said...

E-na, canteknya...kita cuma pandai buat puding marble jer..yg lain blum penah try lagi..ok resepi dah ada..nanti boleh la di try...tq

zarin said...

cantinknya e-na.. i mean the puding la..hihi
i'm not a puding lover tp kalau puding ni ada depan mata sure i sayang nak makan sbb cantik

kayteeze said...

Cantik dan menarik sekali. Nanti kak tie nak cuba buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...