Saturday, 5 December 2009

:-> Pengat Pisang



Pisang memang sentiasa ada kat umah ni. Menu petang semalam masak pengat pisang dan buat karipap sardin. E-na suka pengat pisang kalau letak biji sagu.

Pengat Pisang
Bahan-bahannya:
  • 5 biji pisang di buang kulit dan dipotong.
  • 50g kurosato (nesan/ gula melaka)
  • 30g gula (bergantung pd citarasa masing2)
  • 200ml santan pekat(santan tin la kt sini)
  • 100ml santan pekat di campur dengan 800ml air
  • sedikit garam
  • sehelai daun pandan
  • 30g biji sagu (ikut citarasa masing2)
Cara membuatnya:
  1. Didihkan santan pekat(100ml) yang telah dicampur dengan air, gula, kurosato, garam dan daun pandan di dalam periuk sambil dikacau.
  2. Masukkan sagu dan kacau lagi.
  3. Bila sagu sudah separuh masak, masukkan santan pekat dan pisang.
  4. Biarkan mendidih dan kacau sedikit. Rasa cukup manisnya bolehlah di angkat.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

3 comments:

hani said...

Salaam E-na Zarina,

Mmmm pengat pisang favourite saya juga...

nak satu mangok.. :)

Anonymous said...

Kite suke gk pengat pisang dgn sagu.. lebih sedap kalo mkn pree ky umah orang.hehe

E--na said...

Hani : Sila Hani jgn malu2 ambik laaa..

blogresepi : betul tu mkn org masak mmg lg sedap kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...