Monday, 28 December 2009

:-> Kacang Buncis Goreng Telur


Sesuai untuk menggalakkan anak-anak untuk mkn sayur. Kanak2 biasanya suka telur jadi bila dah bercampur cam ni kena lah telan...

Kacang Buncis Goreng Telur
Bahan-bahan:
  • Kacang Buncis
  • 1 biji telur
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
  • Garam dan perasa
  • sedikit minyak
Cara Memasaknya:
  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah ditumbuk/ dimayang hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kunyit, sedikit garam (anggaran utk masinkn sebiji telur je) dan perasa.
  3. Pecahkan telur dan masukkan kacang buncis. Kacau rata.
  4. Perasakan garam, tambah garam angkat bila sudah masak.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

7 comments:

TintaCyber/DapurkuBerasap said...

kacang panjang atau buncis kalau masak begini mmg sedap....mkn dgn nasi putih dan ikan goreng....yummyyy...:)

MamaFaMi said...

Resepi cam ni dulu, mama dapat kat majalah Timang. Sejak hari tu, kalau goreng buncis, suka buat cam ni... boh cili potong, untuk tambah warna... tapi tetap gak yang makannya..mama sorang! Cemana tuh?

AZIAN said...

E-na kalau anak akak hanya tinggal kacang aje....

HaSue said...

lama x mkn kacang buncis..nak semangkuk e-na.

Sue @ Nenie said...

Kacang buncis ni peberet gak...Tapi belum pernah lagi goreng telur cam gini..Len kali boleh cuba ni...

Azmiezas said...

Masak ni kalau E-nak nak tau, masakan faveret mak kita ni..kalau dia yg masak kcg buncis, mesti buat masak cenggini...sedap..

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

nak tulih gak ni walupun kacang buncis vege yg paling tak shuke .... ekekeke..


ini menandakan kita ikut kawan yg sudi komen kat kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...