Wednesday, 2 December 2009

:-> Rendang Hitam Daging


Antara menu di pagi aidiladha, Rendang Hitam Daging dimakan dengan nasi impit. Tapi rendang E-na ni x lah hitam sangat sebab guna kicap made in Indon. Kicap ni manis lebih dari kicap Malaysia so tak boleh letak banyak sampai hitam takut jadi rendang manis pulak...tapi rasanya tetap sedap...he he nak kata ape lagi itu je yang ada so sedap je la....

Rendang Hitam Daging
Bahan-bahannya:
  • 500g daging dipotong kecil dan di cuci
  • 1 sudu besar cili giling
  • 4cm halia
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai dititik
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil cuka
  • 2 sudu besar kerisik
  • sedikit garam dan gula
  • Minyak untuk menumis
Bahan tumis:
  • 4 ulas bawang merah dimayang halus
  • 1 inchi kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga cengkih
Cara membuatnya:
  1. Cili kering, halia, bawang besar, bawang putih dikisar halus.
  2. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis dan kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak sehingga hilang bau cili kering.
  4. Masukkan daging dan serai.
  5. Tambahkan sedikit air dan tunggu sehingga daging empuk.
  6. Masukkan kerisik, cuka dan garam.
  7. Kacau sehingga kuah agak pekat dan sedia dihidangkan.
  8. Rendang ini pun lebih sedap di simpan semalaman sebelum di makan.


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Source : Mamasya

3 comments:

Noorma Ismail said...

bestnyer rendang hitam ni..selalu dihidangkan masa kenduri kahwin..ni musim cuti sekolah, orang kahwin, selalu lah muncul lauk ni...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

rendang hitam ni xyah letak santan cam rendang besa eh.. baru tau...

E-na Zarina said...

Noorma : ye la slalunya masa kenduri kawin ada yek....

a.z.r.i.n.a.03.07 : ni rendang paling simple nak buat...sekejap je masaknya dan x perlu santan dan daun kunyit dan daun limau purut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...